Bengkak Susu Tersumbat – 7 Langkah Mudah Dan Berkesan

Bengkak Susu Tersumbat boleh diatasi dengan 7 Langkah Mudah Dan Berkesan.

Bengkak-Susu-Tersumbat

3 Punca Utama Bengkak Susu Tersumbat

Berikut adalah 3 punca utama yang boleh menyebabkan saluran susu ibu bengkak dan tersumbat.

  1. Lekapan/suapan mulut bayi yang tidak sempurna.

Jika lekapan mulut bayi semasa menyusu tidak penuh/sempurna, ianya bukan sahaja mengganggu kelancaran menyusu pada bayi malah boleh menyebabkan susu badan berkurang, kerana rangsangan yang kurang.

Bengkak-Susu-Tersumbat-7-Langkah-Mudah-Dan-Berkesan1

  1. Kurang kekerapan menyusu.

Bagi bayi yang baru lahir , anda perlu menyusukan bayi anda setiap 1-2 jam sekali atau sebanyak 10-12 kali sehari. Jika bayi anda kerap tidur, kejutkan bayi untuk menyusu dengan mengusap atau mengusik bayi di bahagian tapak kaki dan tangannya

  1. Tidak berdisiplin mengepam ketika bekerja.

Ibu yang bekerja sering kali tertinggal atau terlupa untuk mengepam susu mengikut jadual. Amatlah penting untuk anda mengepam susu setiap 2-3 jam sekali sewaktu bekerja untuk elak  bengkak susu. Ini juga punca utama susu badan mula berkurang.

Masalah bengkak susu dan tersumbat yang serius boleh menyebabkan mastitis iaitu jangkitan kuman pada saluran susu dalam payudara.

Keadaan mereka yang mengalami bengkak susu boleh mengalami:

    • Rasa sakit tidak selesa, timbul ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudara.
    • Rasa sakit menyucuk pada puting ketika mula proses menyusu bayi.
  • Demam dan mungkin menggigil jika ada jangkitan kuman (mastitis).

Atasi Bengkak Susu Tersumbat – 7 Langkah Mudah Dan Berkesan

  1. Urut perlahan untuk lancarkan pengeluaran susu terlebih dahulu. Kemudian susukan bayi semampu yang boleh walaupun dalam keadaan sakit. Kebolehan bayi menghisap dengan baik sebenarnya adalah ubat yang paling mujarab untuk hilangkan bengkak susu.

  1. Mandi air suam dan urut perlahan ketika mandi.

  1. Menyusu dan mengepam secara kerap atau konsistan.

  1. Minum banyak air suam. Air kosong sangat penting untuk penghasilan  susu ibu. Pastikan and minum air kosong suam paling kurang 3 liter sehari.

  1. Makan vitamin C dan bawang putih. Bengkak susu boleh menyebabkan demam. Sebab itu anda perlukan vitamin C membantu melegakan demam. Bawang putih sangat penting sebagai antibiotik semulajadi untuk menguatkan sistem antibodi tubuh dan cegah jangkitan kuman. Ibu menyusu tidak digalakkan untuk mengambil penadol (tahan sakit), tidak elok untuk bayi menyusu.

  1. Makan lecithin. Wajib tau. Manfaat lecithin terbukti mampu melancarkan pengeluaran susu yang tersumbat dan cegah bengkak susu.

Bengkak-Susu-Tersumbat-2

Bengkak-Susu-Tersumbat-7-Langkah-Mudah-Dan-Berkesan2

  1. Tuam iaitu lekatkan payudara dengan kubis panas. Ada juga yang mengatakan tuam dengan kubis yang disejukkan. Tetapi bagi saya lebih sukakan kubis yang layur dengan api. Rasa lebih selesa.

Perlukan vitamin dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *