Cara Cepat Sembuhkan Luka Bersalin Caesar

Penjagaan rapi luka bersalin C-section sangat perlu untuk cegah sebarang jangkitan. Komplikasi jangkitan seperti bernanah disekitar jahitan boleh melambatkan penyembuhan luka. Parut luka juga boleh jadi kelihatan kasar. Dan baanyak lagi komplikasi lain. Bagaimana Cara Cepat Sembuhkan Luka Bersalin Caesar?

Cara Cepat Sembuhkan Luka Bersalin Caesar

Luka C section bukan hanya luaran, dalaman lebih penting. Oleh itu, rawatan untuk luka bukan hanya sapuan ubat pada jahitan sahaja.

 

 

Cara Cepat Sembuhkan Luka Bersalin Caesar

 

  1. Penjagaan Luka

Lindungilah Luka Jahitan

Seminggu pertama selepas pembedahan sebaiknya elakkan luka terkena air. Basahkan badan dengan kain basah.

 

Pastikan bahagian jahitan sentiasa kering terutama selepas mandi. Lap dengan kain bersih sehingga betul- betul kering. Elakkan daripada menggunakan tisu. Jika basah atau lembap bakteria lebih cepat membiak.

 

Bersihkanlah Luka Jahitan

Selain lindungi luka jahitan dari secara langsung terkena air, luka perlu dibersihkan sebaiknya 2 kali sehari.

Doktor akan bekalkan ubat cecair anti septik untuk anda. Gunakan button bud untuk sapun ubat tersebut.

 

 

  1. Ambil Makanan Yang Cepatkan Penyembuhan Luka

Ambil diet yang seimbang. Amalkan makanan yang tinggi protein, zink dan juga beta karoten. Juga lebih sayur dan buahan yang kaya dengan mineral.

 

 

  1. Kenal Pasti Dan Elak Alahan Anda.

Bagi mereka yang ada alahan, terutamanya alahan pada makanan tertentu, perlu dielakkan sama sekali. Contohnya sebelum ini anda mengalami kegatalan kulit jika ambil ayam, jadi sebaiknya tinggalkan terus sehingga luka benar-benar sembuh.

Alahan boleh menyebabkan kegatalan pada bahagian luka. Jika digaru atau disentuh dengan tangan ia berisiko untuk terkena jangkitan. Malah kesan alahan itu sendiri boleh menyebabkan luka bernanah.

 

  1. Suplemen

Suplemen memainkan peranan yang sangat penting untuk Cepat Sembuhkan Luka Bersalin Caesar. Penyembuhan bermula  sel  dalaman.  Sel akan sihat terjaga dengan nutrisi yang selengkapnya. Antara vitamin yang terbaik adalah polifenol yang ada dalam Vivix. Vivix bertindak menyembuhkan semua sel-sel badan. Disamping itu, anda boleh amalkan set berpantang shaklee, yang sanagt baik untuk kesihatan ibu dan bayi.

 

 

  1.  Banyakkan Rehat

Untuk pulih selepas C-section anda perlukan lebih kurang enam minggu atau lebih untuk sembuh sepenuhnya selepas pembedahan.

Kurangkan bergerak dan sebaiknya berbaring seboleh mungkin untuk 6 minggu yang pertama. Minta pertolongan dari orang terdekat untuk menguruskan bayi, ibuhanya menyusukan bayi.

 

Anda Perlukan Rawatan Doktor Dengan Segera Jika

Selain daripada amalkan Cara Cepat Sembuhkan Luka Bersalin Caesar ini, jika terjadi gejala berikut, anda perlu dapatkan pemeriksaan doktor. Ini menunjukkan anda kemungkinan terkena jangkitan pada luka:

  • Nanah yang meleleh dari kawan luka C-section
  • Demam lebih daripada suhu 38 ° C
  • Pendarahan berat dari vagina
  • Kaki bengkak
  • Sukar untuk bernafas
  • Sakit bahagian dada

 

Perlukan vitamin/skincare semulajadi,  hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *