Sakit Belakang – Siapa Berisiko Dan Bagaimana Untuk Atasinya

Masalah sakit belakang adalah normal, namun boleh menjadi serius jika berpanjang. Anda perlu mendapatkan pemeriksaan  oleh mereka yang pakar.

atasi-sakit-belakang

Komplikasi Sakit Belakang – Kesannya Boleh Jadi Sangat Serius Jika Diabaikan

Kebiasaannya sakit belakang menyebabkan rasa ngilu, sukar untuk tegak atau bengkokkan badan, sakit jika bergerak apatah lagi jika mengangkat berat. Sakit belakang yang serius boleh menyebabkan lumpuh dan juga hilang keupayaan untuk menguruskan diri sendiri. 

Sakit belakang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina dan usia. Kebiasaanya mereka yang berumur 25-60 tahun. 85% penghidap sakit belakang selalunya berpunca daripada tulang spinal bahagian bawah. 

Tanda-tanda Sakit Belakang

Permulaan sakit belakang selalunya seperti:

  • Kejang otot, mudah kebas kaki.
  • Sakit yang menjalar dari belakang turun ke sebelah atau kedua belah kaki.
  • Sakit belakang lebih terasa ketika batuk, bersin atau menggeliat.

Faktor Dan Punca Sakit Belakang

Banyak perkara yang boleh menyumbang kepada sakit kebelakang. Antaranya:

  • Masalah tulang rawan.
  • Patah tulang belakang akibat kemalangan
  • Jangkitan kuman
  • Kekejangan otot
  • Kanser
  • Sakit tua.

Keadaan yang biasa terjadi disebabkan oleh keadaan rawan yang tidak sihat. Tulang rawan ialah lapisan antara segmen tulang belakang. Ia berfungsi untuk menyerap hentakan dan melindungi antara segmen-segmen tulang belakang dari bergeser.

Kesihatan rawan pula dipengaruhi oleh faktor pertambahan usia dan pemakanan. Keadaan rawan boleh menipis dan lemah lalu terbonjol keluar dan menekan urat-urat saraf. Inilah yang meyebabkan rasa sakit. Keadaan rawan yang tidak sihat bukan hanya pada tulang belakang, malah setiap tulang yang dilapisi rawan juga berisiko sakit sendi seperti lutut.

Tips Untuk Mencegah Sakit Belakang

  • Sentiasa duduk dengan posisi yang betul/tegak.
  • Lebihkan tekanan pada otot kaki sewaktu mengangkat berat
  • Elak mengangkat barang yang terlalu berat
  • Amalkan teknik senaman untuk menguatkan otot di sekeliling tulang belakang
  • Jaga pemakanan untuk menjaga kesihatan tulang dan rawan.

Anda dinasihatkan untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan berjumpa pakar ortopedik/spinal. Terutamanya jika mengalami tanda yang serius seperti:

  • Sakit belakang sehingga menyebabkan lemah atau kebas anggota kaki atau tangan.
  • Hilang keupayaan untuk mengawal pembuangan air kecil dan besar.
  • Sakit belakang yang disertakan demam panas (kemungkinan jangkitan kuman pada tulang belakang).
  • Hilang berat badan dengan mendadak.

Penjagaan Kesihatan Rawan Dan Tulang Belakang 

Dalam mengekalkan kesihatan tulang belakang, dua perkara yang sangat penting iaitu kekuatan tulang dan kesihatan rawan.

  • Kekuatan Tulang

Umumnya kita semua tahu bagaimana untuk kekalkan kekuatan tulang iaitu dengan mengambil kalsium secukupnya. Penyerapan kalsium pula disokong oleh vitamin D, magnesium dan boron.

  • Kesihatan Rawan Dan Sendi

Kita kurang terdedah dengan amalan kesihatan rawan. Asasnya, pembentukkan rawan sangat memerlukan kolagen. Kesihatan rawan juga sangat bergantung kepada asid lemak omega-3 yang bertindak mengurangkan bahan yang menyebabkan inflamasi pada rawan, meningkatkan pengaliran darah kepada sendi-sendi, dan melambatkan proses kemerosotan tulang rawan.

Nutrisi Sokongan Untuk Menjaga Kesihatan Tulang Dan Sendi

Kolagen sebenarnya boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh, namun dengan pertambahan usia kologen yang dihasilkan akan berkurang. Ia juga dipegaruhi oleh faktor nutrisi harian setiap individu. Secara asasnya, nutrisi yang penting untuk mencegah atau mengatasi  sakit belakang ialah:

  1. Kolagen – penting untuk kekalkan keanjalan dan kekuatan rawan
  2. Omega 3 – melindungi dan mengekalkan kesihatan rawan, cegah inflamasi sendi.
  3. Kalsium – kekalkan kekuatan tulang anda dengan ostematrix
  4. Antioksidan – melindungi sel dari radikal bebas, iatu faktor utama yang menjejaskan kesihatan tubuh yang menyeluruh dengan vivix.

Kesemua nutrisi ini boleh diperolehi dari suplemen Shaklee yang dijamin keberkesanannya. 100% selamat dan dihasilkan hanya daripada bahan semulajadi.

Bagi mereka yang sakit belakang akibat jangkitan kuman, tambahan yang sangat penting adalah Nutriferon, iaitu antibiotik semulajadi untuk melawan jangkitan kuman.P

Perlukan vitamin dan Konsultan, Hubungi saya untuk bantu anda

Nama: Nora@Norrabiatul

ID Shaklee: 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *