Cara Mengatasi Susah Tidur Di Malam Hari

Sukar untuk tidur dengan baik pada waktu malam boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan mental dan fizikal kita. Ya, bukan hanya fizikal malah mental/fikiran juga tergangu. Jika anda menghadapinya, sila bertindak dengan mengambil tahu Cara Mengatasi Susah Tidur Di Malam Hari seawalnya.

Cara Mengatasi Susah Tidur Di Malam Hari

Kesan yang paling awal dirasai adalah susah untuk fokus, sentiasa penat, mudah sakit kepala sebelum timbulnya penyakit lain yang lebih serius. Antaranya mempengaruhi kesihatan jantung anda.

 

Punca Susah Tidur Di Malam Hari

Sukar tidur boleh menyebabkan penyakit imsomnia (sukar tidur yang lebih kronik). Punca utama masalah ini timbul disebabkan amalan hidup anda sendiri. Contohnya:

 

  1. Gaya hidup – Gaya hidup yang tidak aktifjuga boleh menyumbang kepada masalah ini. Amalan menonton televisyen, bermain permainan video, atau bersenam, memakan terlalu banyak kafein, gangguan bunyi bising sebelum waktu tidur.

 

  1. Masalah kesihatan – Individu yang ada arthiritis atau sakit belakang. Juga boleh disebakan masalah kesihatan lain seperti obesiti dan menoupause.

 

  1. Tabiat tidur – Selalu tidur waktu siang dengan tempoh yang lama dan kurang terdedah dengan matahari. Perubahan waktu kerja(shift bekerja malam, travel dalam masa zon yang berbeza.

 

  1. Menjalani rawatan – Sesetengah rawatan atau beberapa ubat  juga boleh menyebabkan sukar untuk lena.

 

  1. Stres yang melampau – Tekanan emosi, perasaan bimbang, kemurungan, atau jadual kerja juga boleh menganggu kualiti tidur anda.

Jika bayi dalam 6 bulan keatas, ia mungkin terjadi disebabkan tumbuh gigi, sakit, lapar, atau diganggu oleh masalah gas atau pencernaan.

 

 

Tips Atau Cara Mengatasi Susah Tidur Di Malam Hari

 

1. Kenal Pasti Punca Masalah Anda

Bagi mereka yang sihat fizikal namun ada masalah sukar tidur sangat berkait dengan emosi dan kemurungan.

 

Tekanan emosi menyebabkan anda sentiasa resah dan bimbangkan sesuatu. Sebab itu, langkah utama adalah selesaikan masalah yang menganggu fikiran anda sebaiknya. Berkongsi dengan mereka yang boleh dipercayai dan menyayangi anda. Cara ini sangat berkesan untuk kawal stres

 

Cara Mengatasi Susah Tidur Di Malam Hari

 

Jika anda menghadapi masalah kesihatan yang lain, pastikan anda dapatkan rawatan daripada mereka yang pakar.

 

2. Pemakanan

  1. Ambil teh hijau sebelum tidur

Teh hijau mengandungi bahan yang dipanggil pektin, bersama asid amino dan alkaloid. Semua bahan ini berfungsi untuk membuatkan fikiran anda lebih tenang. >> Teh Hijau Terbaik Dipasaran<<

 

  1. Buah lemon

Kandungan vitamin C dalam buah lemon tidak hanya bagus untuk sistem imun badan, malah ia juga memberi nutrisi kepada kelenjar adrenalin. Lemon membantu sistem saraf manusia menjadi lebih tenang, mengawal stres kemudian membantu untuk tidur lebih lena. Air lemon lebih sedap dan berkhasiat jika diminum bersama madu. Dan juga buatkan air mandian suam dengan perahan lemon.

 

Selain lemon, boleh digantikan dengan limau nipis dan juga limau kasturi.

 

  1. Buah oren

Vitamin C yang ada dalam buah oren mencegah ketidakseimbangan memori dan membekalkan antioksidan dalam otak.

 

  1. Kayu manis

Khasiat kayu manis adalah menurunkan kadar gula dalam darah dan membekalkan nutrisi pada saraf.

Jika anda selalu terjaga di tengah malam, ia biasanya disebabkan oleh kadar gula dalam darah yang tinggi. Jadi kawal pengambilan gula dan amalkan pengambilan kayu manis.

Cara Mengatasi Susah Tidur Di Malam Hari

 

  1. Halia

Halia selalunya digunakan untuk membuang angin dan membaiki masalah pencernaan. Sebenarnya ia juga bermanfaat untuk sistem saraf, lebih-lebih lagi dalam mengatasi susah tidur malam. Manfaatnya dibuktikan oleh satu kajian yang diterbitkan oleh Journal Bioorganic and Medical Chemistery pada tahun 2010. Kajian ini mendapati halia mampu mempengaruhi reseptor hormon serotonin di otak untuk rasa lebih relaks.

 

Cara Mengatasi Susah Tidur Di Malam Hari sebenarnya sangat berkait dengan amalan pemakanan, termasuklah penambilan suplemen untuk kecergasan otak dan kawal emosi.

 

3. Amalan Ketika Hendak Tidur

  1. Amalkan sunnah yang diajar bagi orang islam

Berwuduk, membaca surah 3 Qul, doa tidur, serta berzikir.

Doa Yang Diajar Rasullah Untuk Sukar Tidur, Maksudnya:

Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .

 

  1. Alunan Zikir

Buka CD/MP3 zikir yang melodinya menenangkan perasaan anda

 

  1. Kosongkan fikiran anda

Cuba rilek dan lupakan perkara yang mengkusutkan fikiran kita.

 

  1. Urutan

Minta bantuan mereka yang bersama anda untuk lakukan urutan ringan terutama pada bahagian kepala dan leher. Atau dimana-mana bahagian yang tegang atau tidak selesa

 

Perlukan vitamin semulajadi dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *