Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Punca Kecacatan Janin Dalam Kandungan

Punca Kecacatan Janin Dalam Kandungan

Punca Kecacatan Janin Dalam Kandungan bukan hanya disebabkan oleh masalah kesihatan ibu ketika hamil, namun bermula dari benih (sperma & Ovum) sebelum persenyawaan lagi. Namun punca utama dipengaruhi oleh kesihatan dan tindakkan ibu ketika mengandung.

Punca Kecacatan Janin Dalam Kandungan

 

Bagi sperma dan ovum yang tidak normal, kebarangkaliannya lebih kepada keguguran dan bukan kecacatan janin. Sebab itulah dikatakan Punca Utama Kecacatan Janin Dalam Kandungan lebih kepada kesihatan ibu.

 

Kesihatan ibu termasuk penyakit kencing manis, darah tinggi, HB yang rendah dan banyak lagi. Faktor kecuaian ibu pula adalah tidak mengambil asid folik. Vitamin terpenting untuk kurangkan risiko kecacatan janin.

 

Jenis Kecacatan Akibat Kekurangan Asid Folik

  1. Sudah ada banyak kajian membuktikan wanita yang mengambil suplemen asid folik sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa hamil, kejadian kecacatan bayi berkurang sebanyak 80%.

 

  1. Kemudian 15 kajian perubatan pula menunjukkan risiko mendapat anak yang ada autism spectrum disorders juga berkurang pada ibu yang mengambil suplemen asid folik semasa hamil.

 

  1. Kajian terbaru dalam penerbitan tahun ini, ada 10 kajian perubatan digabungkan. Keputusannya menunjukkan bahawa jika ibu yang mengambil suplemen asid folik sebelum dan semasa hamil, kadar kejadian barah atau ketumbuhan di otak dan saraf tunjang kanak-kanak lebih rendah, sebanyak 23%. Ini dibandingkan dengan ibu yang tidak mengambil suplemen asid folik.

 

  1. Mulakan pengambilan asid folik sebelum hamil lagi. Juga penting untuk amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Ini lah suplemen yang paling penting untuk ibu yang merancang kehamilan. Sehingga hamil di peringkat awal untuk pembentukan otak dan saraf tunjang anak yang sihat.

 

  1. Sudah terbukti sejak dulu lagi, ibu yang mengambil suplemen suplemen asid folik sebelum hamil dan semasa peringkat awal kehamilan mengurangkan kadar kecacatan bayi (Neural Tube Defect). Ibu yang tidak mengambil asid folik pula, menyumbang risiko lebih tinggi daripada ibu yang tidak mengambil supplemen ini.

Sudah ramai ibu-ibu kita yang menggugurkan kandungan mereka kerana kecacatan yang serious ini.

 

 

Apa Itu Anencephaly (tengkorak tidak terbentuk)

Kecacatan janin di dalam kandungan yang membawa maut. Otaknya sudah hancur di dalam kandungan ibunya tanpa perlindungan tengkorak yang tidak terbentuk.

 

Janin ini akan terus membesar dan terus hidup di dalam kandungan, sebab ia menerima oksigen dan zat daripada uri ibunya sehingga bersalin. Selepas bersalin, tali pusatnya dipotong, dan sudah tiada lagi oksigen diterima daripada ibunya. Bayi ini akan meninggal dunia selepas bersalin sebab tidak mempunyai otak untuk mengawal pernafasannya, dan dia tidak akan bernafas sendiri.

Punca Kecacatan Janin Dalam Kandungan

Ada tiga punca mengapa tengkoraknya tidak pernah terbentuk dari awal hayatnya.

  1. Tahap gula di dalam darah ibu yang tinggi (GDM) tidak terkawal, pada waktu permulaan kehamilan.

 

  1. Kekurangan  asid folik  pada waktu permulaan kehamilan.

 

  1. Kadang-kadang masalah di alam sekitar (environmental) yang tidak dapat dikesan.

 

 

Atasi Punca Kecacatan Janin Dalam Kandungan Dari Awal

Walaupun  ibu sihat,  wajib ambil asid folik jika merancang untuk hamil, iaitu 3 bulan sebelum hamil lagi setiap hari. Dan teruskan folic acid ini sehingga tiga bulan yang pertama kehamilan. Namun lebih baik diteruskan sehingga bersalin dan menyusu.

 

Jika anda membuat hubungan kelamin suami isteri tanpa menggunakan kaedah perancang keluarga,  ambil asid folik setiap hari kerana tidak boleh meramalkan bila masanya anda akan hamil.

 

Cegah obesiti dan penyakit kencing manis.  Kawal kandungan gula yang tinggi dalam permakanan, jangan makan berlebihan.  Amalkan senaman yang konsistan.

 

Cegah dan rawat penyakit kencing manis semasa hamil. Juga pemulihan sepenuhnya selepas bersalin jika anda mengalami GDM sebelum hamil semula.

 

Jika anda mempunyai penyakit kencing manis (type 1 atau type 2 diabetes), elakkan kehamilan dengan menggunakan kaedah perancang keluarga, sehingga penyakit kencing manis anda terkawal, seelok-eloknya kurangkan bacaan HbA1C ke tahap yang normal (< 6.5%) dan ambil lah asid folik (5mg sekali sehari) sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil.

 

Jika anda pernah mendapat gestational diabetes (penyakit kencing manis semasa hamil), anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis di masa hadapan, jadi pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mengkaji paras gula di dalam darah 6 minggu selepas bersalin, dan ulang semula setiap tahun.

 

Kesihatan ibu dan bayi adalah tanggungjawab kita sendiri. Tanggungjawab ini bermula dari sebelum hamil lagi.

 

Kesimpulan

  1. Kajian perubatan juga menunjukkan yang pengambilan folic acid oleh ibu hamil juga berkesan mengurangkan autism di kalangan anak-anak.

 

  1. Bagi wanita yang bertahun-tahun mencuba dan masih belum lagi hamil, kajian menunjukkan tidak ada masalah kesihatan bagi wanita-wanita yang mengambil folic acid bertahun-tahun selagi tidak melebihi dos yang disarankan.

 

  1. Dos yang disarankan ialah hanya 0.4mg sehari. Untuk wanita yang mempunyai Diabetes atau pernah mendapat anak yang ada kecacatan Neural Tube Defect, dos yang disarankan ialah 5mg sehari.

 

  1. Mengurangkan risiko kanser pada bayi

 

  1. Gula yang tinggi dan kurang asid folik meningkatkan risiko Anencephaly

 

Atasi faktor dari awal sebelum kehamilan. Ikut nasihat doktor iaitu wajib ambil asid folik, cegah GDM dan amalkan pemakanan yang sihat. Insyallah, kita boleh mengelakkan anencephaly dan kecacatan janin yang lain. Allah menentukan, tetapi kita boleh cuba merancang dan berusaha seperti amalkan vitamin untuk ibu hamil yang dicadangkan oleh pakar nutrisi.

 

Perlukan vitamin semulajadi dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: