Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Atasi Masalah Kesuburan Wanita Tanpa Ubat

Atasi Masalah Kesuburan Wanita Tanpa Ubat

Ikhtiar untuk hamil atau Atasi Masalah Kesuburan Wanita Tanpa Ubat bermula dengan gaya hidup dan amalan tertentu untuk tingkatkan kesuburan. Punca Ketidaksuburan Pada Wanita:

  1. PCOS, BMI tidak normal
  2. Masalah hormon dan haid
  3. Keputihan yang tidak normal
Atasi Masalah Kesuburan Wanita Tanpa Ubat
Langkah akhir yang salalu disarankan untuk hamil kerana kos yang tinggi

 

Amalan Untuk Atasi Masalah Kesuburan Wanita Tanpa Ubat

Masalah ketidaksuburan berkait dengan masalah kesihatan. Puncanya bekalan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita tidak cukup dan lengkap. Jadi bagaimana kita boleh perbetulkan fungsi dalam tubuh?

 

  1. Amalkan Makan Yang Kaya Antioksidan

Antioksidan bertindak melindungi sel daripada radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel ovum dan sperma. Apabila sel-sel badan sihat secara tidak langsung membantu untuk  Atasi Masalah Kesuburan Wanita Tanpa Ubat

 

Satu kajian terhadap 60 pasangan yang menjalani rawatan in-vitro,mereka yang mengambil suplemen antioksidan didapati peluang kejayaan meningkat sebanyak 23%.

 

Amalkan antioksidan seperti folat dan zinc.Makan buah-buahan, sayur-sayuran, kacang dan bijirin penuh. Sumber yang kaya dengan antioksidan seperti vitamin C dan E, folat, beta-karoten dan lutein.

 

  1. Sarapan pagi yang lengkap dengan hidangan yang besar

Amalan ini membantu untuk atasi masalah kesuburan wanita.Kajian menunjukkan sarapan pagi yang lebih banyak dapat menstabilkan hormon dan mengurangkan sindrom ovarium polikistik (PCOS).

Tabiat makan ini juga membantu untuk mengurangkan kadar insulin sebanyak 8% dan tahap testosteron sebanyak 50% (yang menyumbang punca ketidaksuburan)

 

Proses ovulasi juga didapati meningkat sebanyak 30% lebih banyak daripada wanita yang makan sarapan pagi sedikit dan makan malam yang lebih besar.

 

Ingat, amalkan sarapan pagi yang lengkap dengan kuantiti yang lebih banyak daripada waktu makan tengah hari dan malam. Cara makan sebegini sebenarnya telah diajarkan oleh Rasullah.

 

  1. Elakkan Lemak Trans

Lemak trans terbukti menyumbang kepada risiko ketidaksuburan ovulasi, kesan negatifnya terhadap kepekaan insulin dalam badan.

 

Kajian membuktikan Lemak trans boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan ovulasi sebanyak 31%. Jika lemak trans bukan karbohidrat pula meningkatkan risiko sebanyak 73%.

 

Lemak trans terdapat dalam marjerin tertentu, makanan bergoreng, makanan diproses dan yang dibakar. Walau bagaimanapun, lemak sihat (omega 3) penting untuk meningkatkan kesuburan.

 

  1. Kurangkan karbohidrat

Diet rendah karbohidrat sangat disarankan bagi wanita yang menghadapi sindrom ovarium polikistik (PCOS). Manfaatnya membantu mereka mengekalkan berat badan yang sihat, mengurangkan rintangan insulin dan kurangkan lemak.

 

Kajian membuktikan dengan pengambilan karbohidrat berlebihan, risiko kemandulan akan meningkat. wanita yang makan lebih banyak karbohidrat mempunyai risiko 78% lebih besar daripada ketidaksuburan ovulasi daripada mereka yang mengikuti diet rendah karbohidrat.

 

  1. Makan lebih serat

Serat membantu badan anda mengatasi hormon berlebihan dan memastikan gula dalam darah yang normal.Makanan tinggi serat seperti bijirin, buahan,sayuran dan kekacang.

 

Sesetengah jenis serat membantu untuk mengikat estrogen yang berlebihan di dalam usu kemudian dikeluarkan sebagai bahan kumuh. Makan 10 gram lebih banyak serat bijirin setiap hari mampu kurangkan 44% risiko ketidaksuburan ovulasi.

 

  1. Protein

Kurangkan sumber protein harian anda daripada haiwan seperti daging, ikan dan telur. Gantikan dengan sumber protein sayuran seperti kekacang.

 

Satu kajian mendapati pengambilan protein daging yang kerap meningkatkan ketidaksuburan ovulasi sebanyak 32%.Sebaliknya, makan lebih banyak protein sayuran dapat mengurangkan tahap ketidaksuburan.

 

  1. Produk Tenusu Tinggi Lemak

Produk tenusu rendah lemak boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan, berbeza dengan susu lembu tinggi lemak boleh menurunkan peratusannya.

 

Satu kajian besar menunjukkan kesan mengambiltenusu tinggi lemak lebih daripada sekali sehari mengurangkan 27% kemungkin mereka tidak subur. Contoh mudah susu tinggi lemak ialah full cream milk.

 

  1. Gaya HidupAktif dan Beriadah

Senaman terbukti boleh meningkat kesihatan yang menyeluruh, termasuk masalah kesuburan.

Beriadah pula salah satu cara untuk atasi tekanan seseorang. Emosi yang tertekan boleh menurunkan peratus kehamilan. Ini mungkin disebabkan berlakunya perubahan hormon apabila anda tertekan.

 

  1. Elak Kafaein

Kafein boleh menjejaskan kesuburan wanita. Pengambilan kafein yang tinggi sebelum kehamilan juga dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran. Ini kerana kafein mengurangkan kadar penyerapan nutrisi dalam tubuh.

Atasi Masalah Kesuburan Wanita Tanpa Ubat

  1. BMI yang normal

BMI yang tidak normal adalah punca segala penyakit termasuk haid yang tidak normal. Haid yang normal adalah pengukur kesuburan dan ovulasi seseorang. Jumlah lemak yang tersimpan dalam tubuh mempengaruhi kitaran haid.

Wanita yang kekurangan berat badan atau berlebihan mempunyai tempoh kitaran haid yang panjang, menjadikan mereka lebih sukar untuk hamil. Jadi pastikan BMI anda normal untuk Atasi Masalah Kesuburan Wanita Tanpa Ubat dengan lebih berkesan.

 

  1. Tingkatkan Zat Besi dan Multivitamin dalam diet

Zat besi membantu naikkan Hemoglobin, seterusnya oksigen yang dibekalkan dalam badan turut meningkat. Satu kajian terhadap 438 wanita dengan pengambilan makanan kurang zat besi dikaitkan dengan risiko kemandulan ovulasi sebanyak 40%.

 

Walau bagaimanapun, lebih banyak bukti diperlukan untuk mengesahkan paras zat besi yang baik untuk kesuburan. Kadar penyerapan zat besi akan lebih tinggi bersama vitamin C.

 

  1. Bebas alkohol dan asap rokok

Kedua-duanyanya terbukti membahayakan kesihatan, begitu juga masalah kesuburun yang menurun.

 

 

Tindakan  Suami Isteri

  1. Berfikiran positif

Mudah diungkap namun sukar untuk dilaksanakan jika kita sedang menghadapi masalah. Namun ini perlu diusahakan, atasi punca masalah anda. Fikiran yang kusut akan meningkatkan keasidan tubuh yang boleh menjejaskan proses  ovulasi

 

  1. Hubungan intim dalam waktu ovulasi

Anda mesti tahu kitaran haid anda. Kemudian catat tempoh ovulasi untuk meningkatkan kejayaan persenyawaan.

Atasi Masalah Kesuburan Wanita Tanpa Ubat

  1. Lakukan pemeriksaan kesihatan

Kenal pasti punca masalah anda terlebih dahulu. Ini penting untuk elak sebarang komplikasi lain yang serius.

 

 

Keperluan Nutrisi Untuk Atasi Masalah Kesuburan Wanita Tanpa Ubat

Senarai yang dicadangkan ini adalah dari  pakar nutrisi untuk membantu kesihatan wanita. Untuk kesuburan lelaki sila rujuk >> Kesihatan Lelaki<<

 

  1. Alfafa – Cegah keputihan melampau

Alfafa bersifat alkali dan bertindak menyah bakteria pada bahagaian faraj.

 

  1. GLA Complex – Menstabilkan hormon wanita

Hormon yang stabil memastikan kitaran haid yang normal dan meningkatkan peluang kehamilan.

 

  1. Vivix – Menyihatkan sel

Sel yang sihat adalah keperluan utama untuk kesihatan menyeluruh.

 

  1. B complex (dengan acid folic) – Untuk kesihatan rahim

Acid folic sangat diperlukan untuk kesihatan dan kekuatan rahim. Mengurangkan risiko keguguran dan kecacatan janin.

 

  1. Vita-Lea (Mutivitamin with iron)

Kandungan multivitamin mempunyai pelbagai mineral untuk kesihatan, termasuk iron yang penting untuk kesuburan wanita.

 

 

Perlukan vitamin semulajadi dan konsultan,

Hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: