3 Cara Naikkan HB Dengan Pantas

Hemoglobin atau lebih dikenali sebagai HB adalah bacaan platlet darah merah.  Tahap HB  yang normal adalah 11g/dl keatas dan bacaan rendah dari 10g/dl perlukan pantauan. Jom Nora kongsikan pengamalan sendiri dengan hanya 3 Cara Naikkan HB Dengan Pantas ketika hamil. Anda boleh amalkan 3 amalan ini walaupun tidak mengandung. 

3-Cara-Naikkan-HB-Dengan-Pantas

 Simptom-Simptom HB Rendah 

Simptom  umum  HB rendah seperti:

  • Pening – Boleh pitam dengan kerap 
  • Lemah- Rasa kurang bertenaga dan mudah penat ketika lakukan aktiviti harian.
  • Selera Makan Berkurang – Walaupun tidak mengalami sebarang demam, juga keadaan ini berpanjangan.
  • Kulit – Kelihatan pucat kekuningan
  • Kaki Tangan Sejuk –  HB rendah menyebabkan darah kurang sampai  dibahagian kaki dan tangan, menyebabkan kekurangan oksigen dan akan lebih mudah rasa sejuk.
  • Mudah Terkena Jangkitan – Iron sangat penting dalam membentuk antibodi, kesan iron yang rendah dalam darah akan melemahkan sistem imun. 

3-Cara-Naikkan-HB-Dengan-Pantas-Berkesan

Punca Bacaan HB Rendah

Punca utama bacaan HB rendah adalah  kekurangan zat besi dalam tubuh. Faktor penyerapan zat besi yang baik pula perlukan vitamin C dan Bcomplex.  Faktor lain seperti pengambilan kafein dan kalsium akan mengurangkan serapan zat besi dalam darah.

Aktiviti harian juga boleh mempengaruhi bacaaan HB seseorang. Bagi mereka yang aktif, risikonya adalah rendah berbanding dengan mereka yang tidak aktif. 

Pengurusan diri dan emosi yang baik juga sedikit mempengaruhi bacaan HB anda. Jadi kawal stres dan emosi dengan lebih baik membantu kawalan HB anda. 

3 Cara Naikkan HB Dengan Pantas 

3 Cara Naikkan HB Dengan Pantas tanpa ubat yang Nora amalkan sendiri dan terbukti sangat berkesan. Amalkan kesemua 3 amalam ini:

1. Pemakanan Yang Tinggi Mineral

Sayuran hijau sangat baik untuk naikkan HB kerana kaya dengan mineral termasuk zat besi. Antaranya yang tinggi zat besi seperti bayam, kangkung. Juga amalkan buah yang paling tinggi zat besi seperti jambu batu, delima, kurma.

Namun dengan cara ini sahaja ada mereka yang tidak berkesan untuk Naikkan HB. Terutama mereka yang ada masalah anemia.  Ini hanya salah satu dari 3 Cara Naikkan HB Dengan Pantas.

2. Pengambilan Kalsium Dan Kafein

Susu kaya dengan vitamin, namun penyerapan zat besi akan tergangu jika diambali bersama dengan kalsium. Oleh sebab itu, jarakkan pengambilan kalsium/susu dengan zat besi, sekurang-kurangnya 4 jam.

Susu kambing juga membantu untuk menaikkan HB ibu. Tetapi ingat, jarakkan pengambilan susu bersama buah dan sayur yang tinggi zat besi. Bukan hanya suplemen tablet.

Begitu juga kafein, sebaiknya tinggalkan atau kurangkan dalam diet harian terutama jika anda sedang hamil. Bagi mereka yang tidak menghadapi masalah HB rendah, mungkin ia tidak memberi apa-apa kesan.

3. Multivitamin – Vitalea

Vitalea adalah multivitamin semulajadi dan mengandungi zat besi secukupnya untuk keperluan tubuh kita. Walaupun kandungan iron yang tidak tinggi seperti suplemen lain, namun kadar serapanya lebih cepat.  Sebab itu, kita tidak akan rasa loya atau muntah seperti kebanyakkan tablet iron lain.

Vitalea atau tablet zat besi lain lebih berkesan diambil bersama SR vitamin C dan Bcomplex untuk penyerapan yang optimum.

Bagi Nora sendiri, ketiga-tiga vitamin ini wajib diambil bersama untuk menaikkan HB, jika hanya mengamalkan langkah 1 dan 2 sahaja, masih tidak memberi kesan. 3 Cara Naikkan HB Dengan Pantas  ini perlu diamalkan bersama.

Insya Allah anda akan dapat perubahan hanya dalam satu minggu atau kurang jika mengamalkan 3 Cara Naikkan HB Dengan Pantas ini secara konsistan.

 

Perlukan vitamin dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

 

Punca HB Darah Rendah – Walaupun Dah Ambil Zat Besi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *