Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Kenapa Susah Kurus Padahal Sudah Diet

Kenapa Susah Kurus Padahal Sudah Diet

Masalah berat badan disebabkan lemak yang berlebihan terperangkap pada bawah lapisan kulit dan otot. Ramai yang berdiet dan sanggup berlapar tidak makan nasi, tetapi Kenapa Susah Kurus Padahal Sudah Diet.

Berat badan dipengaruhi oleh:

  • Pemakanan – 80%
  • Senaman – 20%
  • Ginetik- kadar metabolisma yang rendah, boleh diatasi

Berat badan yang idea atau normal bagi lelaki dan wanita berbeza mengikut BMI.

Kenapa Susah Kurus Padahal Sudah Diet

Kenapa Susah Kurus Padahal Sudah Diet

 

Kenapa Susah Kurus Padahal Sudah Diet

 

  1. Pengambilan kolari berlebihan.

Jumlah kalori yang diperlukan berbeza mengikut keperluan tubuh masing-masing.  Ia berbeza mengikut umur, aktiviti fizikal harian,  jantina, wanita hamil dan menyusu. Sumber kalori pula bukan hanya dari nasi, namun segala jenis makanan ada kalorinya sendiri. 

 

Kolari yang tak dibakar akan ditukarkan kepada lemak.  Jadi belajar kira kalori dalam diet anda.  Cara pengambilan kalori yang betul adalah dengan jumlah yang sedikit bagi setiap hidangan, namun secara kerap. Amalan ini boleh meningkatkan metabolisma badan kita.

CARA NAK KURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT – UBAH CARA MAKAN IAITU 6 KALI SEHARI

  1. Diet tak seimbang

Bukan hanya mengawal kalori, tetapi diet yang seimbang dan bernutrisi lengkap membantu tubuh untuk membakar lemak dengan baik. Contohnya asid lemak (omega 3)  penting untuk penyerapan lemak/kolestrol dalam darah. 

 

  1. Kurang serat dalam diet.

Serat sangat  penting untuk menyerap lemak dan memoptimumkan penghadaman. Serat yang terbaik daripada sayuran hijau dan buah-buahan.

 

  1. Senaman yang tidak konsistan.

Senaman akan meningkatkan kadar metabolisma seseorang.  Sebab itu jika tak konsistan, metabolisma sukar untuk meningkat. Metabolisma yang tinggi membolehkan kita untuk ambil kalori sedikit lebih  dalam hidangan harian.

 

  1. Tidak amalkan detok.

Toksin tidak dapat dikumuh sepenuhnya oleh badan kita, Jadi kesan toksin berlebihan dalam badan akan memerangkap lemak.  Detok bukan sekadar amalkan suplemen tetapi pemakanan sihat secara menyeluruh dan disertakan dengan aktiviti fizikal.

 

  1. Metabolisma yang rendah.

Kita boleh lihat individu yang makan lebih banyak dan tidak bersenam namun kekal kurus. Ini kerana badan mereka sendiri mempunyai metabolisma yang tinggi (ginetik)

 

Walau bagaimanapun,  kita boleh merangsang tubuh untuk meningkatkan kadar metabolisma dengan cara kita makan dan bersenam.

 

  1. Ubatan

Ada ubat yang boleh menyebabkan hormon terganggu seperti hormon tiroid. Hormon tiroid adalah hormon yang mengawal metabolisma badan.

 

  1. Suplemen

Pengambilan suplemen sebarangan yang tidak sesuai boleh menganggu sistem dalam tubuh. Juga sesetengah suplemen mengandungi tinggi gula atau bahan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Walau bagaimanapun, pemilihan vitamin yang betul sangat-sangat membantu untuk kurus.

 

Diharapkan senarai ini menjawab soalan anda Kenapa Susah Kurus Padahal Sudah Diet. Ingat, tinggalkan ubat kurus yang boleh tingkatkan toksin dalam badan dan rosakkan organ anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: