Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Cara Mengawal Stres Dan Emosi Wanita

Cara Mengawal Stres Dan Emosi Wanita

Wanita hari ini mengalami tekanan hidup yang lebih tinggi, bukan sahaja tangungjawab terhadap keluarga, tetapi juga komitmen dalam kerjaya. Ini punca utama lebih ramai wanita tertekan. Ini menyumbang kepada masalah sukar tidur, tekanan emosi, kualiti kerja, berat badan yang meningkat dan badan tidak bermaya. Ketahui Cara Mengawal Stres Dan Emosi Wanita yang berkesan untuk elak masalah kesihatan mental.

Pentingnya Mengawal Stres Dan Emosi Wanita

Seorang ibu memerlukan kesabaran yang tinggi, kasih sayang dan disiplin yang luar biasa. Itulah yang membuatkan ibu begitu istimewa. Namun keadaan keluarga, kewangan dan komitmen kerja benar-benar boleh menjadi punca utama stres. Sebab itu yang paling penting jaga kesihatan diri sendiri sebaiknya agar anda mampu menguruskan tekanan anda sebaiknya.

Kesan tekanan sangat berkait dengan sistem saraf tubuh anda. Ia memberikan ancaman yang pantas terhadap kesihatan fizikal dan emosi. Daya fokus dan juga kecergasan tubuh.

Bahagian dalam otak (hypothalamus) akan merangsang kelenjar adrenal untuk melepaskan hormon stres iaitu adrenalin dan kortisol. Adrenalin meningkatkan kadar denyutan jantung anda, meningkatkan tekanan darah anda, dan menggerakkan nutrien tenaga (glukosa, asid amino dan asid lemak) dalam badan untuk dicerna. Cortisol, hormon tindak balas tekanan utama anda, meningkatkan gula darah, meningkatkan pengambilan gula ke otak, dan meningkatkan asid amino untuk memperbaiki tisu badan. Cortisol juga menghalang fungsi badan semasa tekanan seperti tindak balas imun badan, proses pencernaan, sistem pembiakan dan proses tumpembesaran

Perkara yang paling merisaukan adalah masalah psikologi kronik, iaitu masalah kesihatan mental. Tekanan di tempat kerja atau rumah, konflik dalam keluarga dan kawan-kawan. Perubahan kehidupan (perceraian, kematian dalam keluarga) semuanya boleh membawa kepada punca masalah ini. Cara Mengawal Stres Dan Emosi Wanita ini sedikit sebanyak membantu anda lebih baik.

Cara Mengawal Stres Dan Emosi Wanita

 

Kesan Tekanan Kepada Fungsi Tubuh

  1. Fungsi Pencernaan – Kesan hormon stres boleh melambatkan pelepasan asid gastrik dan menganggu sistem pencernan. Aliran darah juga berkurang menyebabkan anda mudah sakit perut, sembelit, ada juga cirit birit.
  1. Sistem Imun Tubuh– Sistem antibodi mempunyai perhubungan kompleks antara tindak balas terhadap ancaman fizikal atau emosi. Serta komponen yang lebih khusus yang menangani tindak balas terhadap jangkitan atau kerosakan sel.

Contohnya jika berlaku kecederaan fizikal, sistem imun bertindak balas dengan cepat dengan membuat keradangan di sekitar luka. Walau bagaimanapun, apabila anda mengalami stres kronik, tindak balas imun ini tidak berfungsi dengan sebaiknya dalam jangka masa panjang. Kata mudahnya luka anda lambat sembuh.

Keadaan stres ini juga boleh meningkatkan kecenderungan kepada jangkitan. Sistem kekebalan tubuh merosok dan anda berisiko dengan pelbagai penyakit. Antaranya gangguan autoimun iaitu sistem imun anda sendiri menyerang sel-sel badan.

  1. Sistem Kardiovaskular dan Saraf – Pengaktifan hormon streskronik juga meningkatkan kadar denyutan jantung, meningkatkan tekanan darah dan lipid darah (iaitu kolesterol, trigliserida), semuanya boleh meningkatkan risiko anda mengalami serangan jantung atau strok.
  1. Kualiti Tidur – Tidur berkualiti penting untuk kesihatan yang baik. Maslah sukar tidur yang teruk akan mengganggu aktiviti harian anda. Kajian menunjukkan bahawa wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menhadapi insomnia berbanding
  1. Obesiti dan Berat Badan – Kesan stres dan sukar tidur kedua-dua ini boleh menyebabkan berat badan bertambah. Ini kerana kortisol (akibat stres) yang meningkat akan menyebabkan pengumpulan lemak pada perut. Berat badan yang berlebihan pula meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Kekurangan tidur juga mempunyai kesan langsung kepada hormon metabolik yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Kajian mendedahkan wanita yang tidur lima jam pada waktu malam mengalami peningkatan berat badan 33% dan hanya 15% berbanding wanita yang tidur tujuh jam.

Cara Sihat Mengawal Stres Dan Emosi Wanita

  1. Cegah dan kawal Stres – Selidik punca tekanan dalam diri anda. Atasi puncanya danbelajar menguruskan tekanan anda dengan lebih baik. Minta bantuan daripada mereka yang tersayang. Lupa seketika perkara yang sangat membimbangkan anda.
  1. Pastikan ada masa rehat -Sesibuk mana urusan harian kita, pastikan anda disiplinkan beberapa minit setiap sehari untuk bernafas Duduk dengan tenang dan bernafas secara teratur paling kurang 10 minit. Pernafasan yang dalam boleh membantu kadar denyutan jantung kembali kepada normal. Boleh amalkan yoga dan meditasi untuk kesan yang lebih tenang
  1. Pemakanan – Pilihan makanan yang sihat memainkan peranan sangat penting dalam keupayaan anda untuk menerima tekanan. Karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral semuanya penting untuk bekalkan tenaga, kesihatan mental, dan kestabilan emosi. Tekanan juga meningkatkan keperluan nutrien untuk tubuh untuk kekal fokus, bertenaga.
  1. Waktu tidur – Tidur yang tidak berkualiti bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan berat badan dan keletihan, tetapi sangat berisiko dengan k Tidur yang nyenyak akan membantu anda lebih positif untuk menghadapi cabaran harian anda. Disiplinkan jadual waktu tidur dan waktu bangun walaupun pada hujung minggu, ruang tidur yang selesa dan wujudkan suasana kondusif tidur (gelap & tenang).
  1. Senaman – Gaya hidup aktif terbukti boleh membantu mengawal tekanan. Menstabilkan emosi dan  meningkatkan produktiviti harian anda. Juga membantu membaiki selera makan dan membakar kalori untuk kawal berat badan yang normal. Manfaat bersenam sebenarnya memberikan kesihatan yang menyeluruh terutamanya kardiovaskular, kawal tekanan darah, kolesterol dan trigliserida yang seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
  1. Nutrisi Tambahan – Diet harian kita pada masa sekarang tidak lengkap dan sangat memerlukan nutrisi tambahan. Kita semua sangat perlukan kesemua 21 multivitamin penting termasuk vitamin B folat asid, B12 dan B6 secukupnya untuk kesihatan. Antioksidan vitamin C dan E pula menyokong sistem imun dan melindungi sel daripada radikal bebas. Kesihatan tulang pula memerlukan kalsium, vitamin D dan magnesium. Omega-3 yang berkualiti tinggi dalam diet akan meningkatkan kesihatan sel otak. Untuk kesihatan pencernaan, ambil suplemen probiotik untuk membantu mengekalkan mikroflora usus yang sihat.

 

Perlukan vitamin semulajadi dan konsultan,

Hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: