Punca luka bersalin czer lambat sembuh sangat dipengaruhi oleh penjagaan luka dan amalan harian anda. Elakkan kesemua 7 Punca Luka Bersalin Czer Lambat Sembuh ini untuk pastikan penjagaan luka anda secara optimum.
7 Punca Luka Bersalin Czer Lambat Sembuh
-
Obesiti
Keadaan kulit bagi mereka yang obesiti lebih tebal. Selalunya jahitan luka akan terkedalam lipatan, ini akan memerangkap peluh dan air pada sekitar luka jahitan yang menyebabkan luka berair dan lambat kering. Pengaliran darah juga menjadi kurang baik dan menyebabkan proses penyembuhan lebih sukar.

-
Jangkitan Kuman
Komplikasi jangkitan kuman akan menyebabkan luka bernanah dan mudah terbuka. Jangkitan kuman mudah terjadi jika penjagaan luka yang kurang bersih atau penggunaan ubat sapu terutamanya ubat tradisional.
-
Masalah Anemia
Pesakit anemia mengalami kekurangan oksigen dalam darah. Oksigen penting untuk proses penghasilan sel-sel baru untuk mengantikan sel luka bersalin czer.
-
Amalan Kebersihan Diri
Kebersihan bukan hanya penting pada penjagaan luka tetapi kebersihan diri yang menyeluruh. Ini penting elakkan peluh, daki dan kuman pada luka jahitan. Juga amat penting amda emastikan luka jahitan sentiasa dilap kering.
-
Makanan Berpantang Tidak Seimbang
Nutrisi lengkap adalah keperluan paling penting untuk menyokong pembentukkan sel-sel baru mengantikan sel-sel yang luka. Meningkatkan sistem antibodi tubuh untuk melawan jangkitan kuman.
-
Kurang Air Kosong
Air sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan kesegaran kulit. Pastikan anda minum air kosong secukupnya untuk elak dehidrasi pada kulit dan kulit kering.
-
Lasak atau Angkat Berat
Setiap pergerakkan yang lasak akan melibatkan abdomen atau otot bahagian perut. Ini boleh menyebabkan tekanan pada luka jahitan dan berisiko mudah terbuka.
Tanda Luka Bersalin Czer Anda Mengalami Jangkitan
- Sakit pada luka jahitan.
- Demam selalunya terjadi jika terkena jangkitan kuman.
- Berdarah, bernanah atau berair.
Cara Penjagaan Luka Bersalin Czer
- Bersihkan luka dengan antiseptik
- Pastikan luka jahitan anda sentiasa dilap kering dan jaga kebersihan diri sebaiknya.
- Sapu ubat yang dibekalkan oleh doktor dengan kapas bersih sahaja.
- Keringkan ubat yang disapu dan tutup dengan balutan bersih yang dibekalkan dari hospital.
- Pengambilan makanan seimbang untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin
- Kenal pasti punca alahan jika anda alergik pada sesuatu, dan elak untuk cegah keradangan pada luka jahitan.
Manjakan diri anda, elak pergerakkan lasak atau angkat berat. Tetapi penting untuk bergerak yang membantu pengaliran darah lebih baik. Elak tidur berlebihan di siang hari dan tidur secukupnya di waktu malam.
Luka Bersalin Czer Anda Dijamin Cepat Kering Dengan Vivix
Vivix bertindak dengan menyembuh dan memelihara sel dengan sangat berkesan. Kandungan Vivix yang tinggi antioksidan akan menyihatkan sel dengan pantas. Namun penting pemakanan yang lengkap seimbangan untuk mengekalkan fungsi tubuh dengan baik dan jaga kesihatan yang menyeluruh. Hanya dengan set bersalin premium dari Shaklee, kesemua yang anda perlukan lengkap tersedia. Juga sangat bermanfaat untuk luka bersalin normal.
Pemakanan Untuk Luka Bersalin Czer Cepat Sembuh/Kering:
- Kaya dengan protein terutama yang lengkap kesemua asid amino untuk pembentukkan sel-sel baru seperti ikan.
- Makanan yang tinggi mineral seperti Zink dan VItamin C untuk tingkatkan penyembuhan luka
- Ambil banyak diary food seperti susu dan yogourt
- Makanan tinggi serat untuk cegah sembelit yang boleh beri tekanan pada abdomen perut dan luka bersalin.
- Elak makanan bergula dan berminyak.
Juga pastikan anda sentiasa beringat dan elak 7 Punca Luka Bersalin Czer Lambat Sembuh yang disenaraikan diatas.
Perlukan vitamin, konsultan hubungi saya untuk bantu anda.
Nama : Norra@ Norrabiatul
ID Shaklee : 912061
Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120