Kenapa Aktif Bersukan Pun Berisiko Kanser

Agak mengejutkan ramai pihak apabila pemain badminton no.1 negara, Lee Chong Wei disahkan menghidapi kanser hidung tahap awal. Kenapa Aktif Bersukan Pun Berisiko Kanser ?

Juga pengakuan Ahmad Zaki Mohd Suhaimi, yang sentiasa aktif bersukan juga disahkan menghidapi kanser kolorektal (dipetik dari freemalaysiatoday).  Kita juga selalu dikejutkan dengan atlit yang meninggal akibat serangan jantung!  Hal ini saya juga pernah berkongsi sebelum ini >> Tips Hidup Sihat <<

 

Persoalan disini, apakah punca mereka yang sentiasa aktif juga berisiko dengan kanser? Jawapnya kita perlu tahu apakah yang menyebabkan kanser!

Kenapa Aktif Bersukan Pun Berisiko Kanser

 

Faktor Risiko Kanser

Pelbagai jenis kanser dikesan pada masa sekarang. Punca setiap jenis kanser sedikit berbeza namun faktor utama adalah karsinogen dan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan.

 

Bahan yang boleh merosakkan sel badan adalah:

  • Karsinogen (asap rokok, asbestos, dll)
  • Radiasi
  • Radikal bebas.

 

Faktor dalaman:

  • Stres
  • Radikal Bebas
  • Masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes.
  • Pemakanaan seperti tinggi gula, lemak dan kurang serat & antioksidan

 

 

Apa Itu Radikal Bebas?

Terdapat dua sumber radikal bebas. Faktor luaran dan dalaman

Faktor luaran seperti radiasi, sinar x-ray dan daripada gajet/peralatan elektronik.

 

Manakala sumber dalaman dibebaskan oleh sel-sel badan kita sendiri ketika proses pembentukkan sel baru. Pembakaran tenaga dan lemak. Jadi bagi mereka yang aktif bersukan, kadar radikal bebas juga akan lebih tinggi.  >> Bagaimana Radikal Bebas Terhasil<<

 

 

Bagaimana ‘Meneutralkan’ Radikal Bebas?

Radikal bebas adalah molekul yang tidak stabil, untuk stabilkannya ia memerlukan ion daripada molekul sekitarnya, dan meyebabkan struktur asal molekul tersebut berubah.

 

Keadaan ini menjadikan molekul pada sel sudah tidak normal. Apabila sel yang tidak normal ini berkembang, ia membentuk sel kanser.

 

Radikal bebas boleh dineutralkan dengan antioksidan yang boleh diperolehi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebab itulah sangat dititik beratkan penjagaan kesihatan utama adalah pemakanan, diikuti dengan aktiviti fizikal.

 

Kenapa Aktif Bersukan Pun Berisiko Kanser

 

 

Kesihatan Sokongan

 

Kita tahu punca utama sebarang masalah kesihatan adalah pemakanan. Namun sumber makanan kita pada hari ini sudah tidak terjamin nutrisi dan khasiatnya.

 

Boleh dikatakan semua aktiviti pertanian dan perternakkan menggunakkan bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan. Antaranya racun serangga, pestisid dan suntikkan hormon pada haiwan perternakkan. Tidak termasuk lagi proses pembungkusan yang menggunakan bahan pengawet dan peraman (buah) dengan bahan kimia.

 

Bagi pengguna pula memang sangat sukar untuk buat pemilihan bahan yang organik. Sama ada tiada sumber atau harga yang sangat mahal.

 

Faktor inilah yang sangat memerlukan kita mengambil suplemen semulajadi untuk sokongan kesihatan.

Tetapi yang utamanya adalah pemakanan (real food) yang sihat, termasuk cara penyedian yang betul. Dan ditambah dengan aktiviti fizikal yang konsistan. Pengawai kesihatan mengesyorkan 150 minit seminggu bagi mereka tiada masalah kesihatan.

 

Jika anda menghadapi masalah kesihatan. disarankan untuk melakukan pemeriksaan terlebih dahulu. Kemudian dapatkan nasihat sebelum melakukan sebarang aktiviti.

 

Juga perkara penting yang tidak boleh diabaikan adalah pemeriksaan berkala. Ia penting untuk pengesanan awal dan meningkatkan peratusan untuk sembuh daripada rawatan yang dijalankan.

 

Perlukan vitamin/antioksidan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *