Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Risiko Selepas Bersalin – Postnatal

Produk Shaklee Untuk Ibu Menyusu

Tahukah anda tempoh pemulihan selepas bersalin amat penting bagi seorang ibu untuk pulihkan kesihatan urat saraf dalaman. Serta kecantikan luaran mereka?

Risiko Selepas Bersalin - Postnatal

Risiko Selepas Bersalin – Postnatal

Sakit di bahagian betis.

  • Ada darah beku yang tersumbat dalam saluran darah ibu
  • Darah beku ini akan bergerak ke saluran darah di paru-paruyang mengakibatkan sesak nafas dan kematian.

Pencegahan – Urut perlahan dari tapak kaki keatas dan bertungku dengan kerap. Elakkan dari berada dalam bilik berair cond, pakai stokin.

 

Tumpah darah

  • Berpunca daripada rahim tidak menguncup dengan sempurna atau ada cebisan uri tertinggal dalam rahim ibu.
  • Ini menyebabkan ibu kehilangan darah yang banyak dan memerlukan rawatan segera di hospital.
  • Ibu yang kerap hamil, risiko mengalai tumpah darah lebih tinggi.

Pencegahan – Tindakkan terbaik adalah bersalin dihospital untuk mengelakkan sebarang risiko. Amalkan amalan berpantang seperti bertungku.

 

Jangkitan kuman di perineum (kemaluan)

  • Luka jahitan lambat sembuh
  • Kuman boleh merebak ke bahagian pundi kencing
  • Kuman boleh merebak melalui darah (septicaemia)

Pencegahan– Jaga kebersihan diri, tukar pad anda dengan kerap.

 

Mastitis

  • Jangkitan bakteria pada tisu payudara. Juga boleh berlaku apabila saluran susu tersumbat dan terperangkap di dalam payudara.
  • Kesan mastitis adalah bengkak dan kemerahan pada payudara anda.
  • Keadaan serius boleh bernanah
  • Ibu rasa sakit dan tidak sihat.

Pencegahan – Bersihkan puting payudara sebaiknya. Urut dan tuam dengan kain panas untuk mengeluarkan susu yang tersumbat. Jika berdarah sila dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Risiko Selepas Bersalin - Postnatal

Meroyan

  • Dialami oleh sesetengah ibu bersalin. Kemurungan atau meroyan disebabkan perubahan hormon dalam badan. Keadaan ini boleh menganggu penyusuan ibu.
  • Faktor lain seperti tekanan sejak kehamilan, tidak menerima rawatan selepas bersalin sebaiknya. Atau ibu juga terbeban dengan anak kecil yang lain. Bagi Risiko Selepas Bersalin – Postnatal yang ini, boleh jadi ibu mencedarakan diri sendiri dan bayi.

Pencegahan – Dapatkan rehat secukupnya, pulihkan badan ibu dan minta bantuan dari pasangan anda. Luahkan perasaan dengan orang terdekat. Sebaiknya jaga kesihatan ibu sejak kehamilan dan kawal stress.

Punca Meroyan Selepas Bersalin

 

Kesimpulannya ibu mestilah sentiasa peka dengan perubahan diri, tambah ilmu tentang kehamilan dan bersalin. Bersedia sebelum mula hamil atau merancang untuk hamil.

Jika anda mengesyaki anda mempunyai apa-apa komplikasi selepas bersalin, dapatkan rawatan dari pakar kesihatan anda seawalnya. Tindakan yang terbaik adalah rujuk pada mereka yang pakar.

Ingat, Risiko Selepas Bersalin – Postnatal melibatkan nayawa ibu dan anak.

 

Keperluan Ibu berpantang

 

2 Replies to “Risiko Selepas Bersalin – Postnatal”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: