Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Amalan Elak Nyanyuk Dari Awal

Amalan Elak Nyanyuk Dari Awal

Nyayuk adalah keadaan seseorang terutamanya warga emas yang sudah tidak mampu menguruskan diri dengan sempurna. Ada ketika mereka lupa dan tindakkan mereka seperti kanak-kanak. Keadaan ini pasti menyusahkan orang terdekat terutama keluarga sendiri. Sebab itu amat penting kita semua amalkan Amalan Elak Nyanyuk Dari Awal sebelum terlambat.

Kenapa Ini Terjadi

Otak yang cergas adalah sel sel otak yang sentiasa berhubung. Jadi kita perlu pastikan sel otak sentiasa dalam keadaan baik dan sentiasa dirangsang untuk kekal berhubung.

Sel otak bagi individu yang menghadapi masalah ini pula sudah mengecut dan tidak dapat berhubung dengan baik. Sel yang kecut menyebabkan oksigen kurang sampai kedalam otak. Nutrisi untuk aktiviti otak juga akan berkurang. Keadaan ini lah yang menyebabkan nyayuk, dan otak sudah tidak boleh berfungsi dengan baik.

 

Amalan Elak Nyanyuk Dari Awal

 

Jaga Kesihatan Sel Otak Dan Tubuh

Tubuh yang sihat dan aktif mencegah risiko penyakit termasuk masalah nyayuk. Nama saintifiknya dalah Alzheimer. Bagaimana nak  Elak Nyanyuk Dari Awal?

 

  1. Lakukan pemeriksaan berkala. 

Kawal kolestrol dan darah tinggi untuk mencegah serangan strok iaitu pendarahan dalam otak.

 

  1. Bersenam

Sangat bermanfaat terutama di waktu pagi di kawasan terbuka. Ini boleh membaiki pengaliran darah dan meningkatkan vitamin D dalam tubuh yang baik untuk sel otak. Kajian menunjukkan mereka mempunyai paras Vitamin D yang tinggi dalam darah kurang berisiko masalah nyayuk.

 

  1. Kawal berat badan.

Masalah obesiti, kencing manis yang boleh memudaratkan kesihatan. Kita selu dengar tubuh sihat otak cergas kan. Penyakit inilah yang menyumbang kepada strok.

 

  1. Jaga pemakanan

Tidak makan berlebihan. Amalkan pemakanan yang baik untuk sel otak. Antara yang terpenting adalah omega 3 untuk mengekalkan kesihatan sel otak. B-complex untuk kesihatan saraf sama seperti omega. Lecithin membantu daya ingatan. Vitamin D untuk  kurangankan rintangan insulin dan tingkatkan kesihatan sel. Ini adalah amalan kesihatan tubuh dan yang paling penting dalam Amalan Elak Nyanyuk Dari Awal.

 

  1. Kawal emosi dan stres

Emosi yang tidak stabil membuatkan anda stres. Ketika stres hormon yang terhasil boleh membahayakan kesihatan sel tubuh badan.  Termasuk sel otak anda.

 

  1. Rehat yang berkualiti

Rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti membantu anda lebih bertenaga dan cergas.  Tubuh yang bertenaga akan membantu anda lebih fokus dan emosi lebih stabil. Tidur yang cukup juga baik untuk merehatkan otak setelah seharian bekerja dan berfikir.

 

 

Amalan Elak Nyanyuk Dari Awal Untuk Sel Otak Terus Berhubung

Di samping amalan pemakanan berkhasiat dan berzat, senaman dan suplemen,  kita perlu merangsang dan mengaktifkan sel otak secara ‘luaran’. Rangsang dan sentiasa aktifkan sel  otak dengan amalan dan aktiviti seperti:

  1. Amalan membaca dan menghafal al quran. Juga berzikir yang boleh menenangkan emosi.
  1. Mendengar muzik dan lagu yang boleh menenangkan jiwa dan minda terutama lagu klasik yang berseni tinggi.
  1. Elak terperap dalam rumah. Bergerak aktif. Keluar bersosial, berjumpa saudara dan kawan-kawan. Berbual dan berbincang perkara yang bermanfaat.
  1. Pelajari kemahiran baru, walaupun usia kita sudah meningkat tak bermakna tidak perlu mencuba sesuatu yang baru. Apatah lagi ia boleh memberi manfaat.
  1. Bermusafir dan kenal tempat baru. Semua ini boleh merangsang sel otak.
  1. Menulis dan membaca sesuatu yang baru setiap hari. Aktiviti menulis memerlukan kita untuk membuat kajian dan berfikir tentang perkara tersebut.

 

Perlukan vitamin semulajadi dan konsultan,

Hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: