Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Atasi Kurang Keyakinan Diri Dengan Bisnes

Atasi Kurang Keyakinan Diri Dengan Bisnes

Dalam Islam kita diajar sumber pendapatan  9/10 adalah daripada perniagaan. Bisnes bukan sekadar menambah pendapatan tetapi segalanya tentang hidup. Termasuklah Atasi Kurang Keyakinan Diri Dengan Bisnes. Bagaimana?

Bagaimana Atasi Kurang Keyakinan Diri Dengan Bisnes

Kenapa kita mesti berbisnes walaupun sudah bekerja, dah kaya!! Jawapnya bisnes mendedahkan kita dengan pengalaman hidup yang pelbagai.

 

  1. Ruang Kita Mendekatkan Diri Kepada Pencipta.

Usaha dalam berbisnes bukan hanya dengan marketing,  yang lebih penting doa dan harapan agar Allah buka mata dan hati pelanggan kepada bisnes kita. Tidak lain semua ini melalui doa setulusnya kepada pencipta hati-hati itu.  Bersangka baik kepada-Nya dalam segala hal.

 

  1. Melatih Kita Untuk Sentiasa Berfikiran Positif dan Cekap Urus Masa

Apa yang kita fikirkan, itu lah yang memberi kekuatan kepada diri sendiri untuk terus berusaha.  Berfikiran positif perlu dipupuk dan dilatih agar menjadi amalan hidup.  Mereka yang positif juga tahu atau cekap dalam menguruskan masa mereka.

Atasi Kurang Keyakinan Diri Dengan Bisnes

 

  1. Mengajar Mengenal Manusia.

Kita rasa kita kenal manusia dengan tengok mereka sekilas, atau dari apa yang mereka post di media sosial. Tidak!!

 

Kita akan kenal seseorang apabila kita berurusan dengan mereka, terutama dalam bab yang melibatkan kepercayaan dan duit.

 

Bila kita betul-betul kenal sifat manusia, kita akan keluar dari pemikiran – semua orang aku judge. Kita takde masa nak judge orang, kita akan jadi lebih empati. Dan membawa kita kepada perkara no 2.

 

  1. Meningkatkan Kebolehan Berkomunikasi

Kebanyakkan bisnes  memerlukan komunikasi yang banyak terutamanya bisnes MLM. Kita mesti kenal customer, apa masalah dia, apa isu dia, apa gaya hidup dia, semua ini akan dicapai dengan komunikasi yang baik. Semua ini boleh Atasi Kurang Keyakinan Diri anda dengan masyarakat.

 

Atasi Kurang Keyakinan Diri Dengan Bisnes

 

  1. Mendidik Kita Berlapang Dada, Sabar

“Lapang dada”, cakap senang kan? Tapi nak lapang dada sikit punya susah, lagi-lagi zaman internet ni. Tengok orang lain ‘pelik’ dari kita je terus sesak dada kita ni. Yang tak sependapat apatah lagi! Semua nak hentam je.

 

Tapi dalam business kita perlu belajar berlapang dada. Sebab itu orang bisnes takde nak membawang & kecam orang bukan-bukan.

 

Bukan sebab takde masa atau sebab takut customer lari, tetapi kerana kami faham, manusia ada macam-macam dan kami mesti terima dengan hati terbuka. Walaupun kita sendiri kena kecam, tetapi jangan terlalu difikirkan sebabnya. Selagi kita berlandaskan redho Allah

 

 

  1. Mengajar Agar Tidak Complacent

Kenapa Rasulullah kata, walaupun kiamat sedang berlaku, kalau ada anak kurma di tangan kita, kita kena tanam?

 

Kita perlu mengawal diri sendiri daripada merasakan dah cukup bagus. Apa kita buat bila rasa cukup bagus? Samada tak buat apa-apa atau buat benda yang tak produktif, contohnya meneliti kehidupan orang lain tanpa tujuan. Dalam bisnes tak boleh macam tu. Kena sentiasa improve & progress.

 

 

  1. Bersyukur

Bersyukur merupakan kunci kebahagiaan dan rezeki bertambah-tambah. Juga merupakan cara untuk meningkatkan keyakinan diri. Orang yang senantiasa bersyukur akan memikirkan apa saja yang telah didapatkannya sehingga tidak akan mengeluh.

 

Ini hanyalah beberapa keperluan asas untuk memajukan diri dan bisnes anda. Walau bagaimanapun, ia mampu Atasi Rasa Kurang Keyakinan Diri dalam diri anda.

Jom  berbisnes, capai impian hidup anda dan jadi individu yang lebih hebat, yang mampu berbakti kepada masyarakat.

 

Bisnes Terbaik Tanpa Modal

Hubungi Shaklee Bisnes Mentor Anda:

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: