Kolagen Yang Paling Berkesan Untuk Kesihatan

Kolagen ialah sejenis protein yang paling banyak dalam tubuh kita. Ia bertindak sebagai sebagai tisu penghubung yang membentuk rawan, tendon, otot, kulit dan lain-lain bahagian dalam tubuh. Jadi penting untuk anda tahu bagaimana Kolagen Yang Paling Berkesan Untuk Kesihatan.

Kolagen Yang Paling Berkesan Untuk Kesihatan

 

Apakah Manfaat Kolagen  Untuk Kesihatan

 

  1. Meningkatkan Kesihatan Kulit

Ramai yang tahu akan kepentingan kolagen untuk kulit sihat dan anjal. Bagaimana? Kolagen merupakan komponen utama dalam struktur kulit. Ia berperanan unuk menguatkan struktur kulit. Kolagen juga berfungsi untuk kekalkan penghidratan dan melembapkan kulit anda.

 

Apabila usia meningkat, penghasilan kolagen oleh badan akan merosot. Sebab itulah apabila semakin tua, kulit mudah kering dan muncul kedutan atau garis-garis halus.

 

Banyak kajian yang dilakukan untuk mengkaji manfaat kolagen kepada manusia. Salah satu kajian menunjukkan wanita yang mengambil suplemen kolagen (2.5-5 gram), selama lapan minggu mengalami perubahan kulit yang drastik. Keanjalan dan kelembapan kulit mereka meningkat sangat ketara berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen.

 

Selain itu, dengan mengambil suplemen kolagen, ia dapat merangsang tubuh kita meningkatkan penghasilan kolagen sendiri.  Apabila kulit semakin sihat, ini membantu mencegah masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan liang pori besar.

 

  1. Menjaga Kesihatan Rawan

Pengambilan suplemen kolagen terbukti mampu mengurangkan kesakitan rawan terutamanya dibahagian sendi-sendi. Kesan kekurangan kolagen pada sendi boleh menyumbang kepada steoarthritis. Masalah ini selalunya dihadapi mereka yang berusia, kerana kolagen dalam badan sudah berkurang.

 

Kajian juga menunjukkan mereka yang ambil suplemen kolagen dapat membantu bagi mengatasi gejala osteoarthritis dan mengurangkan sakit sendi.

 

Dalam kajian lain melibatkan atlet yang mengambil 10 gram kolagen setiap hari selama 24 minggu. Hasilnya mereka semua mengalami penurunan kesakitan sendi berbanding kumpulan yang tidak mengambilnya.

 

Saranan kepada mereka yang menghadapi masalah sendi sangat digalakkan untuk mengambil suplemen kolagen. Kajian menunjukkan anda harus bermula dengan dos 8-12 gram sehari untuk membantu pemyembuhan sakit sendi. Kuantiti Kolagen Paling Berkesan berbeza untuk setiap keadaan.

Kolagen Yang Paling Berkesan Untuk Kesihatan

 

  1. Membantu Tambah Kepadatan Tulang

Struktur tulang juga terdiri daripada kolagen. Kolagen mengikat struktur tulang dan menjadikannya kuat. Kekuatan tulang bukan hanya pada kalsium.

 

Sebab itu, kekurangan kolagen juga boleh meningkatkan masalah osteoporosis. Apabila jisim kolagen dalam tulang berkurang, kekuatan tulang pasti berkurang. Tulang anda akan mudah retak.

 

Ini juga dibuktikan dalam satu kajian. Ia menunjukkan dengan pengambilan suplemen kolagen, potensi kerosakan tulang yang membawa kepada osteoporosis boleh berkurang.

 

Kajian keatas 66 wanita yang mengambil 5 gram kolagen setiap hari selama 12 bulan. Hasilnya mereka yang mengambil kolagen mempunyai peningkatan kepadatan tulang sehingga 7% berdasarkan BMD (ukuran jumlah mineral), berbanding dengan wanita yang tidak mengambil kolagen.

 

  1. Meningkatkan Jisim Otot

Jisim otot terdiri daripada 1-10% kolagen. Peranan kolagen adalah menguatkan dan membantu otot berfungsi dengan baik.

 

Dalam satu kajian, 27 lelaki kurus (otot kurang) mengambil 15 gram kolagen semasa menyertai program senaman setiap hari selama 12 minggu. Berbanding dengan lelaki lain yang menyertainya tetapi tidak mengambil kolagen, mereka dapat tingkatkan lebih banyak jism otot dan kekuatan.

 

Pakar nutrisi menyatakan suplemen kolagen akan menggalakkan sintesis protein otot seperti creatine, dan juga merangsang pertumbuhan otot selepas bersenam.

 

  1. Menggalakkan Kesihatan Jantung

Berdasarkan hasil kajian penyelidik, mereka mendapati suplemen kolagen akan mengurangkan risiko masalah yang berkaitan dengan jantung. Bagaimana kolagen boleh meningkatkan kesihatan jantung?

 

Kolagen menguatkan struktur arteri, iaitu salur darah yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan anda. Jadi apabila kolagen berkurang, arteri boleh menjadi lemah dan rapuh.

 

Keadaan ini menyebabkan Atherosclerosis, iaitu penyempitan arteri. Atherosclerosis berpotensi untuk meningkatkan faktor risiko serangan jantung dan strok.

 

Dalam satu kajian, 31 orang dewasa yang sihat mengambil 16 gram kolagen setiap hari selama enam bulan. Pada akhirnya, mereka mengalami pengurangan ketara dalam ukuran ketegangan arteri berbanding sebelum mereka mula mengambil suplemen kolagen. Kadar kolesterol HDL juga bertambah dengan purata 6%. HDL sangat penting untuk menghalang pemendapan kolestrol LDL pada dinding arteri.

 

  1. Manfaat Kesihatan Lain

Suplemen kolagen mungkin mempunyai manfaat kesihatan lain, tetapi ini tidak dikaji secara meluas.

Kesihatan rambut dan kuku – Kesan kolagen boleh meningkatkan kekuatan kuku dan cegah kuku rapuh.  Selain itu, ia boleh merangsang rambut anda semakin lebat.

 

Kesihatan Emosi & Otak – Tiada kajian yang mengkaji peranan suplemen  kolagen dalam kesihatan otak. Walau bagaimanapun, sesetengah orang mendakwa, kolagen mengurangkan rasa gelisah dan emosi lebih baik.

 

Kolagen Yang Paling Berkesan Untuk Kesihatan

 

Kolagen Yang Paling Berkesan Untuk Kesihatan

Kolagen Yang Paling Berkesan Untuk Kesihatan adalah yang mudah diserap. Penyerapan kolagen dalam tubuh bukan bergantung kepada kuantitinya. Tetapi jenis kolagen tersebut, yang paling baik adalah jenis 1 yang diperolehi daripada ikan.

 

Sumber Kolagen Yang Paling Berkesan Untuk Kesihatan pastinya  collagen powder Shaklee. Formulanya adalah yang terbaik untuk meningkatkan penyerapan kolagen oleh tubuh. Dihasilkan oleh saintis hanya daripada bahan semulajadi.

 

Ingat, kolagen yang baik bukanya mengandungi tinggi kolagen, Tetapi hanya dalam kuantiti tertentu dan mengandungi bahan-bahan yang membantu naikkan kadar serapan. Jika berlebihan, kolagen boleh membahayakan kesihatan. Sebab itu pemilihan suplemen kolagen yang betul sangat penting.

 

Kolagen Yang Paling Berkesan Untuk Kesihatan

 

Kolagen Yang Paling Berkesan Untuk Kesihatan

 

Kolagen Yang Paling Berkesan Untuk Kesihatan

 

Perlukan vitamin semulajadi dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *