Cara Betul Keringkan Muka Selepas Mencuci – Pakar Dermatologi

Bagaimana Cara Betul Keringkan Muka Selepas Mencuci mengikut saranan pakar dermatologi? Nampak remeh tetapi amalan ini sangat mempengaruhi kesihatan kulit muka anda. Juga langkah-langkah penting selepas mencuci untuk kekalkan kulit yang sihat. Langkah ini termasuklah menghidrat dan melindungi kulit anda setelah mencuci muka.

cara-betul-keringkan-wajah

 

Sebenarnya bukan itu sahaja, ia bermula dari pemilihan pencuci muka yang terbaik, teknik membersih muka, cara keringkan muka dan beberapa langkah penting yang seterusnya. Semua ini mempengaruhi kesihatan dan kecantikkan kulit kita.

 

 

Saranan Pakar Dermatologi

 

Pandangan ahli dermatologi New York City, Shereene Idriss “Pengeringan wajah dengan sendiri lebih baik. Atau dengan teknik menepuk lembut iaitu pergerakan ‘dabbing’ tanpa terlalu agresif. Jika tidak ini boleh membawa kepada kekeringan atau kulit sensitif,” jelasnya.

 

Joshua Zeichner, seorang lagi ahli dermatologi juga dari di New York City, mencatatkan perbezaan penting antara menggosok atau hanya menekap dengan tuala. “Menggosok boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan keradangan, inilah kesilapan paling besar pesakit saya buat. Jika anda memilih untuk tidak menekap, biarkan kering sendiri lebih baik, walaupun ia bukan pilihan paling praktikal.” Jelasnya

 

Adam Friedman, pakar dermatologi dari Washington, D.C. pula tidak mengesyorkan pengeringan udara, katanya, “Membiarkan wajah anda kering sendiri, ia boleh mengecilkan lapisan atas kulit, menjadikannya tegar, dan boleh menganggu pengeluaran sel kulit  dan boleh mengelupas,” jelasnya. 

 

Cara yang terbaik menurut Friedman, adalah menekap lembut dengan tuala supaya kulit masih lembap sebelum menggunakan toner, pelembap, serum, dan SPF.

 

Walaupun pandangan mereka sedikit berbeza, samada mengerikan wajah dengan kain secara menekap atau dibiarkan kering, yang penting adalah tidak boleh mengosok secara kasar selepas mencuci.

 

 

Langkah Penting Selepas Mencuci

 

  1. Toner

Langkah pertama selepas mencuci. Toner bertindak untuk mencuci kotoran yang tertinggal pada liang pori wajah. Pilih toner yang mengandungi vitamin untuk membantu liang pori mengecil, bukannya hanya mencuci. Sebaiknya yang semulajadi dan elakkkan jenis alkohol tertentu.

 

  1. Cara Memakai Pelembap

  • Sesetangah pakar dermatologi menyatakan, lebih berkesan dan baik untuk kulit jika pelembap diambil ketika kulit masih lembap selepas mencuci. Cara in boleh mengelak kerengsaan atau  kulit kering.
  • Namun ada juga ahli dermatologi menyarankan untuk mengeringkan muka terlebih dahulu sebelum disapu pelembap. Anda boleh cuba kedua-dua cara ini dan lihat kesan mana yang lebih positif.
  • Cuaca panas di negara kita sebaiknya pelembap dengan SPF 50 keatas. Ini mengikut kajian oleh  Regim YOUTH Shaklee.
  • Penting untk anda pastikan penggunaan SPF 15-20 minit sebelum keluar rumah terutama ketika panas terik.

Lengkap dengan semua langkah ini, baru lah anda boleh menggunakan sebarang makeup pada wajah.

 

 

Perlukan vitamin dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *