Punca Kolesterol Tinggi-Bukan Sebab Makanan Berlemak

Kolestrol tinggi sangat berisiko yang boleh menyebabkan darah tinggi, serangan jantung dan strok. Faktor utama kolesterol adalah pemakanan. Namun Punca Kolesterol Tinggi-Bukan Sebab Makanan Berlemak sahaja.

Punca-Kolesterol-Tinggi-Bukan-Sebab-Makanan- Berlemak

Terdapat 2 jenis lemak, kolesterol ‘baik’ dan kolesterol ‘jahat’. Tubuh kita menghasilkan kolesterol daripada sumber makanan. Bukan hanya daripada makanan berlemak seperti daging, makanan bergoreng, tetapi punca utama juga daripada GULA.

Jenis-jenis Makanan Berlemak

Namun ramai yang terfikir hanya lemak dalam makanan punca kolesterol tinggi dalam darah. Sebetulnya, lemak ada tiga jenis. Lemak yang berbahaya adalah transfat yang terdapat dalam makanan proses.  Contohnya semua jenis cookies, chips dan marjerin. Sebolehnya elakkan terus lemak jenis ini.

Jenis lemak kedua yang tidak sihat ialah lemak tepu. Ia masih boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang tidak berlebihan.

Walau bagaimanapun ada lemak yang sihat, iaitu asid lemak seperti omega 3 yang banyak diperolehi daripada ikan dan kekacang. Lemak kategori ini sangat penting untuk keperluan tubuh yang sihat. Juga bertindak mengeluarkan kolestrol yang termendap dalam salur darah.

Punca Kolesterol Tinggi-Bukan Sebab Makanan Berlemak Sahaja

Kolesterol terdiri daripada jenis kolestrol ‘baik’ dan ‘jahat’. Bacaan setiap kolesterol dalam darah diperiksa dengan ujian lipid. Setiap kolesterol perlu ditahap yang seimbang untuk kesihatan yang baik.

  • Kolesterol LDL: kurang daripada 100 mg / dL.
  • Kolesterol HDL: 60 mg / dL atau lebih tinggi.
  • Trigliserida: kurang daripada 150 mg / dL.

Total kolestrol yang sihat di bawah 200 mg (5.1 mmol / L).

  1. LDL (jahat) kolesterol- lipoprotein berkepekatan rendah

Kolesterol LDL dianggap sebagai “jahat”, kerana ia menyumbang kepada pemendapan lemak pada dinding arteri. Salur arteri akan mengecil dan tersumbat. Keburukkannya boleh meningkatkan risiko serangan jantung, stroke dan masalah arteri.

  1. HDL (baik) kolesterol- lipoprotein berketumpatan tinggi.

HDL bertindak mengangkut kolesterol LDL dari arteri dan kembali ke hati untuk diproses, di mana LDL dipecah dan dilepaskan dari badan. Tetapi kolesterol HDL tidak sepenuhnya menghilangkan kolesterol LDL. Hanya satu pertiga hingga satu perempat kolesterol darah yang dibawa oleh HDL.

Sebab itu, bacaan kolestrol perlu seimbang diantara LDL dan HDL untuk mengekalkan paras yang sihat.

  1. Trigliserida

Trigliserida adalah sejenis lemak yang paling biasa di dalam badan. Trigliserida terhasil daripada pengambilan gula dan karbohidrat dari diet harian yang berlebihan dan disimpan dalam tubuh.

Bacaan trigliserida yang tinggi digabungkan dengan kolesterol LDL (jahat) yang tinggi dan HDL (baik) yang rendah punca utama pembentukan lemak dalam dinding arteri darah.  Sebab itu punca kolestrol tinggi bukan hanya disebabkan makanan berlemak, pengambilan gula yang berlebihan juga punca utama masalah kolestrol.

Kawal Punca Kolesterol Tinggi

  1. Kekalkan tahap kolesterol HDL yang seimbang  untuk kawal paras kolesterol yang seimbang untuk melindungi daripada serangan jantung dan strok. Kajian menunjukkan bahawa paras kolesterol HDL yang rendah meningkatkan risiko penyakit jantung, stroke dan darah tinggi. Amalkan suplemen tinggi omega 3 untuk membantu naikkan bacaan HDL dan phytocol untuk menghalang kolestrol menempel pada dinding arteri.
  2. Kurangkan bacaan Trigliserida dengan elak makanan bergula, pengambilan karbohidrat atau kalori yang berlebihan dengan keperluan tubuh anda.
  3. Kawal makanan berlemak secara berpatutan, lemak ini juga diperlukan oleh badan namun tidak boleh berlebihan. Dan amalkan makanan tinggi serat iaitu lebihkan sayuran dan buahan dalam diet harian.

Kolestrol Tinggi – Gejala dan Rawatan Tanpa Ubat

Perlukan vitamin dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *