Terlalu banyak produk kecantikkan. Tapi satu pun tak berkesan!! Bagi mereka yang ada masalah ini dan tercari-cari Cara Merawat Kulit Berminyak, luangkan masa baca pengalaman kami ya.
Jom Nora kongsikan pengalaman sendiri dan juga customer yang berkongsi masalah mereka.
Cara Merawat Kulit Berminyak Secara Menyeluruh
Sebelum memilih sebarang produk untuk kecantikkan, amat penting untuk kita tau jenis kulit sendiri. Ramai yang menilai pada luaran kulit sahaja, sama ada berminyak, berjerawat, kering.
Ada sesetengah kulit yang nampak berminyak disebabkan terlalu kering. Jadi kulit akan menghasilkan lebih sebum untuk melembapkan kulit. Sebab itu penting untuk membuat pemeriksaan kulit untuk tahu jenis kulit.
Ketahui Dulu Punca Kulit Berminyak
Pemakanan
Sangat mempengaruhi kesihatan kulit kita semua. Termasuk jumlah air kosong yang diambil setiap hari untuk melembapkan wajah. Makan cara sihat, ambil lebih sayuran terutamanya yang tinggi antioksidan seperti vitamin C. Tinggalkan makanan bergula. Jika anda amalkan 2 tips ini, perubahan boleh dirasai dalam masa seminggu!!
Kosmetik
Bahan-bahan yang tidak sesuai dalam kosmetik boleh menyumbat liang pori, merosakkan sel kulit anda. Tindak balas bahan kimia ini boleh menghasilkan sebum lebih banyak.
Waktu Tidur
Sel kulit bekerja lebih aktif pada waktu kita tidur malam. Jika waktu tidur kita terganggu, tidak ikut masa atau tidak cukup, proses ini juga terganggu. Kita boleh tengok sendiri apabila tidur malam terganggu, lingkaran mata lebih kelihatan, kulit lebih kusam.
Keturunan
Keadaan ini tak dapat dielakkan tetapi boleh dikurangkan dengan menjaga amalan kecantikkan yang lain.
Hormon Tidak Seimbang
Punca hormon tidak seimbang disebabkan oleh peningkatan usia, pengambilan ubat tertentu atau perubahan fizikal tubuh badan seperti hamil.
Jadi kenal pasti kenapa hormon anda tidak stabil dan cuba atasinya. Antara yang dicadangkan adalah pengambilan GLA, sangat berkesan untuk stabilkan hormon dalam badan.
Stres
Telah banyak kajian membuktikan stres adalah antara punca utama masalah kesihatan. Keaadan stres menghasilkan asid tinggi dalam tubuh yang boleh merosakkan sel-sel dalam tubuh. Begitu juga dengan sel kulit. Jadi kawal stres anda dan atasi puncanya.
Sering Terdedah Dengan Panas Terik Matahari
Sinar UV boleh menyebabkan kulit dehidrasi iaitu kering. Kemudian tindak balas sel kulit akan menghasilkan sebum. Sel kulit yang selalu terdedah juga akan rosak dan terbentuknya jeragat (pigmentasi)
Cara Merawat Kulit Berminyak – Atasi Puncanya Dulu
Semua ini adalah antara faktor kulit berminyak. Pengalaman saya ada customer yang kulit berminyak dan berjerawat (breakout) akibat penggunaan kosmestik. Penyelesaiannya hentikan kosmetik tersebut dan rawat kulit dari dalam.
Kes lain ada yang berjeragat teruk dan ada masalah haid. Ini menunjukkan anda ada masalah hormon. Jadi betulkan hormon akan dapat mengurangkan masalah ini.
Kulit saya sendiri jenis berminyak dan berjerawat. Tapi kategori yang tidak kritikal. Hanya dengan lebihkan Vitamin C dan air kosong. Jerawat hilang dan kulit tak berminyak. Ini cerita Nora 10 tahun lepas ketika umur 20 an.
Apabila usia meningkat, kolagen dalam tubuh juga semakin kurang. Parut jerawat tak pudar, pori semakin besar (lebih berminyak). Jadi perlu tambahkan kolagen untuk kekalkan kesihatan kulit. Juga beberapa vitamin lain.
Adakah Cukup Dengan Produk Skincare
Bergantung pada individu. Lain orang lain keperluannya. Juga bergantung pada umur kita. Pada usia awal 20 an, struktur kulit kita masih sihat. Sebab itu kita boleh nampak parut jerawat mudah hilang.
Pilih skincare semulajadi yang berasaskan air. Bebas sebarang bahan kimia terlarang walaupun paraben. Kenapa? Paraben membuatkan kulit anda lebih cepat tua terutamanya apabila bertindak balas dengan sinar UV.
Apabila usia meningkat, ada parut yang langsung tak hilang, berbulan, makin lama semakin banyak. Penyelesaiannya adalah mengembalikan kerejamaan kulit. Bagaimana tu?
Vitamin Untuk Keremajaan Kulit – Bebas Jerawat Dan Berminyak
Pengalaman saya sendiri, vitamin paling berkesan untuk kulit cantik berbanding hanya skincare.
Untuk kesan yang pantas kita perlu menyihatkan kulit dari dalam. Dengan vitamin yang bersesuaian pasti boleh atasi masalah Kulit Berminyak Dan Berjerawat tanpa kesan sampingan.
Kulit Berminyak Sesuai Pakai Apa – Best Ke Shaklee
Ya, Shaklee paling berkesan untuk saya. Dan ramai sangat berpuas hati dengan kebaikkan vitamin Shaklee. Yang penting kita tak ada was-was dengan kesan sampingan yang bahayakan kesihatan. Kenapa? Nak tau baca Land Mark Study ni.
Semua produk Shaklee adalah dari sumber semulajadi yang dikawal ketat. Tanpa perasa, pewarna, pengawet tiruan seperti produk kecantikkan lain.
Bagi sesiap yang pernah ambil minuman berkolagen jenama lain, apa yang anda rasa. Bagi saya sendiri pernah ambil Jamu *****. Rasa manis (gula) dengan perasa tambahan strawberi sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan. Keberkesanannya pula, walupun dah ambil 3 canister, langsung tak ada perubahan walaupun sekadar lembapkan kulit.
Set Kecantikan Shaklee – Berkesan Atasi Kulit Berminyak dan Berjerawat
Masalah kulit terutama kulit berminyak dan berjerawat saya sangat sarankan anda mengambil set kecantikkan shaklee. Bagaimana nak pilih pula bergantung pada peringkat umur. Contohnya bagi mereka yang berusia 30an dan keatas, wajib ada kolagen dalam set kecantikkan mereka.
Jika anda hendak tahu lebih lagi, sangat dialukan hubungi saya untuk bantu anda.
Perlukan vitamin, konsultan hubungi saya untuk bantu anda.
Nama : Norra@ Norrabiatul
ID Shaklee : 912061
Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120
Hormone tu boleh stabil dengan GLA kan..
betul. bukan je bagus untuk kulit masalah jeragat, jugak boleh atasi masalah period
ada doktor beritahu sy kalau kulit berminyak ni tak sesuai guna moisturizer lps cuci muka… nnt lg bertambah berminyak…
bergantung pada bahan dalam moisturizer tu jugak kut, abik yang waterbased ok