Kita boleh lihat orang disekeliling. Memang ramai yang makan banyak tapi tubuh kekal kurus langsing. Mereka yang gemuk pula sangat menjaga makan terutama kuantiti nasi. Ini kerana banyak lagi faktor lain atau Punca Obesiti Yang Ramai Tak Tau.
Fungsi dan Kebaikkan Ostematrix Shaklee
Bagaimana memilih kalsium premium? Pilihan yang tepat ialah kalsium yang mudah diserap dan hanya dari sumber semulajadi. Juga mengandungi mineral lain iaitu vitamin D, boron dan magnesium. Gabungan ini boleh mengoptimumkan fungsi kalsium. Fungsi Dan Kebaikkan Ostematrix Shaklee pasti yang terbaik dan diuji secara klinikal (kadar serapan) dalam membantu kekuatan dan kesihatan tulang.
Petua Cegah Gout Yang Berkesan – Kenal Pasti Puncanya
Gout adalah keradangan yang sangat menyakitkan sendi terutamanya di bahagian kaki dan buku lali yang disebabkan oleh pembentukan kristal asid urik. Bagi mereka yang pernah diserang sakit gout, antara Petua Cegah Gout Yang Berkesan yang boleh diamalkan adalah mengamalkan diet rendah purin. Bukan hanya diet seimbang. Makanan yang diambil juga mestila diteliti agar tidak menyumbang kenaikkan asid urik dalam badan.

Petua Cegah Gout Yang Berkesan – Kenal Pasti Puncanya
Penyebab gout adalah asid urik, manakala penyumbang asid urik pula adalah makanan yang mengandungi purin yang tinggi. Purin dihasilkan secara semulajadi di dalam tubuh dan juga terdapat dalam makanan tertentu.
Satu pertiga daripada asid urik dalam tubuh disebabkan oleh purin yang diperolehi dari makanan dan minuman. Jika diet harian mengandungi purin tinggi, tahap asid urik juga akan lebih tinggi dalam badan.Kesannya boleh mengakibatkan gangguan seperti gout atau batu ginjal.
Bagaimana Cara Nak Elak Gout?
Sekiranya anda pernah diserang gout, makanan yang dimakan sangat sangat memberi kesan, sama ada mengurangkan kesakitan atau menyakitkan lagi kesan gout. Oleh sebab itu, anda perlu teliti dengan makanan yang diambil.
Berikut adalah makanan yang perlu dielakkan.
1.Bir/Alkohol
Meminum bir adalah salah satu penyebab penyakit gout. Bukan sahaja meningkatkan kadar asid urik,tetapi juga menyukarkan badan untuk mengkumuhkan bahan ini daripada dalam.
2.Makanan Laut
Elakkan dari selalu mengambil makanan laut yang purin tinggi seperti kerang, ikan pari, ikan hering dan ikan tuna.
3.Daging Merah
Elakkan dari selalu memakan daging merah tetapi boleh diambil sekali-sekala. Daging pada bahagian kaki lebih baik kerana rendah purin dari bahagian lain.
Daging ayam turki dan angsa juga mengandungi purin lebih tinggi daripada jenis protein lain, jadi lebih baik dielakkan.
Ayam dan itik adalah pilihan yang paling selamat. Walau bagaimanapun, elakkan dari memakan kulit.
4.Hati
Elakkan apa apa jenis daging organ seperti hati, buah pinggang, limpa. Bukan sahaja purin yang tinggi tetapi juga kandungan toksin.
5.Minuman Bergula
Elakkan minuman manis dan kandungan fruktosa tinggi, seperti minuman soda atau minuman dari buah manis. Pemanis akan merangsang tubuh untuk menghasilkan lebih banyak asid urik.
6.Asparagus
Sayuran juga ada yang mengandungi purin yang tinggi. Asparagus, bayam, kacang dan cendawanmengandungi purin yang tinggi daripada sayur-sayuran lain. Tetapi ada kajian yang menunjukkan purin daripada sayuran tidak menyumbang kepada gout. Sayuran hijau yang lain membantu dalam membersihkan purin dari badan dengan lebih mudah.
Sebaiknya elakkan masakan yang bergoreng dan dipanggang. Masakan yang terbaik adalah stim, rebus dan celur. Ini bukan sahaja petua cegah gout tetapi baik untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Terdapat banyak makanan yang boleh dimakan jika anda mengikuti diet rendah purin. seperti roti, bijirin, dan pasta. Makanan lain termasuk:
- Susu rendah lemak, yogurt, dan keju
- Kopi (tanpa gula)
- Telur
- Kentang
- Sayuran hijau.
Sayuran berdaun sangat baik untuk membersih asid urik dalam darah, juga buah-buahan terutama buah sitrus yang kaya dengan anioksidan.
Makanan yang kaya vitamin C juga boleh membantu mengurangkan tahap asid urik. Tetapi tidak boleh berlebihan. Contoh buah ceri, ada kajian membuktikan dengan memakan ceri risiko serangan gout berkurang.
Minum 12 hingga 16 cawan air iaitu 2-3 liter setiap hari. Pilih jus, teh hijau dan amalkan >>>ubat gout<<< ini ketika gejala gout menyerang.
Apa Ubat Gout Paling Mujarab
Makanan harian kita sebenarnya mampu bertindak sebagai ubat gout dengan berkesan jika disiplin mengamalkannya. Ini kerana gout juga disebabkan oleh pemakanan harian. Ya, Ubat Gout Paling Mujarab adalah makanan harian kita sendiri.
Apa Ubat Gout Paling Mujarab
Antara ubat gout yang sangat mudah diperolehi dan diamalkan bagi rakyat Malaysia adalah:
1.Teh Hijau
Teh hijau mampu membantu untuk mengawal tahap asid urik yang tinggi di dalam badan. Sediakan teh hijau dengan secawan air panas. Biarkan Selamat 5 minit untuk teh mengeluarkan khasiatnya sebelum diminum. Amalkan setiap hari pada waktu pagi sebelum bersarapan. Kesannya sangat luar biasa dalam melarutkan kristal asid urik, dan membantu dalam merawat gout. Antara teh hijau yang terbaik dan dijamin ketulenan nya adalah cinch tea.
2.Lemon + Halia
Jus lemon segar ditambah hirisan halia sangat bermanfaat dalam melarutkan asid urik. Lemon mempunyai asid sitrik yang membantu mencairkan kristal asid urik dan mengurangkan kepekatan asid urik dalam darah. Ia membentuk kalsium karbonat yang mempunyai kesan meneutralkan pada asid urik.
Jus lemon adalah sumber yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C melindungi sel tisu penghubung di sekeliling sendi dan menghalang kerosakan pada sendi kesan asid urik.
Halia pula bersifat anti radang yang boleh membantu melegakan kesakitan dan keradangan. Campurkan dalam setiap minuman atau lebihkan dalam masakan
3.Epal Hijau
Malic asid yang terdapat dalam buah epal akan membantu meneutralkan asid uric dalam badan dan seterusnya mengurangkan kesakitan dan keradangan akibat gout. Jadikan epal hijau sebagai snek harian.
4.Serbuk Soda Penaik
Juga dikenali sebagai soda bikarbonat, juga berkesan merendahkan kadar asid urik dan mengurangkan sakit gout. Ia mengoptimumkan tahap pH dalam badan dan menjadikan asid urik larut dineutralkan oleh tubuh. Tambah setengah sudu teh baking soda dalam segelas air dan minum.
Amalkan 4 kali setiap hari. Jika anda penghidap penyakit darah tinggi, kurangkan hanya 3 gelas setiap hari. Tidak sesuai bagi mereka yang berumur 60 tahun keatas.
5.Air
Pengambilan air yang banyak sangat paling penting untuk mengoptimumkan proses peneutralan asid urik. Bukan sahaja mencairkan kepekatan asid urik tetapi menyokong fungsi buah pinggang untuk menghilangkan jumlah asid yang berlebihan dari badan melalui air kencing.
Jadi pastikan pengambilan air yang mencukupi untuk mengurangkan risiko serangan gout berulang. Paling kurang minum 2-3 liter kosong atau lebih setiap hari dan makan makanan kaya air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Semua bahan yang diambil untuk diminum boleh disapu sebagai ubat gout pada kawasan radang. Hampas teh hijau boleh ditempelkan dan dibalut. Begitu juga hirisan lemon dan halia untuk kesan yang lebih cepat.
Selain itu elakkan dari memakan makanan yang boleh memburukkan lagi kesan gout seperti makanan laut, udang, ketam dan kerang. Inilah antara Ubat Gout Paling Mujarab,
Alternatif Yang Sangat Dipercayai Dan Terbukti
Alternatif untuk kesan yang pantas anda perlu mencuba Vivix. Ramai yang sudah berjaya menghilangkan kesakitan gout dengan cepat. Ini kerana kandungan vivix yang sangat tinggi kandungan antioksidan untuk meneutralkan asid urik. Dan juga kandungan Resveratrol dan Polifenol untuk memulihkan sel badan yang rosak akibat asid urik. <<<<<<< Apa itu Vivix >>>>>>>
Antara testimoni yang berjaya bebas dari gout selamanya dengan Vivix.
Perlukan vitamin semulajadi, konsultan hubungi saya untuk bantu anda.
Nama : Norra@ Norrabiatul
ID Shaklee : 912061
Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120
Tips kuruskan badan dan sihat dengan berdetox – TURUN 5KG DALAM 7 HARI
Punca utama kegemukkan adalah lemak dan toksin dalam badan. Jadi bagaimana kita boleh kuruskan badan, 80% adalah diet dan 20% adalah senaman. Bagaimana diet yang berkesan untuk kuruskan badan?
Kenapa Kurus Tapi Tak Konsisten
Jadual Makan Harian Untuk DETOK
Tips Ketika BerDETOK
5 Tips Kempiskan Perut Yang Mudah Diamalkan
Antara tips kempiskan perut yang sangat berkesan jika konsisten adalah:
4 Cara Detok Usus Secara Semulajadi – Buang Kerak Usus
Jom kempiskan perut dan buang segala toksin dalam usus. Amalkan cara detok usus dengan air detok. Kebaikkan yang lain seperti lawas membuang, turun berat badan dengan berkesan. Ada juga sesetengah orang berkesan untuk menghilangkan jerawat.
Hasil Yang Lebih Berkesan
Air detok boleh diminum setiap masa mengantikan pengambilan air kosong. Setiap hari kita perlu mengambil air minimun 6-8 gelas sehari. Bagi mereka menghadapi sembelit boleh mengambil herblax, yang mengandungi daun senna bersama sama untuk mengatasi masalah membuang. Lawas dan mudah setiap hari
Herblax kaya dengan gabungan herba-herba yang juga mampu membuang kerak usus secara semulajadi, lembut tanpa rasa ‘gigitan’ pada perut. Kesannya perut lebih kempis dan badan lebih bertenaga.
Bagaimana Detox Paling Berkesan
Detox bahasa mudahnya menyahtoksin dalam badan. Tujuannya untuk pembersihan dalaman agar kita lebih sihat.
Apa Punca Toksin
Siapa Yang WAJIB Berdetok
Bagaimana toksin dibuang:
Bagaimana Detox Paling Berkesan
Kenapa perlukan makanan tambahan untuk kesihatan
Sumber Protein
Hakikatnya, hampir semua ayam daging yang kita makan disuntik hormon supaya cepat besar untuk lebih cepat dijual, lebih cepat untung. Kalau tak disuntik, ayam-ayam ni akan jadi lambat besar sampai bisnes penternakan bagi peternak tak balik modal.
Walaupun jaga makan macam mana pun, kita pasti akan makan daging-daging ayam ni jugak. Bayangkan berapa banyak bahan kimia yang dah masuk badan kita SELAMA INI…???
Sumber Mineral
Masa padi hanya boleh dituai 2x je setahun dulu, tanah-tanah sawah tu cukup masa nak kembalikan nutrisi-nutrisi tanah yang dah hilang tu. jadi, padi-padi yang terhasil masa tu bukan setakat boleh buat kita kenyang je, tapi juga boleh bagi cukup nutrisi.
Tetapi bila sampai 4x setahun, tanah tak cukup masa nak kembalikan nutrisi-nutrisi tanah. Baru kembalikan separuh nutrisi kita dah tuai. Akibatnya, walaupun hasil tuaian padi naik 2x ganda tapi nutrisi yang terkandung dalam setiap biji beras yang kita makan sudah makin kurang.
Begitu jugalah pada apa-apa jenis tanaman pun, sayuran dan buah buahan. Walaupun kita rasa macam banyak makan buah/sayur, tetapi nutrisinya dah jauh lebih berkurang.
Belum termasuk buah-buah yang harganya murah-murah tu banyak guna macam-macam pestisid, racun & bahan kimia. Contohnya, buah tembikai ada yang disuntik warna merah supaya isinya nampak baik sedap. Durian pula direndam pewarna kuning/hijau bagi nampak tertarik dan sebagainy.
Senaman
Dan bandingkan lah pula dengan berapa pinggan nasi lauk ayam yang kita dah makan untuk hari tu? belum termasuk air manis, kek berkrim untuk makan petang, atau menu extra kalori macam roti canai!!.
Bagi yang rajin bersenam tetapi suka buat kat outdoor, fresh air katanya. Tambahan pula nak bersenam dalam Gymnasium mahal. Namun, tahu tak ada macam-macam asap beracun kat udara kita sekarang ni? asap kilang, asap jerebu & asap kereta. Lagi-lagi bagi kita yang tinggal di pekan/bandar.
Kesimpulannya, walau pun kita cukup bersenam tetapi masih perlukan vitamin sebagai pendinding (tingkatkan imunisasi badan) untuk lawan macam-macam penyakit. Shaklee ada nutriferon untuk ini, kan?
Jika sudah cukup makanan seimbang pun perlukan vitamin untuk Detox. Sebab dah macam-macam benda tak elok yang kita terpaksa telan selama ni. Shaklee ada DTX & Set Detox!!!
Pendek kata, vitamin bukan lagi pilihan. Kita semua perlukan makanan tambahan untuk kesihatan bagi mencukupkan vitamin yang diperlukan badan.
Tambahan pula, kita hidup di zaman pengilang, petani & penternak yang sanggup buat apa saja nak untung banyak. Lebih parah, situasi ni akan jadi makin teruk sebab semua pun tak sanggup nak:
-> belanja lebih nak tapis asap asap kereta sampai bersih,
-> biar ayam-ayam tu membesar secara normal, biar kecik pun
-> kurangkan hasil tanaman supaya nutrisi tanah kembali pulih
Semua ini tak mungkin diubah melainkan kita membuat pilihan lain untuk kesihatan kita.
Jadi kita lah yang kena sihatkan diri sendiri dengan tak tinggal makan vitamin-vitamin ni. Tapi bukan bermakna kita akan sihat selamanya tanpa sebarang penyakit. Vitamin ni seperti insuran yang kita ada supaya risiko untuk kena apa-apa penyakit tu jadi lebih rendah. Dengan shaklee terbukti dalam kajian land mark study.
Shaklee juga menjadi pilihan angkasawan dan atlit olimpik. Ini membuktikan kebaikkan shaklee untuk semua.
Kesan Kekurangan Nutrisi
* kekurangan zat besi, zink dan asid lemak pati atau essential. Cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber daripada daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh, ia petanda anda terkena penyakit tiroid.
– Pecah Dibahagian Hujung mulut
* Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.
– Bibir kering dan pecah pecah
* Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu, ia disebabkan kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging dan produk susu.
– Kulit berminyak, pori besar dan merah.
* Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.
– Jerawat
* Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan Vitamin C. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak sayur dan buah-buahan. Atau GLA complex jika masalha jerawat disebabkan masalah hormon bagi wanita
– Rambut gugur dan nipis
* Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.
– Kelumumur
* Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain itu, kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/ oren, daging, ikan dan produk susu.
– Luka Lambat Sembuh
* Kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan bersumberkan susu