Cara Nak Kurus Tanpa Ubat-2 Perkara Yang Disarankan Pakar Kesihatan

Bagaiamana Cara Nak Kurus Tanpa Ubat – 2 Perkara Yang Disarankan Pakar Kesihatan ini adalah amalan yang sebetulnya untuk turunkan berat badan secara sihat. Penurunan berat badan yang selamat dan digalakkan adalah 0.5kg-1kg seminggu.

cara-nak-kurus-tanpa-ubat-berkesan

Cara nak kurus tanpa ubat sebenarnya lebih baik, bukan saja kekal kurus, malah menjamin kesihatan anda. 2 perkara ini ialah ‘eat celan’ dan jumlah kolari yang diambil perlu bergantung kepada keperluan anda. Eat clean ini sebenarnya boleh disamakan dengan makanan mereka yang berdetok.

Keperluan kalori bergantung kepada jantina, umur dan aktiviti harian anda. Contohnya bagi mereka yang tidak aktif pasti memerlukan kalori yang kurang daripada individu yang aktif. Maksudnya jumlah kalori yang masuk sama dengan jumlah kalori yang dibakar. Ingat, ketahui dan amalkan bagaimana untuk:

  1. Eat clean
  2. Keperluan kalori

Panduan Eat clean

Jadikan tabiat eat clean setiap masa. Bagaimana cara untuk eat clean:

  • Masak cara sihat iaitu rebus, stim atau bakar.
  • Elakkan makanan bergoreng dan berlemak.
  • Pilih sumber protein yang rendah lemak seperti ikan dan telur. Kurangkan daging.
  • Elakkan makanan dan minuman tinggi gula.
  • Elakkan makanan proses, fast food, bebas pengawet, perasa tiruan dan pewarna.
  • Sumber makanan sebenar seperti nasi dan bukannya bihun/mee.
  • Elakkan makanan yang tinggi indek glisemik.
  • Lebihkan sumber makanan yang boleh membantu untuk naikkan hormon Leptin seperti omega 3.
  • Minum paling kurang 6-8 gelas air kosong sehari

cara-nak-kurus-tanpa-ubat

cara-nak-kurus-tanpa-ubat-eat-clean

Panduan Keperluan Kalori

Keperluan kalori bergantung kepada umur, jantina dan aktiviti harian anda.

  • Makan mengikut piramid Malaysia iaitu suku-suku separuh. Suku protein, suku karbohidrat dan separuh serat iaitu sayur dan buah-buahan.
  • Pegambilan kalori bergantung kepada aktiviti harian anda. Maksudnya jumlah kalori yang masuk sama dengan kalori yang digunakan.
  • Lakukan aktiviti fizikal yang konsistan untuk membakar kalori dan merangsang metabolisma badan.
  • Secara umumnya, kalori untuk individu yang mempunyai berat badan normal di Malaysia adalah sebanyak 2440kcal bagi lelaki dewasa dan 2000kcal bagi wanita dewasa.
  • Cara Nak Kurus Yang Disarankan Pakar termasuklah kurangkan pengambilan makanan sebanyak 500kcal daripada keperluan sehari untuk penurunan berat badan yang berkesan.

cara-nak-kurus-eat-clean

Namun, untuk pastikan kalori yang diambil dibakar sepenuhnya hanyalah dengan aktiviti fizikal seperti jogging, berbasikal, berenang atau berjalan laju paling kurang 30 minit sehari.

Manfaat bersenam juga untuk mencegah rintangan terhadap hormon kurus iaitu leptin dan merangsangkan kadar metabolisma. Kita boleh lihat walaupun ada individu yang berdiet atau makan dalam jumlah yang sedikit tetapi masih ada masalah berat badan, ini lah punca nya. Mereka tidak bersenam secara konsistan.

Cara Pengiraan Kalori Yang Diperlukan

 Cara Nak Kekal Kurus Tanpa Ubat

  1. Makan lebih kerap dengan kuantiti yang sedikit untuk merangsang metabolisma badan.
  2. Pilih snek sihat iaitu buah-buahan untuk atasi rasa lapar selepas waktu makan.
  3. Tingkatkan aktiviti fizikal mengikut kemampuan dan kawal pengambilan makanan.
  4. Letakkan sasaran penurunan berat badan atau jumlah kalori yang dibakar dalam tempoh tertentu.
  5. Atasi masalah ketidakstabilan hormon jika ada.
  6. Rehat dan tidur yang cukup juga mempengaruhi fungsi tubuh seterusnya pembakaran kalori juga baik.
  7. Atasi stres dan kawal emosi untuk cegah peningkatan hormon kortisol. Jika tinggi akan menganggu sistem antibodi, tekanan darah dan gula, menyebabkan jerawat, obesiti, dan lain-lain.

Perlukan vitamin dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *