Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Cara Nak hilangkan Kuning Bayi Sebetulnya

Jaundis pada bayi baru lahir adalah normal. Tetapi bukan dalam masa 24 jam. Seramai 75% daripada bayi baru lahir mendapat jaundis. Sebab itu semua ibu bapa perlu ada ilmu Cara Nak hilangkan Kuning Bayi Sebetulnya.

 

Cara Nak hilangkan Kuning Bayi Sebetulnya

Keadaan jaundis boleh dikenal pasti daripada keadaan mata dan kulit yang berwarna kuning. Untuk bacaan kuning yang lebih tepat hanya dengan pemeriksaan darah di hospital/klinik.

 

Bagaimana Jaundis Terjadi

Tubuh kita menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa. Proses pemecahan sel darah menghasilkan Bilirubin. Ini lah yang menyebabkan Jaundis. Bilirubin diproses dalam hati dan dibuang melalui najis dan air kencing.

Walau bagaimanapun, hati bayi yang baru lahir masih tidak matang dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Kesannya tahap Bilirubin bertambah dalam darah. Jadi jaundis akan meningkat.

 

Faktor Jaundis Pada Bayi

  • Lahir pramatang
  • Ibu ada diabetes ketika hamil.
  • Mengalami infeksi
  • Kekurangan GG6PD
  • Bayi yang tidak serasi dengan darah ibunya- ibu berdarah O

Boleh dikatakan kebanyakkan faktor ini adalah disebabkan masalah kesihatan ibu ketika hamil. Sikap ibu yang tidak mengambil berat dengan nutrisi ketika hamil untuk pastikan bayi membesar dengan baik.

  • Bebas GDM
  • HB darah sentiasa normal
  • Berat badan seperti yang dicadangkan.
  • Bersenam
  • Jaga kebersihan dan kesihatan diri, elak sebarang jangkitan kuman

Tanda Bayi Dalam Bahaya

  • Jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir
  • Jaundis sampai pada bawah pusat bayi
  • Kaki tangan bayi kurang aktif, atau demam
  • Tidak mahu menyusu
  • Jaundis berterusan melebihi 14 hari
  • Najis bayi pucat atau air kencing berwarna teh.

Cara Nak hilangkan Kuning Bayi Sebetulnya -Tindakan Ibu Bapa

  • Dapatkan segera pemeriksaan dan rawatan doktor di klinik atau hospital.
  • Kerapkan penyusuan ibu
  • Elakkan menjemur bayi di bawah sinar matahari (risiko dehidrasi pada bayi)
  • Elakkan memberi/menitis sebarang jenis air yang dipercayai kononnya boleh turunkan kuning.

Apa Bahaya Jaundis Pada Bayi

Tahap Bilirubin yang tinggi boleh menyebabkan:

  • Pekak.
  • Kecederaan otak dan kematian otak.
  • Masalah pembelajaran apabila anak besar.
  • Kecacatan inteletual apabila besar.
  • Palsi serebrum.

Cara Nak hilangkan Kuning Bayi Sebetulnya

 

Tindakkan Wajib Perlu Ibu Lakukan

Ibu perlu pastikan nutrisi lengkap diambil sepanjang hari. Ini kerana apa yang diambil oleh ibu, itu lah yang diterima oleh bayi. Nutrisi lengkap sangat penting untuk fungsi hati bayi cepat matang. Juga pastikan penyusuan yang terbaik dengan:

  • Pastikan susu pertama (kolustrum) diberi sebaiknya.
  • Menyusukan bayi secara eksklusif tanpa dicampurkan dengan susu formula jika boleh
  • Menyusu dengan kerap 2-3 jam sekali
  • Pastikan susu ibu berkualiti (pekat) dan penuh nutrisi untuk bayi membesar dengan sihat
  • Bayi disendawakan sebaiknya.

Elakkan Dari Memberi Sebarangan Minuman dan Makanan Lain

Terlalu banyak petua yang menyatakan boleh menurunkan kuning bayi. Antara:

  • Calitkan madu pada mulut bayi
  • Titiskan air buah anggur
  • Halwa kundur
  • dan lain-lain.

Bayi tidak perlukan semua tu. Usus dan perut bayi masih tidak boleh menerima apa-apa kecuali susu ibu, terutamanya bayi pramatang. Jadi elak risiko bahaya ini!!!

Kesimpulannya, Cara Nak hilangkan Kuning Bayi Sebetulnya adalah dapatkan rawatan doktor dan pastikan menyusu dengan kerap. Sangat penting pastikan susu ibu pekat, bernutrisi lengkap. Bagi mereka mempunyai susu badan yang banyak, boleh perah keluarkan susu sebelum mula menyusu bayi. Ini untuk pastikan bayi diberikan susu yang lebih pekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: