Selalu kita dengar keluhan ibu menyusu walupun dah ambil Milk booster Untuk Ibu Menyusu tetapi masih tak berkesan. Pengeluaran susu ibu tidak bergantung kepada saiz payudara atau puting ibu.
Photo by babycenter
Bagaimana Susu Badan Terhasil
Saraf pada puting susu yang terangsang ketika penyusuan bayi akan menghantar isyarat ke otak untuk melepaskan dua hormon,iaitu prolaktin dan oxytocin.
Prolactin membantu saraf alveoli mengambil nutrien (mineral,protein, gula) dari bekalan darah ibu dan menjadikannya susu.
Oxytocin pula membantu sel-sel di sekitar alveoli untuk mengawal dan mengeluarkan susu kedalam saluran susu.
Otak ibu memainkan peranan yang sangat penting dalam pelepasan hormon untuk menghasilkan susu. Jika fikiran (otak) ibu tergangu, susu badan boleh berkurang dan inilah Punca Milk Booster Untuk Ibu Menyusu Tak Berkesan.
Faktor atau Punca Milk Booster Untuk Ibu Menyusu Tak Berkesan
1.Emosi Tertekan
Keadaan emosi yang terganggu atau tertekan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Ibu rasa tak bertenaga dan ini boleh menganggu pengeluaran susu ibu.
Jadi tenangkan emosi, kenal pasti dan atasi stres sebaiknya.
2.Hanya Susukan Bayi
Pengeluaran susu ibu adalah ‘supply and demand’, maksudnya semakin banyak susu diperlukan, semakin banyak susu dihasilkan. Isyarat dihantar kepada otak ibu untuk mengurangkan pengeluaran susu ibu jika bayi kurang menyusu dan payudara ibu penuh dengan susu.
Sebab itu penting untuk ibu mengepam walaupun menyusu bayi. Tujuannya untuk kosongkan payudara. Jadi pastikan payudara kosong dengan perahan tangan yang lebih efektif. Bagi ibu bekerja wajib mengepam mengikut masa. Sangat disarankan ibu belajar cara menstimulasi susu ibu dengan betul.
3.Kurang Pengambilan Air Kosong
Air kosong sangat penting untuk stabilkn cecair dalam badan dan elak dehidrasi. Kandungan air dalam susu ibu lebih 80%.
Pastikan pengambilan air paling kurang 8 gelas besar setiap hari.
4.Kurang Makan Berkhasiat
Kekurangan zat boleh menyebabkan ibu penat, tidak bertenaga. Kesannya pengeluaran susu terganggu. Lama kelamaan susu akan berkurang. Ataupun susu yang dihasilkan kurang nutrisi dan cair.
Amalkan makan berkhasiat, iaitu seimbang dan lengkap. Sebaiknya ambil yang tinggi zat besi.
- Kurma
- Oat
- Halba
- Lobak putih
- Sayuran hijau
5.Pengambilan Ubat
Sesetengah ubat boleh menyebabkan susu badan berkurang. Terutamanya yang menganggu sistem hormon. Jadi semak ubat yang diambil.
6.Kedudukan Yang Tidak Betul
Cara menyusu dengan kedudukan yang tidak betul akan menyukarkan bayi menyusu. Kesannya ransangan dari bayi berkurang. Pelajari teknik menyusu yang betul dari jururawat anda.
Kesimpulannya
Milk Booster Untuk Ibu Menyusu hanya faktor kecil. Perkara paling penting adalah seperti yang disenaraikan diatas. Terutamanya makanan yang berkhasiat dan rangsangan dari bayi anda.
Nutrisi yang cukup dan lengkap akan membantu menyihatkan badan, emosi yang stabil, ibu bertenaga. Seterusnya otak tak terganggu dalam pengeluaran hormon.
ELAK MILK BOOSTER SINTETIK. Sebarang ubatan/suplemen sintetik sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Saya sangat menyarankan ‘milk booster semulajadi’, iaitu makanan segar dan hanya tambahan suplemen semulajadi.
untung ibu2 yg dpt menyusukan anak2 mereka smpi usia 2 thn, kan?
dua2 untung. mak pun untung. boleh cepat turun berat badan.
Insya Allah semua boleh.