Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Punca Penyakit Mental Dan Penawarnya

Punca Penyakit Mental Dan Penawarnya

Penyakit mental pada masa sekarang bukan hanya melibatkan orang dewasa, malah remaja juga berisiko tinggi. Kajian terbaru 2018, 1 daripda 10 orang remaja berisiko sakit mental. Pendedahan awal kepada Punca Penyakit Mental Dan Penawarnya sangat penting untuk cegah hal ini berlaku.

Punca Penyakit Mental Dan Penawarnya

Sakit mental adalah gangguan mental yang melibatkan emosi, pemikiran, dan kelakuan individu. Contoh sakit mental adalah kemurungan, rasa cemas tidak bersebab, skizofrenia, tingkah laku yang ketagihan sesuatu. Komplikasi yang paling merbahaya adalah cenderung untuk membunuh diri atau membahayakan keselamatan orang lain.

 

Pastinya keadaan ini menjejaskan segala aktiviti harian individu tersebut termasuk orang disekeliling mereka. Rawatan yang biasa dilakukan adalah gabungan ubat-ubatan dan psikoterapi. Pencegahan awal bermula daripada mengetahu  Punca Penyakit Mental agar Penawar atau rawatannya lebih berkesan.

Punca Penyakit Mental Dan Penawarnya

Tanda-tanda Sakit Mental

Mereka yang mempunyai penyakit mental mempunyai tanda yang berbeza-beza. iaitu gangguan emosi, pemikiran atau boleh dilihat pada tingkah laku.Antara gejala sakit mental adalah:

  • Kemurungan dan bersedih
  • Keupayaan berfikir berkurang dan sukar untuk menumpukan perhatian.
  • Cemas atau kebimbangan yang melampau pada sesuatu perkara
  • Perubahan emosi yang ketara seperti sedih dan ketawa dalam satu masa
  • Sukar untuk tidur terutama waktu malam.
  • Halusinasi seperti mendengar bisikan halus
  • Tidak mampu untuk menangani tekanan dan bertindak luar kawalan
  • Kemarahan yang melibatkan keganasan yang luar biasa

Bagi pesakit mental, mereka sendiri tidak sedar keadaan mereka. Ada juga gangguan kesihatan mental berlaku dalam bentuk fizikal, seperti sakit perut, sakit belakang, sakit kepala, atau rasa sakit tetapi pesakit tidak dapat menyatakannya dengan baik.

 

Penyakit mental yang tidak dirawat dari awal akan bertambah buruk dari masa ke masa dan menyebabkan masalah yang serius. Sebab itu pentingnya menjaga kesihatan mental dari awal. Bermula dari kesihatan mental yang kecil seterus menyebabkan penyakit mental yang serius.

 

 

Punca Penyakit Mental

Pada umumnya ia berpunca daripada faktor persekitaran, kesihatan dan  faktor genetik.

 

Genetik – Kebiasaannya mereka yang sakit mental mempunyai saudara yang juga berpenyakit mental.Dan ditambah keadaan hidup mereka yang mungkin menyumbang kepada masalah ini.

 

Persekitaran –  Individu yang sentiasa terdedah dengan tekanan yang melampau samaada dirumah atau tempat kerja dan tidak mampu untuk menguruskan tekanan tersebut dalam jangkamasa panjang.

 

Didikan dan jati diri sejak dari kecil juga memainkan peranan yang besar dalam keupayaan seseorang menangani emosi mereka

 

Kesihatan – Kesihatan otak bermula sejak dalam kandungan iaitu sebelum dilahirkan. Janin yang terdedah dengan keradangan, toksin, alkohol atau dadah boleh dikaitkan dengan penyakit mental.

 

Neurotransmitter adalah bahan kimia dalam otak yang berfungsi untuk membawa isyarat kepada bahagian otak dan badan anda yang lain. Apabila rangkaian saraf yang melibatkan bahan kimia ini terjejas, fungsi reseptor saraf dan sistem saraf berubah seterusnya menyebabkan masalah kesihatan mental.

 

Saraf ini juga boleh terjejas jika berlaku kemalangan dengan hentakkan yang kuat, pendarahan otak yang boleh menjejaskan fungsi otak. Kesan ini bukan hanya menyebabkan penyakit mental, tetapi juga seperti masalah pembelajaran, bertutur dan lain-lain.

 

Faktor-faktor Risiko

Faktor tertentu boleh meningkatkan risiko anda mengalami masalah kesihatan mental seperti:

  • Situasi kehidupan yang sukar diterima, seperti masalah kewangan, kematian orang tersayang atau perceraian
  • Masalah kesihatan yang kronik dan berterusan, seperti kencing manis
  • Kecederaan otak traumatik yang serius
  • Penggunaan alkohol, dadah
  • Pengabaian atau penderaan ketika masih kanak-kanak

Penyakit mental terjadi tidak kira usia, kanak-kanak juga berisiko. Masalah ini ada yang sementara atau berpanjangan. Rekod terbaru 2018, remaja dinegara ini mengalami masalah mental adalah 1 daripada 10 orang.

 

Langkah Atasi Punca Penyakit Mental Dan Penawarnya

Selalunya mereka sudah mengalami penyakit mental sangat sukar untuk sembuh. Ada juga berulang kembali setelah sembuh. Sebab itu penting rawatan dan pencegahan awal. Elak segala faktor risikonya.

 

Langkah-langkah pencegahan seperti mengawal stres, tingkatkan daya tahan dalaman diri seperti:

  • Jaga kesihatan fizikal,urus diri dan emosi dengan baik. Tidur yang cukup.
  • Dapatkan bantuan dari awal sebelum menjadi kronik.
  • Rawatan yang konsistan dan mengikut segala arahan doktor bagi yang didiagnos.
  • Rawatan susulan untuk mencegah masalah ini berulang.
  • Dapatkan bantuan dari mereka yang terdekat.

 

Kekuatan Daya Tahan Dan Emosi Diri

  • Sebenarnya ini sangat berkait dengan pembangunan dalam diri individu tersebut sejak kecil. Bagaimana hubungan kekeluargaan dan kasih sayang yang dibina untuk kekuatan jati diri.
  • Didikan agama yang diterap untuk sentiasa redho dengan ketentuan Allah sangat mempengaruhi pengurusan emosi seseorang.
  • Juga kesihatan mental (sel otak) dalam keadaan baik sedikit sebanyak menyumbang kepada kekuatan dalaman seseorang.

 

Perlukan vitamin semulajadi dan konsultan,

Hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: