Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Suplemen Untuk Kesihatan Lelaki Sebenar

Suplemen Untuk Kesihatan Lelaki Sebenar

Kesihatan lelaki bukan hanya tertumpu kepada sistem reproduktif, yang penting seluruh tubuh badan. Suplemen Untuk Kesihatan Lelaki Sebenar pastinya tanpa steroid seperti kebanyakkan ‘ubat kuat’.

Suplemen yang dicadang ini dijamin 100% yang semulajadi dan bebas daripada segala bahan pengawet dan pewarna. Bagi lelaki, keperluan utama untuk kekal sihat dan cergas adalah Zinc.

 

Zinc adalah mineral yang kuat untuk menyokong kesihatan optimum termasuk pertumbuhan sel, penyembuhan luka dan tingkatkan sistem imun.

 

Walaupun zinc didapati hanya dengan jumlah yang kecil dalam badan, ia adalah komponen yang sangat penting untuk mekanisma badan dan menyokong lebih daripada 200 enzim. Inilah Suplemen Untuk Kesihatan Lelaki Sebenar.

 

Manfaat Zinc

  • Kekal fokus dan keupayaan memori yang kuat.
  • Menjaga kesihatan reproduktif lelaki supaya kekal produktif. ·
  • Menjaga kekuatan otot untuk kekal bertenaga sepanjang hari. ·
  • Menambah pengeluaran tenaga untuk memastikan anda terus aktif.

Suplemen Untuk Kesihatan Lelaki Sebenar

 

Bagaimana Manfaat Zink Lebih Berkuasa?

Dengan kombinasi nutrien yang betul, anda akan dapat lebih banyak tenaga dan aktif untuk melakukan apa yang anda suka.

 

  1. Zink Dan CoQ10 – Kekal Bertenaga Dan Aktif

ZINC dan COENZYME Q10 adalah sumber antioksidan penting yang berfungsi sebagai penggalak tenaga untuk memperkasakan hari anda dengan:

  • Menukar makanan menjadi tenaga
  • Menambah kekuatan otot.
  • Penghasilan tenaga dalam sel, tisu dan organ.
  • Meningkatkan peredaran darah.

Suplemen Untuk Kesihatan Lelaki Sebenar

Menukar Makanan menjadi Tenaga – Badan anda memerlukan kedua-dua zink dan CoQ10 untuk mengoptimum penukaran makanan kepada tenaga. ZINC bertindak menukarkan karbohidrat, lemak dan lipid menjadi tenaga. Ia memastikan tubuh anda betul-betul membakar makanan yang anda makan untuk mengelakkan gangguan pengeluaran tenaga yang boleh menyebabkan keletihan.  COQ10 menyokong pengeluaran adenosine triphosphate (ATP), yang menyimpan dan menyampaikan tenaga supaya anda mendapat bekalan tenaga yang stabil.

 

Menyokong Pengeluaran Tenaga Optimum– Di peringkat selular, anda memerlukan glukosa dalam sel anda untuk pengeluaran tenaga. ZINC menyokong pengeluaran, penyimpanan dan rembesan insulin, bahan yang memainkan peranan penting dalam penyerapan glukosa ke sel anda untuk pengeluaran tenaga yang optimum.COQ10 berfungsi sebagai penjana tenaga dengan menyediakan bekalan tenaga yang konsisten sepanjang hari.

 

Mempercepat Proses Pembentukkan Otot – ZINC bertindak menstabilkan struktur protein dalam otot dan mengawal paras hormon untuk pembangunan dan penyelenggaraan otot yang lebih sihat. CoQ10 membantu dalam mengurangkan kecederaan otot yang berkaitan dengan senaman dan latihan.

 

 

  1. Zink Dan Vitamin E – Sistem Reproduktif Lelaki Yang Subur

Bagi yang sudah berkahwin dan merangcang untuk mempunyai zuriat, sangat penting mengekalkan kesihatan badan dan sistem reproduktif yang baik.  Sebab itu anda memerlukan ZINC dan VITAMIN E, antioksidan penting yang bertindak sebagai penggalak kesuburan untuk menghasilkan sperma sihat.

 

Pengambilan ZINC dan Vitamin E setiap hari yang optimun boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma. Memastikan sperma bergerak ke hadapan dan arah yang betul untuk menembusi ovum untuk persenyawaan yang berjaya, seolah-olah sperma dilengkapi dengan GPS!!

 

Suplemen Untuk Kesihatan Lelaki Sebenar

 

Ringkasnya manfaat gabungan dua nutrisi ini adalah:

  • Melindungi sperma dari serangan radikal bebas.
  • Menjaga kesihatan sperma supaya ia berenang ke arah yang betul.
  • Stabilkan tahap testosteron,untuk pengeluaran sperma yang sihat.

 

Sperma sihat bermula bermula dengan ZINC:

  • Tingkatkan kesihatan testis.
  • Jumlah sperma yang lebih banyak dan sihat.
  • Meningkatkan kebolehan pergerakkan dan daya maju sperma.
  • Melindungi sperma daripada radikal bebas dan meningkatkan kadar kesuburan.
  • Kajian mendapati kekurangan ZINC menyebabkan kegagalan pengeluaran sperma.
  • Mengekalkan tahap kesihatan testosteron

Testosteron adalah hormon utama lelaki yang penting untuk kesihatan fizikal dan seksual. Pengambilan harian yang konsisten akan menstabilkan tahap testosteron dan baik untuk:

  • Tingkatkan tahap kesuburan.
  • Kesihatan seksual jangka panjang.
  • Membantu pesakit prostat.
  • Perkembangan otot dan tulang yang sihat.
  • Memberikan tahap testosteron yang sihat untuk lelaki anda
  • Meningkatkan kesihatan prostat

 

  1. Zinc Dan Omega – Kesihatan Otak Yang Lebih Fokus Dan Emosi Yang Tenang

Nutrisi ZINC dan ASID LEMAK OMEGA-3 juga merupakan antioksidan penting dan berfungsi sebagai perangsang sel otak supaya kekal cergas sepanjang masa. Manfaatnya:

  • Menguatkan memori dan meningkatkan keupayaan pembelajaran
  • Mengekalkan kesihatan otak
  • Menggalakkan emosi yang baik dan positif

Suplemen Untuk Kesihatan Lelaki Sebenar

Ketika kita belajar atau menghafal sesuatu yang baru, sel otak akan berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain dengan merembeskan bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter. Keadaan ini sangat memerlukan Zinc Dan Omega:

 

Zinc:

  • Membantu penghantaran maklumat yang tepat dari satu sel ke sel lain dengan lancar. Kajian mendedahkan kekurangan zinc berkait dengan keupayaan belajar dan memori yang lemah
  • Berperanan dalam tindak balas otak dan badan terhadap tekanan dengan mengurangkan gejala seperti kemurungan, agresif dan menjadikan anda rasa lebih bahagia.
  • Menyokong prestasi mental seperti memori, fokus dan penguasaan bahasa yang lebih baik.

 

Omega-3:

  • Menjaga kesihatan sel otak agar sel-sel berhubung dengan baik. Memastikan penghantaran maklumat berjalan lancar.
  • Memperlahankan penurunan kognitif dengan peningkatan usia.
  • Memelihara saraf otak untuk meningkatkan memori.
  • Bertindak untuk merangsang otak yang lebih bahagia dengan meningkatkan mood dan memperbaiki kesejahteraan emosi secara menyeluruh.

Apabila umur meningkat, tahap zinc dalam badan berkurangan. Akibatnya, prestasi otak menurun dan menimbulkan gejala seperti hilang ingatan, perubahan mood dan keupayaan belajar juga rendah. Pergerakkan dan kognitif yang lain turut terjejas. Sebab itulah, Suplemen Terbaik Untuk Kesihatan Lelaki Sebenar bukan hanya pada ubat kuat.

 

Perlukan vitamin semulajadi dan konsultan,

Hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: