Set Kolestrol Shaklee – Berkesan Menurunkan Kolestrol Tinggi

Banyak produk yang dikatakan berfungsi untuk menurunkan kolestrol. Namun tidak diketahui keberkesanannya.  Berbeza dengan Set Kolestrol Shaklee – Berkesan Menurunkan Kolestrol Tinggi yang terbukti secara klinikal

Set Kolestrol Shaklee - Berkesan Menurunkan Kolestrol Tinggi

 

Langkah Mengawal Paras Kolestrol

Tubuh kita juga memerlukan lemak sebagai sumber tenaga. Tetapi perlulah seimbang diantara kolestrol LDL dan HDL. Kadar HDL mesti tinggi dari LDL. Untuk stabilkan paras kolestrol yang sihat, amalkan kesemua ini:

Diet Harian – Makanan  segar yang mengadungi kolesterol (dietary cholesterol) sebenarnya tidak memberi kesan buruk kepada kolesterol dalam darah. Masalah kolestrol (LDL) yang tidak sihat disebabkan makanan yang tinggi lemak tepu seperti makanan diproses. Pilih diet yang boleh membantu untuk stabilkan paras kedua-dua kolestrol.

Senaman – Aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh dan meningkatkan kadar degupan jantung. Keadaan ini membantu tubuh kita mengeluarkan LDL. Paling kurang bersenam selama 30 minit, naik tangga, atau melakukan kerja-kerja rumah.

Berat Badan Ideal –  Masalah berat badan menyumbang kepada risiko kadar LDL yang lebih tinggi.

Jauhi Rokok dan Alkohol –  Kandungan di dalam kedua-duanya boleh menyebabkan masalah kesihatan, kesannya tubuh kita tidak boleh bekerja secara normal untuk menstabilkan paras kolestrol.

Pengambilan Ubat – Ambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja. Ini kerana kesan ubat kolestrol seperti satin boleh menurunkan paras CoQ10 dalam badan, risiko batu karang hempedu, kesakitan otot. Jika anda mengambil satin, penting untuk mengambil CoQtroll (CoQ10).

 

Paras Kolestrol Yang Disarankan

Set Kolestrol Shaklee - Berkesan Menurunkan Kolestrol Tinggi

LDL

Low density lipoprotein, LDL adalah kolestrol ‘jahat’. Terdiri daripada 75 % kolesterol dan hanya sedikit protein. LDL yang berlebihan akan mengakibatkan pengumpulan lemak di dinding arteri. Julat normal bagi kolestrol LDL adalah < 3.3 mmol/l.

 

HDL

High-density lipoprotein, HDL adalah kolestrol ‘baik’.  HDL bertindak membuang kolesterol yang berlebihan dari sel dan dinding arteri dan membawa kolesterol kembali ke hati untuk dibuang. Paras HDL yang tinggi akan mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. Julat normal bagi kolestrol HDL adalah diantara 1.0 – 2.2 mmol/l.

 

Bagaimana Set Kolestrol Shaklee Membantu Turunkan Kolestrol Tinggi

Produk Shaklee bertindak secara semulajadi, namun sangat berkesan untuk membantu stabilkan paras kolestrol. Walau bagaimanapun jika anda sedang menerima rawatan perlulah merujuk kepda doktor anda terlebih dahulu.

Kesan yang mujarab juga bukan hanya disebabkan oleh pengambilan Set kolestrol Shaklee, namun dengan pengambilan konsisten Set kolestrol Shaklee dan mengamalkan tips yang disebutkan pasti membantu anda. Set Kolestrol Shaklee terdiri daripada:

                  Set Kolestrol Shaklee - Berkesan Menurunkan Kolestrol Tinggi

B Complex – Mengandungi Vitamin B3 (Niacin) membantu menurunkan kadar kolesterol. Juga bertindak menukarkan makanan kepada tenaga.

Garlic – Garlic merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah, antibiotik semulajadi.

Vitamin C – Sustained release Vitamin C juga boleh menurunkan kadar kolesterol dan menguatkan dinding arteri (melindungi tubuh dari radikal bebas)

Vitamin E – Bertindak sebagai antioksidan dan memperbaiki peredaran darah.

CoQtroll– Mengandungi CoQ10 (penting bagi yang mengambil ubat kolestro satin). Info lanjut fungsi dan kebaikkan CoQtroll

Omega Guard – Mengandungi Omega 3 (EPA dan DHA) untuk menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL dan menaikkan HDL. Omega guard adalah minyak ikan tulen yang berkepekatan tinggi dan prosesnya  sangat berbeza dengan minyak ikan lain dipasaran.

Phytocol-ST – Mengandungi Fitosterol tumbuhan yang bertindak menghalang kolestrol LDL termendap pada salur darah. 2 kali hidangan Phytocol-ST ini seperti yang disarankan akan membekalkan 2,000 mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.

Bagi mereka yang sudah mengalami komplikasi Kolestrol Tinggi seperti serangan jantung dan strok, sangat disarankan mengambil VIVIX untuk menyihatkan sel jantung dan otak.

Berminat untuk dapatkan Set Kolestrol Shaklee, boleh hubungi saya untuk ketahui cara yang betul untuk mengamalkannya. Atau pilihan terbaik dengan bajet dan keperluan anda.

Bagi mereka yang paras kolestrol normal, hanya perlu konsistan dengan Set Kolestrol Shaklee iaitu Omega guard dan B complex untuk kekalkan paras kolestrol yang stabil.

 

Set Kolestrol Shaklee

Fungsi dan Kebaikkan Omega Guard Shaklee

fungsi dan kebaikkan omega guard shaklee

Omega guard Shaklee adalah pati minyak ikan yang tulen dari sumber ikan laut dalam air sejuk. Antaranya sardin, mackerel, herring dan anchovies. Ini adalah ikan-ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi. Omega  guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Fungsi dan kebaikkannya hanya dengan satu sajian Omega Guard Shaklee sudah membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA. fungsi dan kebaikkan omega guard minyak ikanAsid lemak Omega-3 adalah lemak sihat atau ‘baik yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Fungsi dan kebaikkan omega guard (omega-3) juga mampu untuk:

 -menyokong kesihatan kulit
 -membantu penurunan berat badan.
 -meningkatkan sistem imun mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon.
Kajian membuktikan pengambilan Omega- 3 secara konsistan membantu untuk:
Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan suplemen Omega-3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari.
Untuk melengkap keperluan ini, setiap individu dewasa perlu mengambil 2-3 hidangan ikan seminggu, terutamanya ikan laut dalam, ianya adalah saranan yang optimum untuk memastikan pengambilan EPA / DHA yang mencukupi.

Kelebihan Omega Guard Minyak ikan Shaklee

Proses penghasilan minyak ikan Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini iaitu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Proses ini juga mampu menyingkirkan kesemua bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB  (polychlorinated biphenyl -merupakan bahan kimia industri  yang sangat toksik) dan toksin lain.
Kebanyakan pengeluar lain menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.
fungsi dan kebaikkan omega guard minyak ikan

Kandungan Omega Guard- Minyak Ikan Shaklee

Fungsi dan Kebaikkan Utama Omega Guard Minyak Ikan Shaklee 
Asid lemak – omega-3 merupakan asid lemak yang penting dan tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan hormon wanita yang berkait dengan PMS dan  kecantikkan kulit.
Mencegah penyakit saluran darah dan strok – DHA dan EPA boleh mengawal thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan perkembangan memori – DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine.
Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru – mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
Menentang kanser – kajian menunjukkan bahawa Omega-3 menentang keradangan sel dan boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) – Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan, mencegah arthritis sendi, memelihara fungsi-fungsi sendi dan menghalang gout dengan baik.
Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan – Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.
fungsi dan kebaikkan omega guard minyak ikan
American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz tapak tangan orang dewasa sebanyak dua kali seminggu. Pilih jenis ikan yang mengandungi tinggi omega-3. Ini dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

2 Sebab Kenapa Perlu Omega Guard Walaupun Ikan Sudah Diambil

Tidak semua orang makan ikan secara kerap dan cukup. Kesannya keperluan omega -3 akan berkurang.
Juga kemungkinan adanya risiko pencemaran yang terdapat dalam ikan biasa. Iaitu pencemaran dengan merkuri, plumbum atau toksin lain.
Disebabkan ini juga ramai yang beralih kepada suplemen minyak ikan sebagai jalan penyelesaian. Apabila minyak ikan diproses dengan betul, bahan pencemar boleh disingkirkan atau dikurangkan ke tahap di mana ianya tidak seharusnya menimbulkan risiko.

Kajian Setempat Kesan Omega-3

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia. Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza. Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis.
Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.
Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk & dalam menunjukkan ikannya mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpalan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Siapa Yang Tidak Digalakkan Mengambil Minyak Ikan?

Minyak ikan melincirkan salur darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan hamil yang sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.

Cadangan Pengambilan Omega Guard Shaklee 

Dewasa: Untuk penjagaan kesihatan : 2 kapsul sehari, 1 kapsul setiap kali ambil (sebelum atau sesudah makan). Untuk sakit tulang, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi : 2 kali sehari, 2-4 kapsul setiap kali  ambil
Kanak-Kanak: Untuk perkembangan dan tumpembesaran yang sihat cergas : 1-2 kapsul seminggu.
Sendawa bau hanyir ikan? Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan, disarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan atau bila perut kosong untuk elak sendawa hanyir,  fikirkan fungsi dan kebaikkan omega guard  lebih bernilai untuk kesihatan.
 

Bagaimana dapatkan Omega Guard dengan harga murah: 

Hubungi kami: Call/Whatsapp/Telegram – 019 7064120

Testimonifungsi dan kebaikkan omega guard minyak ikan shakleefungsi dan kebaikkan omega guard minyak ikanfungsi dan kebaikkan omega guard minyak ikan

Hubungi kami: Call/Whatsapp/Telegram – 019 7064120

3 Tips Sihat Cantik Secara Semulajadi – Wajib diamalkan untuk kekal awet muda

Kulit adalah organ tubuh yang terbesar. Organ yang sihat bermula dari tubuh yang sihat hasil dari gaya hidup yang sihat.  Ada 3 perkara utama untuk sihat cantik secara semulajadi iaitu pemakanan, bersenam dan suplemen semulajadi dan penjagaan diri. Juga faktor emosi seperti pengawalan stres dengan cuba senyum selalu. 

3 Tips Sihat Cantik Secara Semulajadi


Pemakanan

Pemakanan adalah perkara utama yang perlu dijaga untuk sihat cantik secara semulajadi. Kajian menunjukkan yang mereka yang makan lebih banyak gula dan makanan segera ada lebih banyak masalah jerawat. Melebihkan pemakanan serat daripada tumbuh-tumbuhan hijau pula boleh mengurangkan jerawat. 
Air yang di minum dengan cukup membantu badan kita menghasilkan peluh dan menyejukkan kulit yang panas. Terdapat juga laporan yang mengaitkan kekurangan air dalam badan akan menyebabkan pengeluaran lebih minyak dari kelenjar kulit. Sebab itu mesti jaga kelembapan kulit untuk elak minyak yang  menyebabkan masalah kulit berjerawat, kusam dan kering. Jadi amalkan:
1. Diet harian seimbang. Amalkan suku-suku-separuh. Hanya suku pinggan nasi atau karbohidrat. Suku pingan protein dan separuh sayur-sayuran hijau, ulam-ulaman, salad dan buah-buahan segar.  Jangan makan berlebihan.
2. Jangan tambah gula ke dalam makanan atau minuman. Elakkan susu pekat manis dalam minuman, teh tarik, milo yang sangat tinggi kandungan gula, dan minuman bergas.

3 Tips Sihat Cantik Secara Semulajadi
3. Kawal sukatan garam dalam makanan iaitu hanya satu sudu kecil sehari. Jangan makan makanan segera,elak makanan yang diproses di kilang untuk pemasaran besar-besaran sebab penuh dengan pengawet. 
  
4. Minum air kosong secukupnya. Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Tambah lagi bila bersenam. Untuk ibu menyusu minumlah 12 gelas sehari.
5. MerokokJangan merokok dan elakkan diri menjadi passive smoker yang menghidu asap rokok orang lain.
Kajian telah membuktikan yang menghidu asap rokok yang dihembuskan keluar (passive smoking) juga boleh mengganggu kesihatan kulit, terutamanya bagi kanak-kanak. Mereka yang merokok ada lebih risiko penyakit barah kulit. Ini bukan sekadar tips sihat cantik tetapi terbukti dengan kajian klinikal.
    

Bersenam

Manfaat bersenam terbukti dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikkan kulit. Liang roma yang tersumbat menyebabkan pembiakan bakteria punca kulit berjerawat. Apabila berpeluh, ini membuka liang roma dan mencegah nya daripada tersumbat.
3 Tips Sihat Cantik Secara Semulajadi

1.Berpeluh juga memberikan kelembapan moisturiser terbaik untuk kulit kita. Lebih kerap kita bersenam lebih sihat lah kulit kita, kekebalan immune sistem juga semakin baik., dan organ dalaman lebih sihat kerana lebih banyak lagi toksin dikeluarkan. 
2.Jaga berat badan iaitu turunkan berat badan jika berlebihan ke tahap yang sihat. Untuk masyarakat Malaysia, Body mass index (BMI) yang obesiti dan memudaratkan kesihatan ialah 27.5 ke atas. BMI berat badan berlebihan ialah 23 ke atas. 
3.Konsistan bersenam dengan kerap, iaitu 20-30 minit setiap hari. Bagi wanita jangan lupa mengamalkan senaman Kegel seumur hidup kita untuk mengelakkan masalah rahim jatuh atau tombong.
4.Selepas bersenam, dan selepas berhenti berpeluh, basuh muka dengan air biasa dan jangan biarkan peluh yang berlebihan yang mengandungi toksin dan bakteria yang dimusnahkan itu kering di atas kulit anda. Ini sangat berkesan untuk mereka yang ada atopic dermatitis atau ekzema (iaitu sweat management) dan boleh mencegah jerawat.
  

Suplemen Semulajadi

Suplemen adalah makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi/vitamin yang wajib untuk kulit terus anjal dan flawless. Nutrisi yang lengkap akan menyihatkan sel-sel badan tertermasuk suk organ kulit. 
Kenapa suplemen semulajadi ini penting? Ini kerana walaupun diet kita lengkap namun nutrisi  dalam sumber makanan tidak semestinya lengkap. Kandungan nutrisi dipengaruhi bagaimana sumber makan itu dihasilkan. Cara dan teknik masakkan. Jadi penyelesaianya hanya dengan suplemen semulajadi sebagai nutrisi tambahan. 

3 tips sihat cantik secara semulajadi

Jangan malas amalkan tips sihat cantik secara semulajadi ini, bukan hanya cantik tetapi sebenarnya ini semua penting untuk menjaga kesihatan tubuh juga, cegah penyakit.

Cara Detok Badan – Wajib Dengan 3 Perkara Ini

Ramai yang mengamalkan detox, tetapi tidak mengalami apa-apa kesan atau perubahan dalam tubuh mereka.  Detok bukan hanya untuk mereka mengalami masalah berat badan, tetapi semua orang dewasa. Bagaimana Cara Detok Badan yang betul untuk menyahtoksin dan menyihatkan badan kita.   

cara detok badan
Proses detok sangat dipengaruhi oleh pemakanan dan amalan gaya hidup. Pemakanan bukan hanya menu harian anda, tetapi juga  memerlukan makanan tambahan atau suplemen. Amalan gaya hidup pula bukan hanya aktiviti fizikal, tetapi termasuklah merokok, tekanan perasaan dan hubungan sosial. Kesemua ini termasuk amalan detok atau cara detok badan yang sangat penting.

Amalan Detok Yang Betul

1.Makanan dan Minuman

Secara umumnya jika melakukan detoks, hanya tertumpu kepada satu-satu perkara. Iaitu pemakanan atau air detoks. Sebenarnya lebih baik jika diamalkan bersama untuk kesan yang lebih pantas. 
Makan banyak serat seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran yang ditanam organik. Tukar beras kepada beras perang. Pilih sayur yang bersifat lebih alkali seperti kubis, brokoli, spirulina, chlorella, dan rumpai laut dalam menu detoks. Buahan pula seperti lemon, oren,  epal hijau dan anggur. Info lanjut cara detok badan yang betul
Minum air kosong paling kurang 2-3 Liter sehari. Sangat digalakkan meminum air detok setiap masa. Bancuh air detoks korang dengan resepi detok ini. Minum dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
Juga penting meminum  satu gelas besar air kosong sebaik sahaja bangun tidur di waktu pagi.

2.Supelemen Asas Dalam Detokfikasi

Ini adalah tiga suplemen asas yang utama dalam proses detoksfikasi:

Vitamin C, membantu badan menghasilkan glutathione, sebatian dalam hati yang berfungzi untuk memcerna toksin.
DTX complex, membantu proses regenerasi sel-sel hati untuk lebih sihat.
Ambil Herb-Lax, kebaikkannya membersih usus secara lembut dan menyahtoksin dalam usus.
Alfafa, berkesan untuk meneutral asid dalam tubuh.
 
Cara Detok Badan - Wajib Dengan 3 Perkara Ini
 

3. Aktiviti Harian

Bernafas secara dalam untuk membolehkan oksigen masuk dengan sepenuhnya.
Mengubah tekanan dengan menekankan emosi positif.
Amalan hydrotherapy seperti mandi air panas atau lebih baik melakukan sauna. Kesan sauna hingga berpeluh membantu pengaliran darah dan proses detok dalam badan.
Perkara paling penting bagi aktiviti harian ketika berdetok adalah bersenam. Amalkan senaman seperti Yoga, berenang atau apa-apa jenis senaman selama 1jam.

Kebaikkan Detok

Amalan berdetok secara amnya adalah amalan gaya hidup sihat yang sangat membantu untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Jika diamalkan secara konsistan ia mampu mencegah pelbagai penyakit seperti diabetes, masalah buah pinggang, jantung dan darah tinggi.
Cara Detok Badan - Wajib Dengan 3 Perkara Ini
Kesan berdetok bukan hanya pada kesihatan, tetapi kecantikkan wajah. Tubuh badan yang sihat akan menampilkan wajah yang berseri, bebas jerawat dan kusam.  Kesimpulannya, Cara Detok Badan  Wajib Dengan 3 Perkara iaitu, jaga pemakanan, bersenam dan suplemen yang terbaik.
                                                      Cara Detok Badan - Wajib Dengan 3 Perkara Ini
 
Jika masih ragu-ragu untuk berdetok, sila dapatkan panduan lengkap Cara Detok Badan yang disarankan oleh pakar nutrisi Shaklee dari MizzNorra secara percuma.
 
Hubungi MizzNorra Sekarang :  Call/Whatsapp/Telegram

7 Cara Atasi Tekanan Perasaan Yang Berkesan

Berdasarkan kajian, masalah kesihatan mental dan tekanan perasaan masyarakat Malaysia semakin meningkat. Masalah mental dan emosi berpunca jika cara atasi tekanan perasaan tidak diurus dengan sebaiknya.

 7 Cara Atasi Tekanan Perasaan Yang Berkesan

Bila dalam keadaan tertekan biasanya apa yang kita lakukan? Kalau minta nasihat dari sesiapa pun, biasanya mereka akan mengingatkan supaya “Ingat Tuhan, banyakkan mengaji, taubat’. Betul amalan ini boleh membantu, tetapi bagaimana untuk dapatkan kekuatan untuk bermula?

 

Tahukah anda, kajian membuktikan tekanan perasaan berkaitan dgn kekurangan EPA dan DHA di dalam badan kita? Dan B-complex yang memelihara saraf otak!!.

 

Kekurangan EPA dan DHA boleh menjadikan kita kurang fokus, dan sukar untuk bertenang.

 

Oleh itu amatlah penting untuk kita mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan Omega-3 yang mudah diperolehi dari omega guard

 

Juga beberapa vitamin lain untuk meningkat fungsi otak seperti magnesium, vitamin D dan C.

Vitamin ‘wajib’ untuk semua orang adalah Bcomplex, untuk memelihara saraf otak anda.

cara atasi tekanan perasaan yang berkesan

 

7  Cara Atasi Tekanan Perasaan Untuk Membantu Mengurus Emosi

Emosi boleh memberi pengaruh penting terhadap kesihatan fizikal, bukan sahaja mental. Sebab itu penting untuk menangani tekanan perasaan dengan berkesan dalam meneruskan kehidupan seharian.

Langkah Untuk Membantu Menguruskan Emosi:

    1. Ambil tahu bagaimana tanda mereka yang mengalami tekanan. Antaranya denyutan nadi laju, mulut kering, sakit perut, ketegangn otot, atau sakit otot mungkin menunjukkan sesuatu yang tidak kena dalam emosi seseorang.

     

    1. Luahkan perasaan dan fikiran anda melalui penulisan, apa yang anda rasa dan bila, ini dapat mengenal pasti corak emosi anda.

     

    1. Berkongsi masalah anda dengan orang yang dipercayai. Dapatkan pandangan mereka untuk ambil tindakan yang sewajarnya

     

    1. Sekiranya anda rasakan masalah berada di luar kawalan atau kemampuan, cuba kenal pasti semula punca masalah tersebut, untuk mengetahui apa yang boleh dielakkan atau dikendalikan. Ingat, jika memerlukan pandangan cari mereka yang boleh dipercayai dan menyanyangi anda.

     

    1. Tinggalkan perkara yang menganggu emosi anda pada masa itu dan lakukan apa-apa aktiviti lain untuk sementara waktu. Contoh berjalan kaki atau bersantai di taman. Juga cuba bernafas dengan tenang dan dalam

     

    1. Senaman dengan kerap untuk fizikal yang cergas dan lengkapkan nutrisi otak. Aktiviti fizikal yang kerap secara rutin baik untuk kesihatan fizikal dan emosi anda. Walaupun senaman sederhana seperti jogging 30 minit sehari boleh membantu mengurangkan tekanan.

     

    1. Meditasi dan bersantai di tempat yang tenang. Meditasi mempunyai pelbagai manfaat kesihatan lain, ia juga cara atasi tekanan perasaan yang berkesan.

     

    1. Sentiasa berfikiran positif. Cuba menerima apa yang berlaku dengan hati terbuka, Setaip perkara yang berlaku pasti bersebab. Fikirkan pasti ada hikmah setiap perkara yang ditakdirkan tuhan.

 

 
7 Cara Atasi Tekanan Perasaan Yang Berkesan

Setiap orang perlu tahu dan kenal emosi sendiri. Ini penting untuk menguruskan tekanan dengan sebaiknya agar tidak menjejaskan kesihatan. Ada kajian yang menyatakan stres boleh meningkatkan kadar asid dalam badan yang boleh mengundang pelbagai penyakit lain.

 

Jadi amalkan Cara Atasi Tekanan Perasaan, amalkan diet yang seimbang dan cukupkan keperluan nutrisi otak untuk sentiasa cerdas. Seterusnya berdoa dan berserah kepada tuhan setelah kita berusaha.

Testimoni Vivix- Fungsi dan Kebaikkan Vivix

Vivix berfungsi untuk memelihara dan membaik pulih sel/DNA dalam tubuh. Setiap organ dalam tubuh kita terbentuk daripada sel, apabila sel sihat, organ berada dalam keadaan normal dan tubuh pasti sihat. Sebab itu vivix berkesan dalam menjaga kesihatan yang menyeluruh. Ia dibuktikkan secara klinikal dan ribuan testimoni vivix.

testimoni vivix- fungsi dan kebaikkan vivix

Bagaimana Vivix Berfungsi

Kandungan utama dalam vivix adalah polifenol yang bertindak dalam pemulihan sel-sel badan. Fungsi dan kebaikkan vivix adalah membaiki sel DNA, kurangkan inflamasi sel, meningkatkan penghasilan tenaga sel dan elak akumulasi protein AGE. Dengan 4 mekanisme ini adalah lengkap untuk memelihara dan menyihatkan sel badan.

Kebaikkan Vivix

Vivix sangat baik untuk mereka yang menghadapi kencing manis, masalah jantung, buah pinggang, luka dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Vivix membantu membaik pulih fungsi sel tetapi tidak boleh mengatasi komplikasi serius kesan daripada penyakit tersebut. Maksudnya bagi mereka yang ada masalah kronik jangan salah anggap yang vivix mampu bertindak seperti ubat. Walaupun begitu banyak testimoni mereka yang sembuh dengan Vivix. Rawatan atau ubatan tidak boleh diabaikan.
Fungsi dan kebaikkan vivix mampu untuk menjaga tekanan darah, paras gula dalam darah (memastikan rintangan insulin berkurang) dan membantutkan pembentukkan protein AGE. Semua faktor ini adalah penyumbang kepada masalah kesihatan terutamanya fungsi organ dalam badan lemah, contoh masalah jantung, buah pinggang, mata rabun dan banyak lagi masalah kesihatan lain.
Walau bagaimanapun, kita wajib mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya jaga pemakanan, dan bersenam. Elakkan makan bergula dan kolestrol tinggi, lebihkan sayuran hijau dan buah-buahan. Juga jadikan senaman sebagai rutin paling kurang 30minit setiap hari. Ini adalah perkara asas dalam memelihara kesihatan kita.
  

Testimoni Vivix

testimoni vivix
testimoni vivix

testimoni vivx

testimoni vivix


Bagaimana nak dapat VIVIX DENGAN HARGA JIMAT, hubungi kami sekarang 0197064120

Ubat Mudah Berak Berkesan Yang Tak Menyakitkan

Sistem penghadaman yang baik bagi orang dewasa yang normal akan membuang sekali sehari, atau ada yang 2 hari sekali juga masih normal. Tetapi jika lebih sudah dikira menghadapi masalah sembelit dan perlu amalkan ubat mudah berak yang semulajadi ini.

Ubat Mudah Berak Berkesan Yang Tak Menyakitkan
 

Sembelit pastinya dipengaruhi cara pemakanan seseorang. Bagi mereka menghadapi masalah ini perlu mengambil berat bagaimana diet harian. Pastikan anda mengambil serat yang lebih dari mereka yang normal. Juga minum lebih air kosong. Jika masih sukar perlu mengambil makanan tambahan sebagai ubat mudah berak.

 

Masalah membuang ini tidak patut diabaikan atau dianggap remeh. Ini kerana segala penyakit bermula dari perut kita. Masalah penghadaman yang serius akan menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Ini kerana toksin yang terkumpul akan terperangkap seterusnya mudah mengundang penyakit.

 

Ubat Mudah Berak Yang Terbaik Hanya Dari Shaklee

Bagi atasi masalah ini, Shaklee adalah pilihan yang paling tepat. Ini kerana ubat mudah berak shaklee berkesan tanpa menyakitkan atau rasa perit memulas pada perut. Dan pasti hanya dari bahan semulajadi. Ia membantu anda membuang dengan mudah dan rasa pada perut.  Anda hanya memerlukan:

 

1.Herb-Lax

2.Ostematrix.

3.Lechitin

4.Alfafa

5.DTX

 

Herb-Lax

Herb-lax mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfafa leaves, senna leaves, anise seed blue, malva flower, bukhon bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed, culver’s root. Senna Leaves  telah digunakan sejak zaman Rasullah dalam masalah penghadaman. Ia juga bertindak membantu dalam proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak dalam usus.

 

Ramuan ini terbukti dalam membantu pembersihan usus secara lembut tanpa rasa yang menyakitkan. Kesannya juga meningkatkan penyerapan nutrien oleh usus pada tahap optimum.

 

Ostematrix

Lebih dari kalsium, formula ostematrix yang mengandungi magnesium dan boron membantu pengecutan otot obdomen perut dengan baik. Juga boleh melembutkan najis dan lebih mudah dibuang keluar dari badan

 

Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air besar.

 

Kalsium adalah mineral beralkali, dan ianya berkesan mengawal pH tubuh yang seimbang. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

 

Lecithin

Fungsi Lecithin adalah membantu mengemulsikan lemak untuk mencegahnya daripada melekat pada organ kita terutamanya usus. Juga mampu untuk melembutkan najis supaya lebih mudah dibuang.

 

Alfafa

Membantu anda untuk detoks secara konsisten dan mudah. Toksin di dalam badan anda akan dibawa keluar melalui najis dan air kencing.

Ia membekalkan Vitamin K dan serat yang berupaya untuk melindungi bakteria yang sihat di dalam badan.

 

Gabungan 4 suplemen ini disyorkan untuk mereka yang mengalami masalah usus atau sembelit. Setiap satunya memainkan peranan penting untuk melegakan sembelit serta membekalkan badan anda dengan nutrien yang perlu berfungsi dengan baik.

 

DTX Complex

Fungsi DTX adalah membantu regenerasi sel hati yang sihat. Jadi apa kaitannya dengan usus?. Hati menghasilkan air hempedu yang penting untuk mencerna lemak. Ketika makanan berlemak dicerna, air hempedu akan dirembeskan kedalam usus dan lemak dapat diproses dengan baik. Ini membantu sistem penghadaman anda.

 

Bagi ibu yang berpantang, perubahan dalam tubuh ibu selepas bersalin selalunya akan menyebabkan sembelit. Jadi atasinya dengan ubat mudah berak shaklee ini yang dijamin selamat untuk ibu yang menyusu, kecuali herb-lax tidak sesuai untuk bayi yang menyusu susu ibu.

 

Bagaimana Dapatkan Ubat Mudah Berak Dengan Diskaun 15-25%

 

Ubat Mudah Berak Berkesan Yang Tak Menyakitkan

 

Amalkan Tips Ini Agar Ubat Mudah Berak Yang Diambil Lebih Berkesan

  1. Minum banyak air kosong.

Kandungan air atau cecair yang tinggi dalam kolon akan menjadikan pergerakan ketika membuang air besar lebih lembut dan mudah.

  1. Makan lebih banyak serat.

Makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar setiap hari dalam kuantiti yang banyak. Terutamanya betik, nenas, plum.

  1. Senaman secara rutin.

Senaman  yang rutin bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh, malah menghindari segala penyakit termasuklah sembelit. Sistem pencernaan anda akan aktif dan normal. Contohnya berjalan kaki selama 20/30 minit setiap hari sudah boleh membantu atasi masalah ini.

  1. Jangan tahan jika hendak membuang

Ya, ini juga sangat penting, tabiat menahan sama ada membuang air kecil atau besar akan menyebabkan sensitivity akan menurun. Akhirnya ia kan menyebabkan bnajis semakin mengeras di dalam usus, membuatkan najis lebih besar dan lebih sukar untuk dibuang.

  1. Makan makanan kaya dengan magnesium dan kalsium

Jadikan makan harian anda kaya dengan gabungan kedua-dua sumber ini. Ia kan membantu otot usus untuk berfungsi dengan betul.

  1. Jaga pemakanan

Pilih makanan yang sihat dan elakkan makanan proses, pilih yang segar dan semulajadi tanpa pengawet untuk dapatkan nutrien dan serat untuk atasi sembelit dengan berkesan.

 

Perlukan vitamin, konsultan hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

 

 

Fakta!!! – Kesan Paraben Yang Sangat Mengejutkan Dalam Kosmetik

Kebanyakkan diantara kita hanya terdedah dengan bahayanya merkuri dalam kosmetik. Tetapi kesan Paraben juga sangat merbahaya. Apakah kesan sampingan Paraben? Jom kenali apa itu Paraben dahulu.

kesan paraben pada kulit
Parabens adalah pengawet yang digunakan secara meluas dalam produk kosmetik dan farmaseutikal (produk kesihatan, ubat). Ada juga dalam pengeluaran bahan makanan. Secara kimia, ia adalah siri parahidroksibenzoat atau ester asid parahidroksibenzoik (juga dikenali sebagai 4-hidroksibenzoat asid). Paraben berfungsi sebagai agen anti-bakteria atau anti-kulat yang menghalang mikroorganisma membiak.


Paling banyak penggunaan Parabens adalah dalam produk seperti kosmetik, losyen, deodorant, syampu dan skincare. Pastikan semua produk yang dibeli bebas dari perkataan paraben. Kos penggunaan Parabens adalah efektif untuk menjaga jangka hayat sesuatu produk. Tetapi kesan sampingannya pada kesihatan adalah serius.

Kosmetik

Methylparaben digunakan secara meluas sebagai pengawet dalam pelbagai produk kosmetik. Ia biasanya ditemui dalam kombinasi dengan paraben lain, seperti propylparaben dan butylparaben untuk memberikan kesan pengawetan yang baik. Kosmetik yang mengandungi metilparaben termasuk alat solek, produk penjagaan rambut, pelembap dan losyen, produk pencukur dan ubat gigi.

Farmaseutikal

Kesan pengawet methylparaben juga melindungi produk farmaseutikal dari tercemar oleh kulat (mikroorganisma). Antibiotik, steroid, ubat mata, penyediaan herba, dan banyak lagi produk farmaseutikal lain menggunakan methlparaben. Malah air penisilin juga mengandungi  methlparaben.

Makanan

Bahan-bahan untu penyedian makanan juga tidak terlepas dari Methylparaben, pengawet yang berkesan untuk melindungi makanan dari kulat,yis yang biasa tumbuh pada produk makanan. Methylparaben boleh didapati dalam makanan seperti krim dan pasta, jem dan jeli, sirap, sayur-sayuran yang diproses, minyak, perasa, produk tenusu dan minuman. Methylparaben sering digunakan untuk menghalang pertumbuhan bakteria Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan penyakit botulisme yang sering membawa maut.
  

Kesan Kesihatan Dengan Pengambilan Paraben

Ada yang menyatakan parabens bersifat estrogenik, yang menjadi faktor risiko kanser. Tetapi Institut Kanser Kebangsaan dan Persatuan Kanser Amerika, FDA tidak dapat mengesahkan fakta ini dan perlukan lebih kajian. Kedua-dua FDA dan Suruhanjaya Eropah mengisytiharkan paraben selamat untuk digunakan dalam kosmetik.

Kesan Sistem Endokrin

Kajian terhadap paraben metil, propil, dan butily boleh mengganggu fungsi sistem endokrin. Khususnya, aktiviti kelenjar dan pengeluaran hormon.
Kesan keatas bayi dan kanak-kanak pula seperti menggangu tumpembesaran, melemahkan fungsi sistem imun, masalah pembelajaran serta gangguan sistem pembiakan.

Kesan Pseudo-Estrogen

Pada tahun 2004, penemuan dari kajian yang diterbitkan dalam “Journal of Applied Toxicology” telah disiar menunjukkan bahawa paraben mungkin memainkan peranan dalam pembangunan jenis kanser payudara. Secara khusus, parabens bertindak seperti estrogen, yang boleh meningkatkan risiko wanita mengembangkan kanser payudara estrogen positif.
Penyelidik menjalankan ujian ke atas 20 contoh sampel tumor payudara manusia, yang mendedahkan paraben hadir dalam setiap sampel. Kajian ini adalah yang pertama untuk menunjukkan kesan pengambilan bahan-bahan ini secara luaran kepada sel tisu dalam badan. 
Tetapi tidak dibuktikan paraben adalah puncanya semata. 

Kesan Pembiakkan Lelaki

Penemuan dari beberapa kajian telah melaporkan jumlah sperma yang rendah serta penurunan kadar testosteron pada lelaki, dan disimpulkan bahawa hasil ini berkaitan dengan penyerapan parabens dalam produk komersial.
  

Fakta!!! – Kesan Paraben Yang Sangat Mengejutkan Dalam Kosmetik

FDA mengesahkan bahan kosmetik selamat dan tanpa kesan sampingan pada tahap sehingga 25 %. Ya, fakta ini dikeluarkan oleh FDA. Walau bagaimanapun kesan keatas kecantikkan dan kesihatan menunjukkan penuaan pramatang (Tua sebelum Usia) brlaku.

Produk kecantikan yang sepatutnya meningkatkan kesihatan dan kecantikkan kulit, tetapi dengan kandungan paraben ada  kajian mendapati kesannya akan mempercepatkan proses penuaan kulit.
Kajian oleh Universiti Perubatan Prefectural Kyoto di Jepun mendapati kesan penggunaan paraben metil akan meningkatkan kepekaan dan kerosakan kulit dengan pancaran matahari (UV) sel-sel kulit boleh mati lebih cepat daripada biasa.
Ada juga mereka yang sensitif dengan kesan paraben, kulit kemerahan kerana alahan dengan bahan tersebut.
Kita boleh lihat banyak produk skincare dipasaran yang meniklankan untuk  awet muda tetapi tidak berkesan malah ada yang menyakitkkan kulit anda. Sebab itu, produk kosmestik atau skincare yang diambil mestila  tanpa semua jenis paraben dan bebas 100% bahan pengawet lain. Bukan hanya untuk kulit tetapi kesihatan yang menyeluruh.

Jenis Toksik Dalam Kosmetik