Sakit Lutut Dan Sendi – Apa Yang Perlu Anda Tahu

Bahasa perubatan bagi sakit lutut dan sendi adalah Arthritis. Keadaan arthiritis bukan hanya rasa sakit, tetapi juga kelihatan bengkak, kekejangan sendi atau sendi kaku. Bagaimana untuk atasi Sakit Lutut Dan Sendi – Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Sakit Lutut Dan Sendi – Apa Yang Perlu Anda Tahu

sakit-lutut-sendi-sihat

Faktor Sakit Lutut Dan Sendi
  • Kerosakan Sendi
  • Jangkitan kuman
  • Keturunan

Jenis-jenis Sakit Sendi Arthiritis

  1. Osteoarthritis

Keadaan Osteoarthritis adalah sendi rawan yang haus akibat penggunaan secara lasak atau peningkatan usia. Kebiasaannya akan rasa sakit bila bergerak. Sakit sendi jenis ini kerap berlaku berlaku di kalangan warga tua.

sakit-lutut-dan-sendi-arthiritis

  1. Rheumatoid

Athiritis jenis ini lebih berisiko kepada wanita berbanding lelaki. Punca sakit sendi jenis ini disebabkan sistem pertahanan badan yang bercelaru. Antibodi yang dihasilkan dalam tubuh sendiri menyerang sendi-sendi sendiri.

Simptom sakit sendi Rheumatoid menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi. Serangan boleh berlanjutan lebih dari 30 minit untuk reda. Kebiasaanya sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.

  1. Arthritis-Jangkitan Kuman

Kuman dalam darah atau berpunca dari jangkitan luka pada sendi, selalunya menyerang sendi tertentu sahaja. Arthritis jenis ini selalunya akan demam dan mengigil.

  1. Gout – Asid urik yang tinggi berpunca dari pemakanan.

Gout berpunca dari asid urik yang tinggi yang termendap pada sendi-sendi  Kebiasaanya termendap di bahagian pangkal ibu jari kaki. Namun  ada juga pada tangan dan lutut. Kesan gout yang berpanjang boleh menyebabkan kecacatan kekal pada sendi.

.

Bukan itu sahaja, asid urik boleh menyebabkan batu karang. Selalunya gout terjadi di pertengahan umur dan keatas. Kesan gout sama seperti penyakit sendi lain yang boleh membataskan pergerakkan anda.

sakit-lutut-dan-sendi-gout

Tanda -Tanda Arthritis

  1. Sendi bengkak, merah
  2. Kekejangan dan sendi kaku
  3. Sakit bila sekeliling sendi ditekan
  4. Sakit untuk bergerak seperti biasa
  5. Perubahan struktur sendi
  6. Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut
  7. Otot betis menjadi kecut iaitu kelihatan mengecil bagi penghidap osteoarthritis lutut.
  8. Sakit pada pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang

Faktor  Risiko Sakit Lutut Dan Sendi – Arthritis

  1. Peningkatan usia

Faktor utama yang menyumbang kepada masalah sakit sendi

  1. Berat badan berlebihan

Jenis sakit sendi yang disebabkan kegemukkan yang melampau adalah  osteoarthritis pada lutut, bukan hanya faktor usia.

  1. Keturunan

Jenis arthritis atau sakit lutut dan sendi keturunan yang biasa terjadi adalah osteoarthritis keseluruhan dan gout

  1. Sendi yang terlebih fleksibel.

  1. Kecederaan berat

Selalunya terjadi kepada mereka yang bersukan lasak. Keadaan kerja yang dalam mencangkung seperti berkebun, peladang, pekeja buruh.

Amalan Penjagaan Kesihatan Lutut  Dan Sendi

Penghidap arthritis harus peka tentang keadaan mereka sendiri. Tambah pengetahuan mengenai penyakit tersebut agar mudah diatasi dan elak risiko yang serius. Antara perkara penting adalah:

  • Kurangkan berat badan
  • Selalu amalkan senaman yang fokus untuk kekuatan sendi
  • Mengikuti program senaman yang betul untuk sendi (otot menjadi lebih kuat dan lancar).
  • Teruskan senaman untuk keseluruhan tubuh seperti berjalan, berbasikal atau berenang jika keadaan pulih.
  • Dapatkan nutrisi lengkap untuk lutut dan sendi yang kuat sihat seperti kalsium, omega 3, anti-oksidan yang tinggi dan kolagen.

sakit-lutut-dan-sendi

  1. Ostematrix– bekalkan kalsium secukupnya untuk tulang kuat. Kadar serapan terbukti sangat tinggi kerana lengkap dengan kandungan vitamin D, magnesium dan boron.
  2. Omega 3 – kandungan omega guard adalah minyak ikan tulen yang sangat berkesan melindungi dan mengekalkan kesihatan rawan, cegah inflamasi sendi.
  3. Antioksidan – Vivix terbukti mengandungi antioksidan paling tinggi yang penting untuk melindungi sel dari radikal bebas, faktor utama yang menjejaskan kesihatan seluruh tubuh.
  4. Kolagen – penting untuk kekalkan keanjalan dan kekuatan rawan.

Rawatan Dan Cara Atasi Sakit Lutut Dan Sendi

Sebenarnya pengambilan ubat hanya untuk melegakan sakit sendi dan bukan memulihkan fungsi sendi. Sesetengah keadaan, pembedahan diperlukan untuk membetulkan struktur sendi.

Juga sentiasa berhati-hati dengan pergerakkan lutut dan sendi seperti:

  • Elakkan aktiviti yang menambahkan tekanan pada lutut dan sendi
  • Guna alat pembantu untuk mengurangkan tekanan pada sendi contohnya penarik zip dan alat bantu untuk bangun dari kerusi, tandas dan katil.
  • Bagi osteoathritis lutut, elakkan mencangkung dan duduk di atas lantai. Pastikan duduk atas kerusi di paras lutut dan tidak terlalu rendah.
  • Gunakan kerusi yang ada pemegang tangan untuk membantu anda bangun dan kurangkan tekanan pada lutut.
  • Guna kasut yang boleh menyerap hentakan.

Perlukan vitamin dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *