Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Kenapa Tips Anti Penuaan Mengecewakan

Kenapa Tips Anti Penuaan Mengecewakan

Apa yang anda fikir berkenaan anti aging atau anti penuaan. Adakah hanya anti penuaan wajah untuk kekal muda berseri? Sebenarnya anti penuaan merangkumi kesihatan yang menyeluruh termasuk jangka hayat. Punca Kenapa Tips Anti Penuaan Mengecewakan anda kerana amalan yang tidak betul.

Penuaan adalah kesan tindakbalas radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan. Mekanisma ini boleh diperlahankan. Sedarkah anda anti penuaan adalah satu keperluan untuk kekal sihat dan bukan hanya kecantikkan wajah.

 

Kenapa Tips Anti Penuaan Mengecewakan

 

Anti Penuaan Dan Fungsi Tubuh

Anti penuaan yang terbaik bermula daripada pemeliharaan fungsi tubuh. Jika fungsi tubuh anda dalam keadaan  optimum pasti membantu untuk anda kekal awet muda. ini lah sebab utama Kenapa Tips Anti Penuaan Mengecewakan pengamalnya.

 

Pembinaan Otot

Perbandingan mudah kita boleh lihat pada orang dewasa dan warga emas. Bagaimana otot-otot dan pergerakkan mereka. Ini pasti sangat jelas berbeza. Otot kita semakin akan mengecut iaitu jisim otot yang semakin berkurang dengan bertambahan usia. Kesannya kekuatan dan kecergasan seseorang pasti terjejas. Proses ini boleh dilambatkan dengan agen anti penuaan.

 

Ramai yang tidak peka, terutamanya wanita mereka lebih memikirkan anti penuaan hanya pada kulit wajah. Otot wajah kita contohnya, jika kuat dan anjal pasti kelihatan lebih muda berseri. Jadi untuk kekal awet muda, jaga kesihatan otot anda.

 

 

Kekuatan Tulang

Kekuatan dan kesihatan tulang sangat penting untuk mencegah tulang rapuh dan kelihatan kekal  muda. Bagi mereka yang ada masalah dengan struktur tulang, ini noleh menjejaskan keadaan fizikal anda. Fizikal yang bermasalah pasti menjejaskan personaliti dan mempengaruhi seri wajah. penghasilan darah baru juga boleh terganggu.

.

 

Kesihatan Organ

Perkara utaa yang perlu dititik beratkan oleh kita semua. Anti penuaan pada organ memberikan kesihatan yang menyeluruh. Organ yang kekal muda maksudnya berupaya melakukan mekanisma dalam badan dengan sempurna. Contohnya buah pinggang yang kekal muda (sihat) akan memastikan cecair dalam tubuh yang sentiasa bersih.

 

 

Metabolisma Badan-Kalori

Pertambahan usia boleh menurunkan kadar metabolisma. Metabolisma yang rendah akan mengurangkan tahap pembakaran kalori dalam badan. Jadi berat badan anda akan mudah naik. Kesannya kolestrol meningkat dengan pertambahan kalori. Dengan amalan anti penuaan, kadar metabolisma anda akan kekal aktif.

 

 

Kematangan dan Memori

Ingatan atau memori juga akan semakin merosot dengan pertambahan usia. Bahasa yang selalu digunakan adalah nyayuk. Punca nyayuk berlaku adalah disebabkan pengecutan saraf otak. Pencegahan pengecutan saraf otak boleh dipastikan dengan amalan pemakanan anti penuaan.

 

 

Keanjalan Kulit

Kulit yang sihat berseri mencerminkan penampilan seseorang. Ya inilah yang selalu dikaitkan dengan Tips Anti Penuaan. Namun kulit yang sihat kelihatan muda sangat dipengaruhi oleh fungsi-fungsi tubuh yang disenaraikan diatas dan saling berkait. >> Anti Penuaan Kulit<<

Kenapa Tips Anti Penuaan Mengecewakan
Anti Penuaan Yang Sebenar Adalah Menjaga Kesihatan Yang Menyeluruh Termasuk Bersenam

 

Nutrisi Untuk Anti Penuaan

Sumber anti penuaan adalah antioksidan dan mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat. Bermula dengan kesihatan yang baik, wajah anda juga pasti lebih berseri dan awet muda. Tips Anti Penuaan yang penting adalah:

 

Antioksidan

Pemakanan yang kaya antioksidan seperti Vitamin C, vitamin E, polifenol penting untuk melindungi dan memulih sel daripada radikal bebas.

 

 

Kolagen

Sejenis protein yang sangat diperlukan oleh seluruh bahagian tubuh. Otot-otot, sendi, tulang, rambut, kuku dan kulit yang kuat dipengaruhi oleh kandungan kolagen dalam badan.

 

 

Mineral

Keperluan mineral penting untuk mengoptimunkan kesihatan tubuh. Antara zat besi untuk pembentukkan sel darah merah, zink untuk mekanisma tubuh seperti kuku, rambut, kesiahtan reproduktif dan banyak lagi.

 

 

Tips Anti Penuaan – Pilihan Makan Yang Kaya Anti Oksidan

Makanan anti-penuaan diperolehi daripada buahan dan sayuran terutama dengan warna yang terang. Pakar nutrisi juga menyarankan supaya kita mengambil pelbagai warna sayuran dan buahan dalam hidangan. Ia sangat bermanfaat untuk melambatkan penuaan tubuh dan kulitkerana kaya dengan antioksidan. Antaranya:

 

  1. Biji Buah Delima

Kaya dengan Vitamin C untuk melindungi sel dari radikal bebas dan mengurangkan tahap keradangan dalam tubuh kita.

Delima mengandungi sebatian yang dipanggil punicalagin, yang memelihara kolagen dalam kulit untuk melawan tanda-tanda penuaan.

 

  1. Avokado

Tinggi dengan asid lemak untuk membantu kulit licin, lembut. Nutrisi yang boleh menghalang penuaan falam avakodo termasuk:

  • vitamin K, C, E, dan A (mengelupas sel kulit mati)
  • Vitamin B
  • potasium
  • Karotenoid (menyekat toksin, melindungi daripada kanser kulit)

 

  1. Blueberi

Kaya dengan vitamin A dan C, serta antioksidan yang dipanggil anthocyanin. Ia  memberikan blueberries warna biru yang gelap cantik.

Antioksidan ini membantu melindungi kulit dari kerosakan kesan cahaya matahari, tekanan, dan pencemaran dan mencegah kehilangan kolagen.

 

  1. Brokoli

Brokoli bersifat anti-radang, anti-penuaan yang mengandungi:

  • vitamin C dan K (pelbagai jenis antioksidanlain)
  • serat
  • folat
  • lutein
  • kalsium

 

  1. Betik

Kaya dengan pelbagai antioksidan, vitamin, dan mineral yang dapat membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meminimumkan garis-garis halus dan kedut. Ini termasuk:

  • vitamin A, C, K, dan E
  • kalsium
  • potasium
  • magnesium
  • fosforus
  • vitamin B

Betik juga mengandungi enzim yang dipanggil papain, manfaat tambahan anti-penuaan dengan bekerja sebagai salah satu agen anti-radang terbaik. Betik banyak digunakan dalam produk pengelupasan.

Sumber antioksidan yang tertinggi mengikut kajian klinikal adalah polifenol. Cara mudah dan dijamin  mengandungi sumber antioksidan yang paling tinggi adalah Vivix. Vivix sangat membantu untuk kesihatan dan anti penuaan terbaik kerana bertindak diperingkat sel.

 

Perlukan vitamin semulajadi dan konsultan,

Hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: