Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Rawatan Untuk Jangkitan Kuman Dalam Darah

Rawatan Untuk Jangkitan Kuman Dalam Darah

Sepsis adalah Jangkitan Kuman Dalam Darah yang boleh mengancam nyawa. Sepsis menyebabkan keradangan kesan daripda bahan kimia yang dikeluarkan oleh tubuh untuk melawan  kuman atau bakteria dalam darah.

 

Rawatan Untuk Jangkitan Kuman Dalam Darah

 

Keradangan ini boleh merosakkan pelbagai sistem organ. Juga keradangan seluruh tubuh badan. Rawatan Untuk Jangkitan Kuman Dalam Darah adalah dengan meningkatkan sistem imun tubuh. Jaga kesihatan, elak sebarang jangkitan dan jaga kebersihan luka luaran.

 

Siapa Berisiko Sepsis

Sesiapa sahaja berisiko, terutama mereka yang mempunyai sistem imum yang lemah. Paling berbahaya pada orang  tua dan kanak-kanak kerana faktor sistem imum. Faktor risiko sepsis:

  • Individu yang sistem imunnya lemah. Terutamanya mereka selalu mengambil antibiotik, menjalani rawatan kanser, HIV.
  • Bayi dan kanak-kanak, orang tua kerana pada peringkat umur ini, sistem antibodi tubuh lebih lemah.
  • Luka atau kecederaan, seperti luka bakar
  • Keadaan individu yang terpaksa mengunakan tiub pernafasan.

 

Punca Jangkitan Kuman Dalam Darah

Jangkitan kuman dalam darah samaada bakteria, virus atau kulat. Masalah Sepsis bermula di mana-mana bahagian tubuh berpunca daripada:

  • Bahagian Usus (biasanya dilihat dengan peritonitis)
  • Buah pinggang (jangkitan pada saluran kencing atau pyelonephritis)
  • Lapisan otak (meningitis)
  • Hati atau pundi hempedu
  • Paru-paru (pneumonia )
  • Kulit (cellulitis)

Rawatan Untuk Jangkitan Kuman Dalam Darah

 

Jenis-jenis  Sepsis

Sepsis dibahagika kepada tiga peringkat, bermula dengan, Sepsis normal , Sepsis teruk dan Sepsis Kejutan Septik (tekanan darah turun dengan mendadak dan mengancam nyawa). Tahap sepsis:

Diagnosis Sepsis Normal

  • Suhu badan di atas  38.3 C atau di bawah 36 C.
  • Kadar denyutan jantung lebih tinggi daripada 90 denyut.
  • Kadar pernafasan lebih daripada 20 nafas seminit

Diagnosis Sepsis Teruk -Tanda-tanda dan gejala menunjukkan kegagalan organ:

  • Penurunan pengeluaran air kencing secara mendadak
  • Perubahan dalam  mental (sedar)
  • Kurang bilangan platlet
  • Sukar bernafas
  • Jantung yang tidak normal
  • Sakit perut

Diagnosis Kejutan Septik

  • Tahap paling serius adalah Sepsis Kejutan Septik, pesakit mempunyai gejala-gejala Sepsis Teruk. Juga ditambah dengan tekanan darah yang sangat rendah.
  • Sepsis perlu dirawat di peringkat awal, sebelum menjadi lebih serius.

 

Rawatan Doktor

Rawatan awal untuk kejutan septik adalah dengan antibiotik dan sejumlah besar cairan intravena. Ini boleh meningkatkan peluang untuk terus hidup. Rawatan Untuk Jangkitan Kuman Dalam Darah juga berdasarkan simptom.

Komplikasi Sepsis

1.Pengaliran darah ke organ penting seperti otak, jantung dan buah pinggang  merosot.

2.Pembekuan darah pada organ dan otot seperti lengan, kaki, jari dan jari kaki. Ini boleh membawa kepada kegagalan organ dan kematian tisu.

3.Kebanyakan orang pulih dari sepsis ringan, tetapi kadar kematian untuk kejutan septik hampir 50 peratus. Bagi yang mengalami sepsis teruk,  berisiko dengan jangkitan masa depan yang lebih tinggi.

Rawatan Untuk Jangkitan Kuman Dalam Darah

 

Kawalan dan Rawatan Untuk Jangkitan Kuman Dalam Darah

Cara yang terbaik adalah jaga kesihatan anda dengan meningkatkan kekebalan sistem imun tubuh. Pengambilan antibiotik semulajadi boleh membantu antibodi dalam badan. Shaklee menyediakan antibiotik semulajadi untuk anda meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

Nutriferon – Formula terbaik untuk meningkatkan sistem antibodi tubuh

Garlic – Antibiotik semulajadi dan meningkatkan sistem imun badan

Carotomax – Perlindungan antioksidan untuk melindungi sel.

Vivix Mengandungi antioksidan yang paling tinggi. Memulihkan sel yang rosak atau luka dengan cepat. Manfaat utama Vivix adalah memelihara kesihatan sel-sel badan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: