Kanser Rahim – Faktor dan Tanda Anda Berisiko

Kanser reproduktif wanita terdiri daripada kanser ovari, kanser dinding rahim dan kanser pangkal rahim (servik).  Kanser Rahim – Faktor dan Tanda Anda Berisiko perlu diketahui dari awal untuk rawatan yang lebih berkesan.

 

Kanser Rahim - Faktor dan Tanda Anda Berisiko

Faktor Risiko Kanser Rahim

OBESITI 

Punca kebanyakkan penyakit adalah disebabkan berat badan berlebihan. Ini kerana obesiti menganggu sistem detoksfikasi semulajadi tubuh dan toksin tidak dapat dikumuh sepenuhnya. Kesannya radikal bebas juga meningkat dalam tubuh anda yang merosakkan sel-sel badan.

 

DIABETES

Kencing manis bukan hanya menyumbang kanser rahim malah juga kanser-kanser lain. Gula yang tinggi dalam darah menyebabkan kerosakkan sel dalam badan.

 

HYPERTENSION

Hypertension atau stres melampau  dalam satu jangka masa panjang, boleh meningkatkan risiko kanser.  Keadaan stres boleh menyebabkan keadaan dalam tubuh yang lebih berasid dan merosakkan sel sel badan.

 

PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome)

Mereka yang mengahadapi Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) juga berisiko lebih tinggi mendapat kanser rahim. PCOS disebabkan kandungan hormon estrogen yang tidak seimbang. Ia menyebabkan ovulasi (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada ovulasi yang tetap pada setiap bulan.

 

BERUSIA

Bagi wanita berusia dan sudah menopause berisikonya lebih tinggi. Fungsi rahim sudah tidak normal dan kesihatan rahim juga turut merosot yang menyumbang kepada risiko kanser rahim.

 

PENGAMBILAN HORMON ESTROGEN ATAU PRODUK YANG MERANGSANGKAN HORMON ESTROGEN.

Kesan pengambilan hormon estrogen yang berlebihan atau tanpa pantauan doktor boleh meningkatkan risiko kanser rahim.

 

GENETIK

Faktor risiko yang tak boleh dielakkan tetapi masih boleh diatasi.

 

TIDAK PERNAH HAMIL ATAU TIDAK PERNAH MENYUSUKAN BAYI

Kita semua tahu manfaat penyusuan bayi boleh mengecutkan rahim ibu selepas bersalin. Seterusnya memulihkan kesihatan rahim.

 

 

Tanda-Tanda Awal Kanser Rahim dan Kanser Serviks

  • Vagina mengeluarkan cairan yang luar biasa, atau keputihanyang tidak normal.
  • Pendarahan di bahagian vagina secara tidak normal, haid yang berpanjangan & berat.
  • Kesakitan pada pelvis.
  • Sakit atau berdarah dibahagian vagina ketika melakukan hubungan kelamin.
  • Hilang kawalan pada pundi kencing, rasa tidak selesa ketika membuang air kecil.
  • Mudah penat atau keletihan yang berterusan. Mudah rasa gelisah tanpa sebab.
  • Hilang selera makan atau berat badan turun mendadak.
  • Sakit kaki atau lenguh-lenguh pada seluruh otot kaki.

 

 

Tanda Yang Lebih Serius

  • Lendir atau keputihan yang tidak normal dan berbau yang sudah berpanjangan.
  • Wanita yang mengalami pendarahan walaupun telah menopause.
  • Disahkan menghadapi PCOS dan sudah terjadi jangkamasa yang lama.
  • Pendarahan haid yang tidak normal, terlalu banyak atau lebih dari tempoh yang sepatutnya, (maksimum haid 14-15 hari).

Bagi wanita yang mengalami tanda-tanda ini, disaran melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital untuk mengesan kemungkinan kanser rahim diperingkat awal lagi

 

Kanser Rahim - Faktor dan Tanda Anda Berisiko

 

Amalan Pencegahan Kanser

Pencegaan kanser bermula daripada penjagaan kesihatan diri, pemakanan dan gaya hidup.  Elakkan semua faktor risiko kanser rahim diatas. . Atau jika anda mempunya risiko ini sebaiknya melakukan pemeriksaan secara rutin.  >> Amalan Cegah Kanser<<

 

Perlukan vitamin dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *