Hormon Untuk Kuruskan Badan

Hormon untuk kuruskan badan adalah hormon leptin. Hormon ini dihasilkan oleh tisu-tisu lemak. Maksudnya, tubuh yang lebih berisi mempunyai kadar Leptin yang lebih tinggi dari mereka yang kurus.

Hormon-Untuk-Kuruskan-Badan-2

Namun, lemak ni juga lah yang menyekat Leptin daripada bekerja dengan efektif. Keadaan ini dipanggil rintangan terhadap Leptin.

Masalah berat badan berlebihan boleh diatasi dengan lebih berkesan dengan mengurangkan rintangan terhadap leptin. Seterusnya anda boleh kekalkan berat badan yang ideal dengan mudah.

Hormon-Untuk-Kuruskan-Badan

Hormon leptin juga mengawal rasa kenyang dan lapar. Jika Leptin tinggi anda akan rasa kenyang, jika rendah anda akan sentiasa lapar.

Leptin dalam darah dibawa kedalam otak dan menghantar isyarat kepada hipotalamus,  bahagian yang mengawal bila dan berapa banyak yang anda makan.

Bagaimana Merangsang Hormon Untuk Kuruskan Badan

Bagi mereka yang tidak mengambil sebarang ubat yang boleh menganggu sistem hormon dalam badan, percayalah anda boleh turunkan dan kekalkan berat badan yang ideal. Amalkan semua tips ini, kadar hormon Leptin untuk kuruskan  badan anda akan meningkat.

  1. Omega 3

Pilih pemakanan yang kaya dengan Omega 3  seperti minyak ikan dan Lecithin. Kedua-dua ini membantu untuk memecahkan sel-sel lemak untuk Leptin keluar bekerja. Pemakanan yang tinggi Omega 3 boleh diperolehi daripada ikan kecil. Atau ambil suplemen sebagai sumber tambahan untuk omega 3.

  1. Sauna

Wap panas merangsang pengaliran darah yang lebih lancar. Ini sedikit sebanyak membantu Leptin untuk lebih bebas dan tidak terikat dengan sel-sel lemak.

  1. Rajin Bergerak

Tujuannya untuk merangsang pergerakkan otot yang lebih baik, jadi kadar metabolisma juga meningkat. Amalkan secara konsistan iaitu 30 minit setiap hari. Ini juga membantu hormon leptin untuk bekerja dengan lebih lancar.

  1. Sayuran Hijau Dan Buahan

Sayur hijau kaya dengan phytonutrients (contoh: carotenoid and flavonoid) yang boleh menjadi agen membantu kerintangan badan kita terhadap leptin berkurang. Juga  tinggi serat untuk melancarkan proses penghadaman.

  1. Tinggalkan Makanan DiProses

Makanan yang diproses mengandungi tinggi garam dan gula, juga pengawet dan juga bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh. Serta menganggu keseimbangan hormon  termasuk hormon leptin.

Wanita paling kerap mengalami perubahan hormon, dari mula haid, hamil, menyusu ini semua mengubah keadaan hormon. Juga pengambilan pil perancang keluarga. Bagi wanita yang mempunyai masalah keseimbangan hormon, anda sangat digalakkan untuk membetulkan dulu keadaan hormon anda dengan GLA.

Minyak Ikan Tulen-Kaya Dengan Omega 3

Pemilihan minyak ikan lebih tulen akan memberi kesan penurunan berat badan yang lebih ketara kerana kandungan omega 3 lebih tinggi. Ada minyak ikan dipasaran yang mengandungi bahan pengawet seperti paraben. Bukan saja masalah kerintangan Leptin tidak berkurang, bendasing ini akan menganggu kesihatan tubuh anda. Jadi pastikan minyak ikan anda betul-betul tulen dan bebas bahan sampingan.

Minyak Ikan OMEGA GUARD dijamin 100% dan bebas sebarang bahan tambahan. Walaupun bagaimanan, suka diingatkan omega guard hanyalah inisiatif untuk mengawal anda supaya tidak makan berlebihan. Minyak ikan atau Omega 3 bukanlah seperti ubat kurus yang akan terus menjadi tanpa membuat senaman dan mengawal cara makan.

Manfaat minyak ikan juga menjaga kesihatan jantung, kawal paras kolestrol dan mengurangkan masalah inflamasi serta baik untuk kesihatan otak.

Tips merangsang hormon untuk kuruskan badan ini sebenarnya membantu anda untuk lebih sihat menyeluruh. Ingat, jangan ambil risiko dengan ubat kurus yang boleh bahayakan kesihatan terutam buah pinggang anda.

Perlukan vitamin dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *