Kaedah Menentukan Jantina Bayi

Bolehkah Anda Memilih Jantina Bayi Anda? Terdapat dua Kaedah Menentukan Jantina Bayi, iaitu secara perubatan atau kaedah semulajadi.

Kaedah Sains Dan Perubatan

Pemilihan jantina janin dengan kaedah perubatan boleh dikatakan 100% tepat. Kaedah ini adalah rawatan IVF. Prosedur ini dinamakan Preimplantation Genetic Diagnosis iaitu persenyawaan diluar rahim.

 

Kaedah Menentukan Jantina Bayi

 

Selepas proses persenyawaan dilakukan, satu sel dari embrio yang terbentuk akan diambil dan ujian akan dilakukan untuk menentukan sama ada ianya bakal menjadi bayi lelaki atau pun perempuan.

 

Embrio dengan jantina yang dimahukan sahaja akan dipindahkan semula ke dalam rahim wanita pasangan tersebut. Namun Kaedah Menentukan Jantina Bayi cara ini perlu mendapatkan penjelasan dari segi hukum agama bagi orang islam. 

 

 

Kaedah Semulajadi

Jantina bayi samaada lelaki atau perempuan adalah bergantung kepada jenis  sperma yang disenyawakan. Jadi dengan kaedah tertentu sedikit sebanyak boleh mempengaruhi jantina bayi. Kaedah ini tidak terbukti berkesan sepenuhnya. Namun anda masih boleh mencuba Kaedah Menentukan Jantina Bayi secara semulajadi ini

.Kaedah Menentukan Jantina Bayi

 

Kaedah untuk hamil bayi lelaki:

  1. Hubungan intim pada hari ovulasi,  sperma lelaki dikatakan bergerak lebih laju dan menembusi ovum terlebih dahulu. Jadi penting untuk mengambil suplemen tertentu untuk tinggikan jumlah sperma dan sistem reproduktif lelaki

 

  1. Keadaan wanita mencapai orgasme dulu  dan mengeluarkan cecair alkali.  Sperma lelaki lebih mesra dengan keadaan beralkali  pada vagina berbanding sperma perempuan.

 

  1. Kedudukan zakar yang lebih dalam ketika pasangan anda orgasme.

 

  1. Pasangan anda yang mempunyai bilangan sperma yang tinggi. Ini kerana sperma lelaki tidak sekuat sperma perempuan. Jangka hayat sperma lelaki kurang berbanding sperma perempuan.  Jadi semakin banyak jumlahnya, lebih tinggi peluang sperma lelaki mencapai telur terlebih dahulu.

 

  1. Elak hubungan seks selama seminggu iaitu sebelum ovulasi. Ambil tahu kitaran ovulasi anda dan kemudian hanya melakukan seks sekali pada hari ovulasi, untuk memastikan jumlah sperma tinggi.

 

  1. Persenyawaan sperma dan ovum pada waktu malam.

 

  1. Pemakanan anda dan pasangan lebih kepada makanan masin, banyak daging, ikan, tepung putih, pasta, buah segar, sayur-sayuran tertentu.  Elakkan susu dan produk tenusu, seperti yoghurt dan keju, kacang, coklat, kerang dan roti wholemeal.

Kaedah Menentukan Jantina Bayi

 Kaedah untuk hamil bayi perempuan:

  1. Hubungan intim lebih awal dalam kitaran kesuburan anda, iaitu beberapa hari sebelum hari ovulasi. Ini kerana sperma wanita dianggap lebih kuat dan oleh itu bertahan lebih lama daripada sperma lelaki, yang akan mati sebelum mencapai telur pada hari ovulasi

 

  1. Pasangan anda mencapai orgasme terlebih dahulu.

 

  1. Hubungan intim yang kerap untuk menurunkan jumlah sperma yang dilepaskan pada hari ovulasi,  dengan itu meningkatkan peluang sperma wanita mencapai telur terlebih dahulu.

 

  1. Kedudukan zakar yang kurang kedalam faraj ketika pasangan capai orgasme.

 

  1. Pemakaian seluar oleh pasangan anda yang boleh menghangatkan sistem reproduktif mereka.

 

  1. Persenyawaan sperma dan telur pada  waktu petang.

 

  1. Wanita perlu minum banyak susu dan makan produk tenusu seperti keju dan yoghurt. Nasi, pasta, sayuran tertentu, air mineral. Kurangkan daging dan kentang. Elakkan garam dan makanan masin, kurangkan buah segar, bayam, tomato dan cendawan, kopi dan teh.

 

Perlukan vitamin semulajadi dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *