Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

7 Punca Berak Berdarah

Keadaan  berak berdarah menunjukkan masalah kesihatan usus anda. Ramai yang beranggapan perkara ini masalah kecil dan abaikan pemeriksaan kesihatan. Walaupun pengeluaran darah hanya sedikit pada najis, anda perlu bertindak untuk elak sebarang komplikasi yang serius. Apakah Punca Berak Berdarah

7-Punca-Berak-Berdarah

7 Punca Berak Berdarah

  1. Sembelit  dan Buasir (paling kerap berlaku)

Sembelit dan buasir adalah saling berkait.  Pada peringkat awal bagi mereka yang mengalami masalah penghadaman  adalah sembelit. Najis yang keras  dalam tempoh jangka masa panjang  akan meyebabkan Berak Berdarah dan buasir

Buasir adalah pembengkakkan rektum yang serius.  Keadaan ini lama kelamaan akan menimbulkan keradangan pada dubur samada rektum dalam atau luar. Kedua-dua ini Punca Berak Berdarah yang dihadapi ramai orang. Cara atasi buasir dan sembelit.

 

  1. Luka pada dubur (anal fissure)

Luka pada dubur pula puncanya sedikit berbeza. Ia boleh disebabkan cirit-birit kronik, keradangan kawasan anorektal yang disebabkan oleh keradangan  usus. Melahirkan anak dan juga boleh berpunca daripada sembelit.

 

  1. Polyps

Kebanyakkan Polyps tidak merbahaya namun sesetengah kes bertukar kepada kanser kolon. Polyp yang besar lebih berisiko untuk bertukar kanser, terutama dengan polip neoplastik. Polyps tidak menunjukkan sebarang simptom kecuali Berak Berdarah. Jadi langkah terbaik adalah menjalankan pemeriksaan kesihatan.

 

  1. Ulser dalam usus

Ulser usus disebabkan jangkitan kuman. Faktor ini juga dipengaruhi oleh pemakanan seseorang.

 

  1. Keradangan usus

Faktor utama keradangan usus adalah diet dan gaya hidup seperti pengambilan alkohol dan merokok.

 

  1. Diverticulitis

Diverticulitis adalah pembentukkan kantung kecil yang kelihatan membonjol dalam lapisan usus. Paling kerap terbentuk dibahagian usus besar. Antara faktor risikonya adalah umur (40+), obesiti, merokok, kurang senaman, sesetengah ubat dan diet yang tinggi daging.

7-Punca-Berak-Berdarah

 

  1. Tanda awal kanser usus atau perut

Perubahan awal pembentukkan sel-sel kanser juga boleh menyebabkan Berak Berdarah.

Keperluan Untuk Kesihatan Usus

Pastinya hal ini dipengaruhi oleh pemakanan anda. Menu yang sihat seimbang seperti yang disarankan iaitu suku-suku separuh, lebihkan buahan dan sayuran, juga lebihkan air kosong untuk cegah sembelit. 

Pengambilan sumber protein haiwan terutama daging yang kerap juga boleh memburukkan keadaan Berak Berdarah dan kesihatan usus.

Pemakanan yang sihat pastinya berasaskan tumbuhan yang kaya antioksidan untuk memelihara sel-sel tubuh. Tidak bermakna anda perlu tinggalkan semua makan berasaskan haiwan, cuma kuantitinya perlu dikawal dan lebihkan tumbuhan.  Untuk pemulihan yang cepat anda perlukan vitamin tertentu untuk pastikan kesihatan usus anda.

 

Perlukan vitamin semulajadi dan  konsultan,

Hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: