Persedian Bersalin dan Berpantang Sendiri

Bagi ibu yang berpantang sendiri bukan bermaksud tiada sesiapa di sisi. Pastinya ibu perlukan si ayah menemaninya untuk minggu pertama berpantang, cuma tiada orang tua atau yang berpengalaman bersama. Tempoh berpantang 10 hari pertama adalah tempoh kritikal untuk pemulihan urat saraf ibu, sebab itu Persedian Bersalin dan Berpantang Sendiri perlu dirancang dari awal.

Persedian Bersalin dan Berpantang Sendiri

Waktu ini juga tempoh  untuk anak bebas dari kuning. Penyusuan secara eksklusif dapat mengatasi masalah kuning.Tetapi keberkesannya juga bergantung kepada pemakanan ibu yang berkhasiat. Oleh itu Persedian Bersalin dan Berpantang Sendiri mestilah dilakukan sebaiknya.

 

Perkara Wajib Disediakan Sebelum Berpantang Sendiri

Lakukan segala persedian sebelum bersalin seawalnya. Ini penting untuk memastikan ibu sempat menyediakkannya dan tidak kelam kabut:

  • Keperluan ibu seperti pakaian yang selesa ketika berpantang, bekung, barut, batu tungku.
  • Booking Confinemant lady bagi yang mampu atau tukang urut (wajib)
  • Suplemen / ubat ubatan
  • Keperluan barangan bayi

Tanggungjawab Si Ayah

Persedian Bersalin dan Berpantang Sendiri

Penjagaan Bayi

  • Sebenarnya tidak banyak yang perlu diuruskan. Cukup dengan memandikan bayi sekali sehari pada waktu pagi untuk seminggu yang pertama. Sediakan air mandian dengan suhu yang sepatutnya dan mandikan anak.
  • Persiapan bayi selepas mandi boleh dilakukan oleh ibu, ini kerana tidak memerlukan banyak pergerakkan. Cuma siapkan bayi iaitu pakaikan baju, ubat tali pusat, sapuan losyen dan lain lain. Barut bayi tidak di galakkan sehingga tali pusat tertanggal.

 

Penjagaan Anak Kecil

  • Jika mereka yang mempunyai anak kecil lain, perlu memastikan dalam tempoh berpantang mempunyai pengasuh jika ayah keluar bekerja. Ini sangat sangat penting untuk memastikan ibu terjamin dari segi pergerakkan dan juga emosi.

 

Penjagaan Ibu Dalam Pantang

  • Keperluan ibu yang mesti dipenuhi ketika ini adalah berurut dan bertungku, ini adalah satu kewajipan. Paling minimun 2 kali sehari atau 3 kali sehari perlu bertungku, seeloknya waktu pagi,  waktu petang antara pukul 3 4 petang dan malam sebelum tidur.
  • Pemakaian bengkung juga tidak boleh diabaikan. Untuk mudah dan senang dipakai memadai dengan menggunakan bekung ‘zip zap’. ibu boleh memakainya sendiri. Dapatkan juga khidmat bidan untuk mengurut, selalu 3 kali sesi urutan.
  • Dan yang paling penting keperluan dalaman ibu untuk memulihkan urat saraf yang rosak. Pengambilan vitamin lebih efektif dan mudah. Penting memilih suplemen kerana bayi seawal usia tidak boleh menerima jamu atau herba-herba yang panas untuk mengelakkan bayi dari kuning yang tinggi.
  • Pastikan ibu dapat rehat yang cukup untuk seminggu yang pertama.  Dapatkan khidmat tukang urut dan sediakan keperluan lain seperti mandian herba. Jika suami yang bekerja pastikan semuanya tersedia sebelum keluar waktu pagi.
  • Begitu juga dengan penyediaan makanan ibu. Suami perlu sediakan secukupnya sebelum keluar bekerja walaupun hanya masakan yang mudah.
  • Selain itu, pasangan perlu memberi sokongan moral, belaian, dan kata kata semangat untuk ibu menyusu anak. Semua ini mempengaruhi emosi ibu dan perlu dijaga sebaiknya ketika berpantang. Penting bagi suami bersama sama atau bergilir menjaga bayi pada waktu malam. Ingat para suami, menjaga isteri terutamanya ketika berpantang adalah tanggungjawab anda.
  • Isteri pula perlu mengingatkan suami secara berhemah. Perkara ini lebih baik jika dibincangkan sebelum berpantang. Ajarkan suami anda apa yang perlu dilakukan untuk orang yang berpantang.
  • Ketika berpantang perlu ambil tahu dan amalkan segala pantang larang ketika berpantang, dan kesihatan ibu berpantang.
Kesimpulannya tempoh berpantang anda akan lebih bermakna jika Persedian Bersalin dan Berpantang Sendiri di sediakan sebaiknya. Ingat, ibu perlu libatkan pasangan. Perkongsian ini saya lalui sendiri, Alhamdullilah semua berjalan lancar.

Keperluan Wajib Ibu Lepas Bersalin

Berpantang sangat penting untuk pulihkan tubuh ibu selepas bersalin, antara keperluan dalaman ibu berpantang adalah nutrisi lengkap dan ubat ubatan. Keperluan luaran pula terutamanya untuk kecutkan otot perut seperti berbekung, berurut untuk betulkan urat urat tersimpul, bertungku untuk keluarkan sisa darah dalam rahim. Kedua dua ini sangat penting untuk kembalikan kesihatan ibu.

Keperluan Wajib Ibu Lepas Bersalin
Persedian sebelum berpantang seharusnya dilakukan pada akhir trimester kedua atau seawalnya  sebelum sarat. Ini kerana jangkaan bersalin tidak selalunya tepat, ada ibu ibu yang bersalin awal dari tarikh jangkaan.  Jika tidak kemungkinan keperluan dalam pantang tidak dapat disediakan dengan baik lebih lebih lagi bagi ibu yang akan berpantang sendiri lepas bersalin.

Amalan  Berpantang Untuk Pulih Sepenuhnya

Kepada ibu yang berpantang kesemua amlan ini sebenarnya sangat memberi kesan kepada kesihatan kita dan bayi. Jadi cuba amalkan sebaik mungkin, minta tolong dan ajarkan kepada pasang apa yang boleh dibantu.

Menyusu Bayi
Menyusu sebenarnya bukan amalan tetapi keperluan untuk bayi, yang juga membantu proses pengecutan rahim, rasa mengigit atau berdenyut di bahagian perut adalah normal setiap kali bayi menyusu.
Memakai Stokin
Tapak kaki adalah bahagaian yang paling mudah masuk angin. Ibu digalakkan memakai stokin sebaik sahaja bersalin atau selepas selesai mandi wajib Wiladah.
 
Mengambil Vitamin Untuk Pulihkan Badan
Pengambil vitamin bukan hanya selepas bersalin, ketika hamil juga sangat digalakkan dan manfaatnya bukan sahaja untuk ibu, malah bayi dalam kandungan. Vitamin ibu hamil dan berpantang tidak banyak beza, tambahan untuk ibu hamil adalah zink untuk mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
 
Selepas bersalin, hospital akan bekalkan beberapa vitamin untuk ibu seperti Iron dan B Complex. Tetapi untuk dapatkan yang lebih lengkap dan semulajadi boleh dapatkan set berpantang  Shaklee. Jika ibu telah mengamalkan set hamil boleh diteruskan dengan tambahan zink sahaja.
Kesannya pasti badan lebih bertenaga dan cepat pulihMalah lebih efektif dalam menghasilkan susu badan. Bayi yang menyusu badan akan lebih kenyang, tidak seperti jamu jamu yang bersifat panas dalam dan menyebabkan kuning bayi semakin tinggi. Sebab itu selalunya jururawat akan mengingatkan ibu ibu agar tidak mengambil jamu atau herba selagi bayi ada kuning.

Memakai Bengkung

Ibu yang dah bersalin memang faham bagaimana keadaan perut selepas bersalin, menggelebeh dan berlipat, untuk kembalikan keanjalan perut dan membantu peranakan kembali ke saiz asal, ibu mesti rajin memakai bengkung.
Cara mudah hanya mengunakan bengkung ‘zip-zap’, mudah pakai dan mudah ditanggalkan, tetapi kesannya kurang sedikit dari bengkung bertali (yang dipakai dengan betul), dan pastikan dilapit dengan kain atau baju untuk mengelakkan kulit melecet akibat berpeluh. Jenis bengkung zip zap selalunya polimer yang tidap serap peluh.
 
Sekarang sudah ada macam-macam jenis bengkung. Ibu ibu boleh pilih mengikut kesesuaian sendiri. Untuk bengkung bertali memang memerlukan pertolongan, minta tolong suami atau tukang urut yang mengurut pada minggu pertama berpantang. Seterusnya boleh menggunakan zip zap bagi yang berpantang sendiri.
Bertungku
Amalan bertungku adalah wajib untuk ibu berpantang. Mulakan bertungku sebaik sahaja pulang dari hospital. Ini sangat penting untuk melancarkan pengeluaran darah beku dan proses pengecutan di dalam rahim . Lakukan 2 kali sehari paling kurang selama 2minggu selepas bersalin. Jika diabaikan dikhuatiri ibu berpantang terkena serangan angin atau bentang yang boleh menyebabkan sakit badan berhari-hari.
Sekarang sudah ada pelbagai jenis tungku dijual, kebiasaanya yang berbentuk panjang, tungku herba dan tungku elektrik, tetapi tungku yang paling selesa adalah tungku batu sungai yang dipanaskan, rasa lebih ‘kena’ diperut. Ini adalah dari pengalaman saya, tungku batu sungai juga adalah tungku orang dulu dulu. Bentuk dan berat yang sesuai untuk kita bertungku sendiri. Jangan lupa minta nasihat cara bertungku dengan betul dari tukang urut dan bahagian yang perlu bertungku.

Keperluan Wajib Ibu Lepas Bersalin
Berurut
Berurut sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Walau bagaimanapun perlu dilewatkan sehari dua untuk rehatkan otot otot badan selepas ibu meneran ketika bersalin. Tetapi tidak boleh dilewatkan, seeloknya selepas keluar dari hospital. Badan rasa lega sedikit bila diurut dan boleh lancarkan pengeluaran susu ibu, ini boleh mengelakkan dari payudara bengkak.
 
Ibu yang bersalin secara pembedahan juga boleh berurut  untuk keluarkan angin dalam badan tetapi elakkan mengurut di bahagian perut dan urut lebih perlahan daripada ibu yang bersalin normal.
Mandi Air Rebusan Dedaun
Kebiasaan mandi rebusan ini selepas mengurut, antara rebusan daun kunyit, serai wangi, daun limau purut, pandan dan beberapa jenis lagi. Ada juga dedaun mandian ini dijual dalam bentuk yang dikeringkan, lebih mudah direbus.
Gunakan air rebusan untuk mandi pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang. Atau boleh mengamalkan mandi air rebusan ini 1-2 minggu atau lebih, bergantung kepada individu. Setiap rebusan boleh digunakkan untuk 3 hari. Kesannya air rebusan  ini dapat mengembalikan kecergasan tubuh dan urat saraf.
Tidur dan Rehat Secukupnya
Tidur dan rehat yang cukup semasa berpantang adalah penting untuk mengelakkan rasa pening dan penat melampau. Biarpun ibu tidak melakukan kerja-kerja berat, badan ibu dalam proses penyembuhan akan mudah penat dan letih. Jadi, ambillah peluang semasa bayi tidur untuk rehat atau tidur seketika, tetapi tidak boleh tidur seharian setiap kali bayi tidur. Ini juga menganggu kesihatan ibu.
 
Jika bayi meragam perlu meminta pertolongan suami agar ibu berpeluang tidur. Tetapi bangun untuk menyusukan bayi 3-4 jam sekali. Rehatlah secukupnya untuk memastikan ibu terus bertenaga, cepat sembuh dan membantu pengeluaran susu sentiasa lancar.
 
Makan Makanan Yang Berkhasiat
Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan-ikan segar, ayam, sayuran hijau seperti kailan, pegaga dan sawi. Elakkan snek yang tidak sihat, tukar kepada kurma, kismis atau biskut kosong. Minum air yang banyak untuk memastikan badan kita tidak mengalami dehidrasi dan akan mengganggu penghasilan susu badan. 
Cara Makan Seharian
Cara makan juga sangat penting, terutamanya pengambilan nasi putih. Nasihat saya ibu perlu mengawal makan dengan cara mengurangkan kuantiti nasi tetapi boleh diambil lebih kerap, untuk mengelakkan perut mengelebeh, atau buncit. Jarakkan masa meminum air selepas makn. Ambil buah buahan sebelum makan.
Berpantang 100 Hari
Kebiasaanya ibu-ibu berpantang 44 hari, tetapi saranan dari mereka yang lebih berpengalaman perlu berpantang 100 hari dan mesti elakkan bersama suami untuk memulihkan peranakan dan kesihatan ibu. 
 
Semoga bermanfaat untuk ibu yang bakal berpantang atau sedang berpantang, juga ketahui perkara yang perlu dielakkan ketika berpantang iaitu pantang larang ketika berpantang

Pantang Larang Ibu berpantang

Pantang larang bagi ibu berpantang sebenarnya mengikut orang dulu dulu terlalu banyak. Dari segi pemakanan, penjagaan tubuh dan aktiviti harian. Walaupun kita berpantang sendiri perlulah cuba sedaya upaya amalkan yang sepatutnya supaya ibu pulih dengan cepat.

Pantang Larang Ibu berpantang

 

Penjagaan Tubuh dan Aktiviti Harian

Ibu jari kaki terlanggar

Jaga langkah supaya ibu jari kaki tidak terlanggar meja kerusi atau apa-apa objek keras. Jika terlanggar ibu boleh mengalami pendarahan yang banyak atau bentan. Berjalan perlahan lahan walaupun ibu tidak berasa sakit atau perit luka, untuk elakkan tersadung dan jahitan mudah terbuka.

 

Duduk mencangkung dan bersila

Elak dari duduk mencangkung untuk mengembalikan kesihatan peranakan. Duduk mencangkung semasa pantang boleh menyebabkan peranakan turun dan melemahkan otot-oto perut. Tidak kira bersalin normal atau secara pembedahan. Duduk bersila juga  boleh menyebabkan regangan pada jahitan, elakkan agar jahitan tidak mudah terbuka. Seeloknya duduk dengan luruskan dan merapatkan kaki ke depan.

 

Angkat berat

Ibu hanya boleh mendukung bayi yang baru dilahirkan, jangan sesekali mendukung atau mengangkat anak kecil lain atau barang yang berat. Kesan pada otot perut dan rahim ibu yang belum sembuh boleh menyebabkan peranakkan jatuh.

 

Bermain handphon

Bermain phone seperti ‘scroll FB’ terlalu lama sebenarnya menjejaskan saraf mata dan kepala. Nampak remeh tapi kesan ini dirasai selepas berpantang atau mungkin sebelum habis berpantang. Walaupun bosan tidak melakukan apa apa aktiviti, jangan sesekali mengunakan phone seharian.

 

Tempat sesak

Jangan sesekali berada di tempat awam selain dari klinik atau hospital dengan tujuan mendapatkan rawatan. Bukan sahaja untuk ibu malah bayi yang masih terlalu kecil untuk pencemaran dari luar. Sistem imum bayi terlalu lemah untuk terdedah dengan orang ramai. Kenduri, shopping mall, atau dimana sahaja yang sesak mudah dijangkiti virus.

 

Pemakanan

Walaupun mengikut ilmu perubatan moden, ibu bersalin tidak perlu berpantang,  Tetapi kita perlu melihatnya juga pada perubatan tradisional. Ini kerana ketahanan tubuh setiap individu berbeza.

Begitu banyak Pantang Larang Ibu berpantang yang diamalkan oleh orang tua kita dahulu. Kesannya mereka sentiasa sihat bertenaga walaupun lanjut usia. Selagi amalan ini tidak menganggu keperluan nutrisi ibu dan anak, tak salah kita amalkan juga.

 

Masakan

Tidak semua hidangan yang dimasak sendiri elok untuk ibu berpantang, elakkan dari mengambil lauk berminyak seprti rendang, kuah kacang (hidangan hari raya), laksa.

 

Ikan keli atau yang mempunyai bisa

Ikan  berbisa boleh menyebabkan turun darah atau bentan.

 

Makanan berubi

Jangan makan jenis ubi-ubian seperti keledek, keladi dan ubi kayu kerana badan mudah berangin dan perut kembung. Juga boleh mengganggu pencernaan ibu dan bayi yang menyusu.

 

Sayuran berjalar/sejuk

Antara sayur-sayuran sejuk ialah kobis, petola, kangkung dan cili. Pengambilan sayur-sayuran ini boleh menyebabkan ibu kembung dan sakit-sakit badan seperti demam urat. Begitu juga bayi akan mudah kembung. Tapi jika ibu bengkak susu elok panaskan daun kubis dan ditekap di payudara.

 

Buah buahan

Sama seperti sayuran, buah buahan yang sejuk dan berangin seperti duku , tembikai, rambutan, nangka tidak boleh diambil untuk kebaikkan urat saraf ibu dan juga perut bayi yang menyusu susu ibu. Disaran hanya mengambil seperti oren, epal, pear, kurma.