Pil Kurus Paling Berkesan Dan Selamat

Pil kurus paling berkesan dan selamat selalunya dikatakan ada kelulusan KKM. Namun adakah benar-benar selamat?

Ubat kurus yang sebenarnya adalah gaya hidup kita sendiri. Hanya 3 langkah ‘ubat kurus yang paling selamat dan berkesan’. Bukan sebarangan pil kurus yang ada di pasaran.

Pil-Kurus-Paling-Berkesan-Dan-Selamat-Sihat-2

Pil Kurus Paling Berkesan Dan Selamat

1. Pemakanan – Penyedian dari bahan segar, elakkan sumber yang diproses. Juga dimasak cara sihat seperti kukus, stim, bakar. Kurangkan garam dan gula. Lebihkan sumber makanan daripada tumbuhan iaitu buah-buahan dan sayuran. Air kosong secukup iaitu 2-3liter sehari.

2.Senaman – Amalkan secara rutin, paling kurang 30 minit sehari. Aktiviti ini sanagt penting untuk meransang kadar metabolisma seseorang.

3.Vitamin semulajadi – Pilihan paling tepat untuk mengantikan Pil Kurus, sebenarnya tiada Pil Kurus Paling Berkesan Dan Selamat pun yang diiktiraf oleh doktor. Vitamin semulajadi bertujuan melengkapkan nutrisi dalam badan. Ia sangat penting untuk menyokong sistem dalam tubuh mampu bekerja dengan lebih efisien.  Menjadikan anda lebih sihat dan aktif, bukan sekadar kurus seperti set detok.

pil-Kurus-Paling-Berkesan-Dan-Selamat-bajet

Risiko Pil Kurus

Testimoni pil kurus yang nampak begitu berkesan terlalu banyak dipasaran. Namun satu pun tiada kajian saintifik, jadi tiada bukti ianya selamat. Walupun pil kurus yang dipilih ada pendaftran KKM, namun tiada kajian yang membuktikan keberkesanan produk tersebut untuk menjamin kesihatan jangka panjang.

Pelbagai kesan sampingan yang kita lihat akibat pengambilan ubat kurus. Antaranya degupan jantung tidak normal, darah tinggi, sukar untuk tidur, kekejangan otot, sakit sendi. Bagi kesan yang lebih lama sedikit, ia membahayakan organ seperti masalah buah pinggang.

Kandungan Pil Kurus dipercayai semuanya mengandungi ubatan terlarang, antara yang  selalu digunakan seperti Bisacodyl, Diazepam, Sibutramine. Selalunya kandungan yang dinyatakan hanya senarai bahan semulajadi seperti lemon, green tea sahaja. Jika benar lemon atau apa sahaja bahan semulajadi yang digunakan boleh menurunkan berat badan, sudah pasti kesan boleh dirasai jika kita mengamalkan bahan tersebut sendiri.

Juga tiada seorang doktor pun yang menasihatkan untuk turunkan berat badan dengan pil kurus. Ini kerana bahan yang terkandung dalam pil kurus hanya membahayakan organ seperti jantung, hati dan buah pinggang.

Fungsi Pil Kurus

Ubat kurus bertindak menipu otak kita untuk rasa sentiasa kenyang, dan membuatkan denyutan jantung lebih laju.

Tiada Pil Kurus Paling Berkesan Dan Selamat, apa yang anda perlu lakukan adalah seperti saudara Fikri ini amalkan:

  • Ambil produk yang dikaji dan diuji oleh saintis.
  • Amalkan pemakanan sihat dan bersenam, bukan makan produk semata-mata.
  • Mengutamakan nutrien yang mencukupi untuk sel tubuh bekerja.
  • Membakar lemak dan membina otot (senaman khusus)
  • Pilih makanan yang mengekalkan rasa kenyang lebih lama.

Cara-Kurus-Paling-Berkesan-Dan-Selamat

Naikkan Metabolisma Tanpa Pil Kurus

Metabolisma adalah keupayaan tubuh untuk membakar kolari dalam badan. Mereka yang kurus mempunyai metabolism yang lebih tinggi. Bagaimana untuk meningkatkan kadar metabolisma? Terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan:

  • Makan dengan kuantiti sedikit tetapi lebih kerap
  • Bersenam
  • Pilih makanan yang rendah GI, bernutrisi lengkap dan tinggalkan makanan segera.
  • Minum air kosong lebih banyak
  • Jaga kesihatan fizikal seperti waktu tidur yang konsistan, jauhi alkohol dan rokok

 

Perlukan vitamin dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *