Produk Untuk Parut Muka Berlubang

Bagi mereka yang dah berputus asa tak rugi luangkan masa korang untuk ketahui  Produk Untuk Parut Muka Berlubang disini. Di jamin berkesan oleh pakar dermatologi  dan saintis. Semua yang dikeluarkan adalah hasil kajian saintifik dan terbukti dengan ujikaji klinikal untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Bagaimana Terjadinya Parut Muka Berlubang

Kesan kerosakkan struktur kulit boleh meninggalkan lekuk diwajah. Selalunya ia disebabkan masalah jerawat yang serius atau berulang di bahagian yang sama. Atau kemalangan yang mencederakan struktur kulit.

Masalah pori yang besar juga boleh menyumbang kepada kulit muka berlubang yang lebih jelas.

Struktur Kulit

Kulit terdiri dari empat lapisan. Setiap lapisan mempunyai fungsinya sendiri.  Lapisan yang paling ketara menentukan bentuk luaran adalah lapisan derma, hypoderis dan otot iaitu bahagian yang mengandungi kolagen. Paras kolagen berkadar langsung dengan keanjalan kulit. Makdsudnya jika paras kolagen tinggi, maka kulit lebih anjal dan sebaliknya.

Kelembapan kulit juga faktor  penting untuk merawat parut berlubang. Kulit yang lembap pastinya lebih sihat dan membantu peredaran darah yang lebih baik untuk membekalkan nutrisi pada setiap lapisan kulit.

Produk-Untuk-Muka-Berlubang

Produk Untuk Parut Muka Berlubang

Parut muka yang berlubang sememangnya sukar untuk dihilangkan namun tidak mustahil. Rawatan yang konsistan pasti boleh mengurangkan parut berlubang.

Produk untuk memulihkan muka berlubang memerlukan rawatan luaran dan dalaman. Luaran adalah pengunaan skincare dan pemulihan kulit dari dalam memerlukan berapa vitamin.  Persoalannya produk muka berlubang yang bagaimana betul-betul berkesan?

Bagaimana Memilih Produk Untuk Parut Muka Berlubang- Semulajadi Dan Organik

Parut muka berlubang yang jelas kelihatan boleh dikurangkan dengan membaiki struktur kulit dari dalam, dan bukan hanya pengunaan skincare untuk luaran sahaja.  Apa pun, yang pentingnya setiap produk mestilah semulajadi dan organik agar tidak menjejaskan kesihatan.

1. Produk Untuk Parut Muka Berlubang – Dari Dalam

Protein– Membentuk sel-sel kulit baru dengan lebih baik, menguatkan otot-otot pada lapisan kulit. Pemilihan protein yang terbaik sangat penting, ini kerana kebnayakkan sumber protein mengandungi banyak kolestrol seperti daging.  Sumber ayam pula pada masa sekarang dicucuk dengan hormon.

Kolagen – Mengembalikan kandungan kolagen pada tahap optimum untuk pemulihan keseluruhan struktur kulit. Sumber kolagen yang terbaik sangat penting untuk memoptimumkan kadar serapan dalam darah.

Vitamin C – Merangsang penghasilan kolagen, Vitamin C sejenis vitamin larut air dan tidak boleh dihasilkan dalam tubuh. Sebab itu kita perlu mengambilnya dalam tempoh tertentu setiap masa.

Pengambilan Vitamin C untuk keperluan asas tubuh mungkin cukup dengan pengambilan dari sumber makanan seperti buahan dan sayuran, tetapi bagi penjagaan kecantikkan kulit sangat memerlukan vitamin C tambahan yang boleh dilepaskan berperingkat.

Zinc – Unsur yang ada di dalam sel seluruh badan dan diperlukan untuk system imunisasi.  Penting untuk semua aktiviti sel iaitu pembahagian sel, pertumbuhan dan penyembuhan sel. Sebab itu jika anda ada luka atau menjalani pembedahan, sangat sangat digalakkan untuk mengambil zink tambahan.

GLA – Penting bagi mereka yang berusia 40 an keatas . Pada ketika ini hormon wanita mula menurun. Hormon ini sangat penting untuk mengawal proses dalam tubuh seterusnya mengekalkan kesihatan dan kecantikkan kulit, bukan hanya untuk kesihatan sistem reproduktif wanita.

Antioksidan – Memelihara sel kulit dari radikal bebas. Sumber antioksidan yang terbaik seperti vivix juga berkesan untuk memulih sel-sel kulit yang rosak/luka sepenuhnya. Juga bertindak sebagai agen anti penuaan.

2. Produk Untuk PArut Muka Berlubang – Luaran (Skincare)

Penjagaan luaran  untuk pemulihan kulit berlubang dijamin sudah lengkap sepenuhnya dengan ‘full set YOUTH skincare-Repair Set‘, juga berkesan untuk merawat semua jenis masalah kulit muka.

Formula YOUTH dihasilkan oleh saintis dan pakar dermatologi. Mereka mengambil masa 8 tahun untuk menjalankan kajian sebelum dipasarkan.

Bahan yang digunakan adalah 100% semulajadi dan organik, hanya daripada tumbuhan, tiada sebarang bahan tambahan bahan kimia kosmetik seperti paraben (pengawet), SLS, pewangi. 1500 jenis bahan kimia diuji  untuk memastikan YOUTH benar-benar bebas daripada sebarang bahan yang memudaratkan.

Produk Untuk Parut Muka Berlubang – Berbeza Untuk Peringkat Umur

Berdasarkan pengalaman dan pengguna yang sudah menggunakan produk untuk muka berlubang Shaklee, keperluan vitamin dan skincare yang dicadangkan sangat dipengaruhi peringkat umur selain dari amalan yang konsistan.

Jika pada peringkat umur 20 an, anda tidak perlukan  ‘ubatan’ yang banyak. Cukup dengan skincare asas, manakala dalaman pula hanya pengambilan protein ESP dan vitamin C.

Untuk mereka yang berumur 30an keatas, perlu mengambil mengambil kesemua yang dicadangkan, kecuali GLA jika tiada masalah hormon. Manakala zinc juga hanya alternatif untuk penyembuhan luka jerawat dengan lebih cepat. Dan yang paling penting full set skincare YOUTH untuk membekalkan nutrisi secara terus kepada sel kulit wajah.

Dengan dua tindakan ini, iaitu suplemen dan skincare, pemulihan kulit muka berlubang pastinya memberikan kesan yang sangat berkesan. Perubahan boleh dilihat dengan jelas seawal 7 hari. >>TESTIMONI<<

Cara Penggunaan YOUTH Untuk Parut Muka Berlubang

Berdasarkan pengamalan Nora dan juga perkongsian customer yang dah berjaya memulihkan kulit wajah mereka, cara penggunaan yang sebetulnya akan memberikan kesan yang diinginkan.

Cara penggunaan YOUTH sedikit berbeza mengikut jenis kulit anda, contohnya untuk kulit berminyak dan sensitif, penggunaan serum tidak digalakkan diguna pada siang hari.  Banyak lagi tips yang lain akan dikongsi kepada anda jika memilih YOUTH untuk rawatan wajah bersama Nora.

Ini perkongsian mereka yang dah berjaya hilangkan parut dan lekuk jerawat dengan YOUTH, antaranya Puan Zawani, hanya dalam 8 bulan masalah jerawat dan lekuk diwajah hilang, bukan itu sahaja,  lingkaran gelap bawah mata berkurang dan kulit bibir juga kemerahan.  Bebas minyak dan sentiasa lembap

Produk-Untuk-Parut-Muka-Berlubang-2

Ada juga mereka yang berjaya hilangkan parut muka berlubang dengan lebih cepat. Kesan yang sangat jelas hanya dalam masa 3 minggu penggunaan YOUTH.

Produk-Untuk-Parut-Muka-Berlubang

Ini pula perkongsian dari Pn.Idayu, beliau menggunakan YOUTH dan juga suplemen seperti yang dicadangkan. Masalah kulit muka yang dihadapi sejak dari sekolah langsung tiada perubahan walaupun pernah mendapatkan rawatan dari pakar kulit.  Namun hanya dengan YOUTH dan suplemen dari Shaklee hanya dalam masa 13 hari sudah menampakkan perubahan yang sangat ketara menhilangkan parut muka berlubang.

Produk-Untuk-Parut-Muka-Berlubang-3

Perkongsian dari Nora sendiri, kesan YOUTH adalah yang terbaik dibandingkan jenama skincare antarabangsa yang lain. Bebas jerawat dan melicinkan kulit, lembut setiap masa.

Kesan yang paling dirasai tiada  lagi masalah blackhead dan white head. Kulit muka tidak berminyak ketika bangun tidur waktu pagi. Kulit dibahagian bibir pula kemerahan.

YOUTH juga boleh mencerahkan kulit yang kusam dan ‘sunburn’. Tapi jangan salah faham, YOUTH tidak bertindak memutih seperti sesetengah produk kecantikkan lain yang mengubah keadaan asal warna kulit.

Lagi >>Testimoni<< Pengguna YOUTH

 

Perlukan vitamin dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

2 Replies to “Produk Untuk Parut Muka Berlubang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *