Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Vitamin Untuk Kuku Rapuh Kembali Berkilat

Vitamin Untuk Kuku Rapuh Kembali Berkilat

Kesihatan kuku pastinya bermula dari dalam dan juga amalan penjagaan kuku yang betul. Masalah kuku rapuh bagi mereka yang tidak mengamalkan sebarang produk kecantikkan kuku (komplikasi) pasti disebabkan oleh kekurangan Vitamin.  Jadi apa keperluan Vitamin Untuk Kuku Rapuh Kembali Berkilat?

Perkongsian ini adalah yang disarankan oleh pakar nutrisi. Nutrien tertentu akan menyokong pertumbuhan, pembentukan dan kekuatan sel kuku baru. Kekuatan dan penampilan bentuk kuku seseorang boleh menunjukkan  nutrien yang cukup atau tidak.

 

Vitamin Untuk Kuku Rapuh Kembali Berkilat

 

7 Vitamin Untuk Kuku Rapuh Kembali Berkilat Dan Kuat

 

  1. B complex – B12, Biotin, Folate, Acid Folic

Biotin adalah vitamin B7 yang penting untuk pertumbuhan sel yang sihat dan membantu dalam metabolisma asid amino untuk membentuk protein yang penting untuk pertumbuhan kuku.

Makanan yang mengandungi tinggi biotin seperti hati, kuning telur, produk tenusu,salmon, keledek, kekacang.

Vitamin B12 pula diperlukan untuk penyerapan zat besi, dan pembentukkan sel darah merah. Kesan kekurangan Vitamin B12 menyebabkan kuku kelihatan kebiruan, pigmen hitam dan garis-garis gelap.

 

Begitu juga folat, atau vitamin B9 penting untuk pertumbuhan kuku dan kesihatan dengan menyumbang kepada pembentukan sel darah merah dan perkembangan sel-sel baru. Kekurangan folat menyebabkan perubahan pigmen dan rapuh pada kuku. Keperluan orang dewasa adalah 2.4 mcg vitamin B12 dan 400 mcg folat sehari, tetapi wanita hamil memerlukannya lebih.

Folat boleh didapati dalam sayuran hijau gelap, buah sitrus, kekacang. Manakala B12 diperolehi daripada sumber haiwan seperti daging, ayam, ikan, telur dan tenusu.

Dengan suplemen B-complex shaklee anda memperolehi vitaimin B yang lengkap.

 

  1. Zat Besi

Fungsi utama zat besi adalah pembentukkan sel darah merah. Sel darah ini sangat penting dalam membekalkan oksigen keseluruh tubuh badan termasuk kuku.

Kadar penyerapan zat besi akan bertambah dengan pengambilan bersama vitamin C.

 

  1. Magnesium

Magnesium adalah mineral yang melibatkan lebih daripada 300 reaksi dalam tubuh kita, termasuk sintesis protein yang diperlukan untuk pertumbuhan kuku. Punca kuku kelihatan bergaris tegak menunjukkan anda kekurangan magnesium.

Sumber makanan yang kaya dengan magnesium seperti sayuran berdaun hijau gelap, badam, kekacang.

 

  1. Protein

Pembentukkan tisu kuku adalah daripada protein fibrous yang dipanggil keratin. Keratin adalah sel mati dalam badan yang dikumpulkan seterusnya ditolak keluar membentuk sel-sel kuku. Sebab itu ketika memotong kuku kita tak rasa sakit, sel dah mati.

Ambil protein secukupnya penting untuk meningkatkan pengeluaran keratin untuk kuku yang kuat. Protein boleh didapati dalam makanan haiwan seperti daging, ayam, ikan, telur dan tenusu. Juga tumbuhan seperti kacang, termasuk soya.

 

  1. Omega-3

Manfaat asid lemak Omega-3 pula melembapkan kuku dan memberikan rupa kuku yang berkilat. Juga mengatasi keradangan pada kuku anda, menyihatkan sel dan hilangkan plat kuku. Kekurangan asid lemak omega-3 juga menyumbang kepada kuku kering dan rapuh. Ia bukan hanya untuk kesihatan sel otak.

 

  1. Vitamin C

Kenapa Vitamin C penting untuk kuku yang sihat? Vitamin C berfungsi untuk merangsang kolagen dalam badan. Pertumbuhan kuku juga memerlukan kolagen untuk mengikat antara sel-sel tisu kuku.

Kekurangan vitamin C membuatkan kuku rapuh dan pertumbuhan kuku perlahan.

 

  1.  Zink

Zink diperlukan hampir 200 mekanisma dalam badan, termasuk pertumbuhan dan pembahagian sel kuku. Kuku ialah sejenis sel yang tumbuh dengan cepat,untuk itu tubuh sangat perlukan bekalan zink yang sentiasa stabil untuk menggalakkan pertumbuhan kuku yang sihat.

Kekurangan zink  boleh menyumbang kepada kemerosotan keratin kuku anda, ini menyebabkan rupa bintik putih pada kuku.

VITAMIN UNTUK KUKU RAPUH KEMBALI BERKILAT

Kesemua Vitamin Untuk Kuku Rapuh Kembali Berkilat yang disenaraikan ini adalah saranan pakar nutrisi.

Shaklee membekalkan kesemua vitamin semulajadi yang anda perlukan. Lengkap untuk kesihatan dan kecantikkan yang menyeluruh.

 

Perlukan vitamin semulajadi dan konsultan,

Hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: