Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Tips Badan Sihat Otak Cergas Yang Ramai Abaikan

Tips Badan Sihat Otak Cergas Yang Ramai Abaikan

Kita selalu fikirkan Badan Sihat Otak Cergas hanya untuk kanak-kanak. Tetapi sebenarnya orang dewasa juga perlu.  Kenapa Tips Badan Sihat Otak Cergas Yang Ramai Abaikan ini sebenarnya sangat penting?

Apabila otak cergas, kita akan lebih fokus untuk selesaikan tugas harian. Prestasi kerja pasti lebih baik.  Rutin harian yang padat boleh memenatkan fikiran dan fizikal kita. Terutamanya sebagai ibu, samaada bekerjaya atau tidak. Tugas menguruskan anak, rumah dan bekerja boleh menyebabkan kita rasa penat dan fikiran terganggu.  Tapi jangan risau, saya kongsikan beberapa tips yang saya amal untuk kekalkan badan sihat otak cergas yang disarankan oleh pakar.

 

Tips Badan Sihat Otak Cergas Yang Ramai Abaikan

Tips Badan Sihat Otak Cergas Yang Ramai Abaikan

 

  1. Jaga Makan

Cara ‘jaga makan’ ini hanya memerlukan kita untuk makan secara sihat suku-suku separuh. Setiap hidangan lebihkan sayuran dan buahan. Pengambilan protein disarankan untuk mengambil ikan, ayam atau telur. Serta kurangkan daging. Pastinya bukan makanan yang diproses. Mudah kan.  Juga kurangkan makanan manis seperti kek, kuih serta minuman manis.

 

 

  1. Pastika Anda Bersarapan Yang Berkhasiat

Sarapan yang berkhasiat dan seimbang sangat penting untuk permulaan hari yang cergas. Dalam Islam pengambilan makanan yang lengkap lebih disarankan pada waktu pagi jika dibandingkan pada tengah hari dan malam.

 

Tips Badan Sihat Otak Cergas Yang Ramai Abaikan

 

  1. Bersenam

Bagi kita yang tiada masalh kesihatan, aktiviti fizika yang optimum disarankan oleh pakar kesihatan adalah 150 minit seminggu. Jadi setiap hari dalam 20 minit sahaja. Manfaatnya untuk badan kekal aktif, otak juga akan menjadi segar.  Ini kerana senaman akan meningkatkan pengaliran darah keseluruh badan dan membantu pembuangan toksin.

 

Senaman akan meningkatkan degupan jantung dan penting untuk mengepam darah keseluruh badan.

 

 

  1. Hadkan Masa Menontong Video/TV

Ketika menonton video sebenarnya otak kita kurang terangsang. Kurang pergerakan, kurang tindakbalas, mudahnya otak kita kurang berfikir. Ia hanya melibatkan perdengaran dan penglihatan.

 

Juga saraf mata akan terbeban jika terlampau lama menghadap skrin. Ini terbukti melalui kajian. Terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar sangat merbahaya jika dibiarkan dalam jangka masa yang panjang.

 

 

  1. Kurangkan Penggunaan Gajet

Gajet termasuklah telefon, laptop atau sebarang peralatan elektronik.. Terutamanya telefon cuba jauhkan seketika dalam sehari. Gajet-gajet ini menghasilkan gelombang radioaktif yang tidak baik untuk kesihatan.

 

Waktu tidur juga perlu pastikan telefon bimbit anda berada jauh dari tempat tidur.

 

 

  1. Aktiviti Bersama Keluarga/Orang Terdekat.

Untuk mendapatkan badan sihat otak cergas, cuba rehatkan minda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah lain seperti berkebun, membaca buku, berenang dan sebagainya bersama keluarga ataupun teman-teman. Sebenarnya ini boleh dijadikan terapi yang sangat berkesan. Emosi kita juga akan lebih baik.

 

Tips Badan Sihat Otak Cergas Yang Ramai Abaikan

 

  1. Kawal Emosi

Marah adalah normal bagi kita sebagai manusia biasa. Namun perlu dikawal perasaan marah anda. Keadaan marah menyebabkan emosi terganggu dan sebenarnya anda juga sedang memberi tekanan kepada tubuh badan sendiri.

 

 

  1. Rehat Yang Berkualiti

Badan kita perlukan tidur malam yang berkualiti untuk menghilangkan penat dan memulihkan tekanan daripada aktiviti di siang hari. Jadi pastikan tubuh kita mendapat rehat dengan tidur yang berkualiti secukupnya iaitu antara 6-8 jam

 

Sebaiknya awalkan waktu tidur dan bangun diawal pagi. Elak sama sekali tidur waktu siang kecuali ketika hampir waktu zohor untuk seketika.

 

Betul tak, Tips Badan Sihat Otak Cergas Yang Ramai Abaikan ni?,  Jadi mula bertindak untuk kekal sihat dan cergas. Anda juga boleh amalkan >> Tips Hidup Sihat <<  ini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: