5 Bahaya Kekurangan Vitamin D

Perkongsian 5 Bahaya Kekurangan Vitamin D ini adalah hasil kajian  penyelidik. Namun tidak dikatakan hanya 5 ini sahaja, mungkin ada lagi risiko yang lain.

5 Bahaya Kekurangan Vitamin D

Vitamin D adalah vitamin larut lemak. Tubuh kita menghasilkan vitamin D melalui kulit selepas terdedah kepada matahari. Sumber makanan kita sangat sedikit yang mengandungi Vitamin D. Hanya makanan tertentu mengandungi Vitamin D seperti salmon.

 

Fungsi Vitamin D untuk mengekalkan tahap kalsium dan foforus yang normal dalam darah. Juga membantu meningkatkan kadar penyerapan kalsium untuk tulang kuat. Tanpa Vitamin D, keadaan tulang akan nipis dan rapuh, ada juga pembentukkan tulang yang tidak normal.

 

Kesan buruk kekurangan Vitamin D bukan hanya pada tulang. Inilah 5 Bahaya Kekurangan Vitamin D Yang Wajib Anda Tahu, yang dibuktikan oleh penyelidik dan saintis.

 

5 Bahaya Kekurangan Vitamin D

 

5 Bahaya Kekurangan Vitamin D

 

  1. Parkinson

Hasil kajian selama 7 tahun menunjukkan hubungan yang kuat di antara tahap kandungan Vitamin D dalam darah dengan pesakit Parkinson. Mereka yang kekurangan vitamin D (di bawah 75 nmol/l) dalam darah mempunyai risiko peningkatan Parkinson dalam 50 peratus.

 

Manakala mereka yang kekurangan Vitamin D (di bawah 50 nmol / l) mempunyai lebih dua kali ganda risiko (2.2 kali) penyakit ini.

 

 

  1. Tumpembesaran kanak-kanak

Kesan kekurangan vitamin D yang melampau akan menjejaskan perkembangan bayi dan kanak-kanak. Ia merupakan faktor yang menyumbang kepada masalah kecacatan tulang dan tulang lembut.

 

Kajian daripada pakar pemakanan, penyelidik, dan pakar kanak-kanak membuktikan tahap vitamin D yang tidak normal dalam darah bukan sahaja merisikokan tulang, tetapi pelbagai isu kesihatan lain. Termasuk rintangan insulin, sistem imun dan kesan metabolik yang lain dan risiko kanser tertentu yang lebih tinggi.

 

Faktor risiko kekurangan vitamin D pada kanak-kanak adalah menghabiskan lebih banyak masa di dalam rumah dan tidak terdedah dengan cahaya matahari. Juga diet harian tanpa sumber Vitamin D.

 

 

  1. Masalah nyayuk

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association (JAMA),  tahap Vitamin D dalam darah seramai 318 orang yang puratanya berusia 76 tahun diuji dan direkodkan.

Selepas 5 tahun mereka, darah mereka diuji lagi untuk mengukur tahap Vitamin D dan memeriksa perubahan pada mental mereka.

Hasilnya menunjukkan individu yang mempunyai kandungan vitamin D yang rendah dalam darah, menghadapi peningkatan dengan masalah ingatan. Mereka sukar mengingati maklumat umum serta bermasalah dengan visuospatial (mengamati hubungan antara objek). Pemikiran dalam hal global juga berkurang.

 

  1. Prostat

Satu kajian melaporkan bahawa kadar kalsium dan vitamin D yang rendah pada 184 lelaki yang berumur antara 72 tahun hingga 76 tahun yang dipilih secara rawak mempunyai risiko lebih tinggi menghadapi hiperplasia prostatic benign (BPH). Hormon seks yang rendah dan lebih kolesterol LDL.

 

 

  1. Asthma

Kajian juga membuktikan tahap Vitami D yang rendah dalam darah menyumbang kepada peningkatan asthma dan memburukkan lagi mereka yang ada asthma.

 

 

Sumber Vitamin D dalam Diet Harian

Perlu ke suplemen Vitamin D, sedangkan Vitamin D dengan mudah diperolehi daripada sinaran matahari pada waktu pagi. Ini bergantung kepada gaya hidup anda. Ramai di antara kita yang tiada masa untuk terdedah kepada matahari walaupun sekejap. Atau ada mereka yang sangat obses untuk kulit putih melepak.

Waktu kerja yang memerlukan anda keluar seawal subuh dan pulang di malam hari, pasti menghadkan kandungan Vitamin D dalam tubuh. Ini kerana kebanyakkan diet harian tidak mengandungi Vitamin D atau sangat sedikit.  Sumber  yang pasti mengandungi vitamin D adalah daripada ostematrix dan multivitamin-vitalea.

 

Perlukan vitamin semulajadi dan konsultan,

Hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *