Suplemen Untuk Anak Yang Selalu Demam – Penting Tak Penting

Suplemen Untuk Anak Yang Selalu Demam – Penting Tak Penting. Betul ke anak yang selalu demam berpunca daripada kekurangan vitamin? Demam adalah kesan antibodi melawan jangkitan kuman, bakteria atau virus dalam darah.

Suplemen-Untuk-Anak-Yang-Selalu-Demam-2

Perlu ke suplemen untuk anak yang selalu demam, jawapnya sangat penting untuk meningkatkan daya tahan antibodi mereka.

Apakah Suplemen yang boleh membantu untuk menguatkan sistem imun anak

Kekerapan demam yang normal adalah 5-6 kali setahun bagi budak kecil. Namun perlu sentiasa dipantau untuk cegah komplikasi yang serius. Ketika ini sistem imum mereka masih belum matang.

Sistem antibodi sebenarnya juga dipengaruhi oleh nutrisi dalam badan. Antaranya:

  1. Vitamin C – Vitamin asas yang sangat penting tidak kira peringkat umur.
  2. Asid lemak omega – manafaat utama untuk anak kecil adalah mengurangkan kesan inflamasi panas dalam ketika antibodi melawan jangkitan kuman.
  3. Multivitamin – Yang lengkap dengan zat besi sangat penting untuk penghasilan komposisi darah yang normal. Kesannya antibodi anak juga dalam keadaan baik.

Tidak dinafikan semua ini boleh diperolehi dalam hidangan harian. Namun sebenarnya sangat sukar untuk kita memastikannya betul-betul mencukupi. Mudahnya, pengambilan suplemen pasti membantu keperluan vitamin harian anak anda yang sedang membesar. Sebab itu Suplemen Untuk Anak Yang Selalu Demam boleh dikatakan wajib untuk meningkatkan sistem imum mereka.

Saranan Pakar Kanak-kanak Untuk Menguatkan Antibodi Mereka

Langkah-langkah pencegahan lain juga sangat membantu, bukan hanya bergantung pada Suplemen Untuk Anak Yang Selalu Demam. Antaranya:

  1. Penyusuan Susu Ibu

Susu ibu mengandungi antibodi dan sel darah putih. Kajian membuktikan bayi yang menyusu susu ibu lebih sihat dan aktif. Juga perkembangan fizikal dan minda yang lebih baik.

Sebab itu sangat digalakkan untuk melakukan penyusuan penuh selama 2 tahun. Pemakanan ibu mestilah berkhasiat/nutrisi lengkap untuk memastikan anak dapat nutrisi sebaiknya.

  1. Pelbagaikan Sayuran dan Buahan Yang Kaya Vitamin

Bagi bayi 6 bulan keatas walaupun masih menyusu susu ibu, masih perlu disediakan sayuran dan buahan  dalam diet mereka. Pelbagaikan warna buahan/sayurannkerana setiapnya mengandungi nutrisi yang berbeza.

Ibu perlu kreatif, jika anak menolak. Cuba sediakan dalam bentuk lain seperti jus, aiskrim, smoothie, dan sebagainya untuk menarik minat mereka. Ingat, elakkan penambahan gula.

  1. Waktu Tidur Anak

Waktu dan kualiti tidur memberikan impak yang besar keatas kesihatan seseorang, tidak kira peringkat umur. Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Kanak-kanak yang berumur 1-2 tahun, waktu tidur yang ideal adalah 11-14 jam. 3-5 tahun pula 11-13 jam. Manakala 6-13 tahun perlukan 9-11 jam sehari (malam & siang). Ibu perlu disiplinkan waktu tidur anak, tidak kira siang atau malam.

Sel-sel antibodi tubuh yang berfungsi menyerang mikrob dan sel kanser dalam badan dihasilkan ketika tidur. Kekurangan tidur akan membuatkan anda lebih mudah terkena jangkitan.

  1. Riadah Luar Rumah

Riadah dan bersenam penting agar anak-anak sentiasa aktif. Udara luar yang lebih segar akan menyihatkan dan menambah bilangan natural killer cell, sekaligus meningkatkan imuniti tubuh.

  1. Jauhkan Anak Daripada Perokok Dan Asap Rokok

Sudah banyak kes kanak-kanak yang meninggal akibat masalah paru-paru yang berpunca daripada asap rokok.

Ini kerana, asap rokok mampu merosakkan sel-sel yang penting dalam tubuh terutamanya anak kecil. Sekalipun anda merokok di luar, sisa asap rokok yang melekat pada tubuh tetap beracun dan berisiko kena pada anak anda.

  1. Elakkan Tempat Awam Yang Sesak

Risiko terdedah kepada penyakit meningkat dengan keadaan ‘overcrowding’. Ini kerana sistem pertahanan mereka yang belum matang. Tempat yang ramai orang dalam satu masa seperti majlis kenduri dan tempat permainan awam kanak-kanak dalam pusat membeli belah sangat berisiko.

Pemilihan pusat asuhan atau taska juga amat penting. Pastikan kebersihan terjamin, dan nisbah antara penjaga dan kanak-kanak seimbang. Pengalaman saya sendiri, walaupun nampak bersih, tetapi jika anak anda alah pada karpet, sebaiknya bertukar ketempat baru.

  1. Tinggalkan Junk food, Fast Food Dan Process Food

Pastikan anda mengawal pemakanan anak-anak. Makanan seperti burger, nugget, pizza, kerepek, coklat, kek, gula-gula, dan air kotak  amat kurang nutrisi, tetapi mengandungi garam, gula, pengawet, perasa, serta pewarna tiruan yang tinggi. Semua ini boleh menjejaskan antibodi tubuh kita.

Sebaiknya hanya sediakan homemade yang segar, dan lebih terjamin khasiatnya. Barulah sistem imun tubuh anak dapat berfungsi dengan lebih baik.

  1. Kebersihan Diri

Penting untuk ibu mendidik anak untuk menjaga kebersihan seperti menutup mulut dan hidung ketika bersin, batuk. Langkah ini perlu agar kuman tidak disebarkan keserata tempat dan menjangkiti orang sekeliling. Asingkan botol minuman, gelas, pingan ketika makan dan minum dengan anak-anak lain.

Bagaimana Pemilihan Suplemen Untuk Anak

Saranan saya pasti hanya Shaklee. Manfaat yang kami sekeluarga rasakan membuatkan saya terus konsistan  memilih Shaklee. Contoh minyak ikan, saya pernah cuba Pristin, tetapi kesannya tidak seperti Omega guard. Saiz kapsul yang besar sukar untuk ditelan oleh anak kecil. Berbeza dengan omega guard, saiz lebih kecil tetapi ketulenan dan berkepekatan tinggi.

Bagi anak yang lebih kecil, jenis kapsul omega lebih mudah dikunyah sebelum ditelan.  Sesuai diberikan kepada anak kecil seawal 7 bulan keatas yang sudah mula ambil makanan pepejal. Boleh dicampurkan dalam makanan mereka.

Saya mula konsistan memberikan suplemen full set kepada anak sejak mula hantar ke tadika pada umur 3 tahun. Sebabnya anak saya mudah demam dan selsema berbanding dijaga oleh pengasuh. Sebab itu, untuk kesan yang optimum, saya sarankan untuk mengambil set penuh suplemen untuk kanak-kanak Shaklee.

Suplemen-Untuk-Anak-Yang-Selalu-Demam

Perlukan vitamin dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *