Susu ibu bukan sahaja perlu banyak untuk keperluan bayi sihat, tetapi juga penting bernutrisi lengkap dan pekat. Ini penting untuk tumpembesaran bayi dan meningkatkan antibodi bayi. Apakah Resepi Banyakkan Susu Badan Dan Lebih Pekat yang berkesan?
Perlu Ke Milk Booster Untuk Ibu Menyusu? Milk Booster Sebenarnya Mengarut? Kebanyakkan milk booster adalah campuran ubat untuk merangsang hormon prolactin dan oxytocin. Ada yang dihasilkan daripada coklat dan gula-gula. Ada juga dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh.
Jaundis pada bayi baru lahir adalah normal. Tetapi bukan dalam masa 24 jam. Seramai 75% daripada bayi baru lahir mendapat jaundis. Sebab itu semua ibu bapa perlu ada ilmu Cara Nak hilangkan Kuning Bayi Sebetulnya.
Keadaan jaundis boleh dikenal pasti daripada keadaan mata dan kulit yang berwarna kuning. Untuk bacaan kuning yang lebih tepat hanya dengan pemeriksaan darah di hospital/klinik.
Bagaimana Jaundis Terjadi
Tubuh kita menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa. Proses pemecahan sel darah menghasilkan Bilirubin. Ini lah yang menyebabkan Jaundis. Bilirubin diproses dalam hati dan dibuang melalui najis dan air kencing.
Walau bagaimanapun, hati bayi yang baru lahir masih tidak matang dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Kesannya tahap Bilirubin bertambah dalam darah. Jadi jaundis akan meningkat.
Faktor Jaundis Pada Bayi
Lahir pramatang
Ibu ada diabetes ketika hamil.
Mengalami infeksi
Kekurangan GG6PD
Bayi yang tidak serasi dengan darah ibunya- ibu berdarah O
Boleh dikatakan kebanyakkan faktor ini adalah disebabkan masalah kesihatan ibu ketika hamil. Sikap ibu yang tidak mengambil berat dengan nutrisi ketika hamiluntuk pastikan bayi membesar dengan baik.
Bebas GDM
HB darah sentiasa normal
Berat badan seperti yang dicadangkan.
Bersenam
Jaga kebersihan dan kesihatan diri, elak sebarang jangkitan kuman
Tanda Bayi Dalam Bahaya
Jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir
Jaundis sampai pada bawah pusat bayi
Kaki tangan bayi kurang aktif, atau demam
Tidak mahu menyusu
Jaundis berterusan melebihi 14 hari
Najis bayi pucat atau air kencing berwarna teh.
Cara Nak hilangkan Kuning Bayi Sebetulnya -Tindakan Ibu Bapa
Dapatkan segera pemeriksaan dan rawatan doktor di klinik atau hospital.
Kerapkan penyusuan ibu
Elakkan menjemur bayi di bawah sinar matahari (risiko dehidrasi pada bayi)
Elakkan memberi/menitis sebarang jenis air yang dipercayai kononnya boleh turunkan kuning.
Apa Bahaya Jaundis Pada Bayi
Tahap Bilirubin yang tinggi boleh menyebabkan:
Pekak.
Kecederaan otak dan kematian otak.
Masalah pembelajaran apabila anak besar.
Kecacatan inteletual apabila besar.
Palsi serebrum.
Tindakkan Wajib Perlu Ibu Lakukan
Ibu perlu pastikan nutrisi lengkap diambil sepanjang hari. Ini kerana apa yang diambil oleh ibu, itu lah yang diterima oleh bayi. Nutrisi lengkap sangat penting untuk fungsi hati bayi cepat matang. Juga pastikan penyusuan yang terbaik dengan:
Pastikan susu pertama (kolustrum) diberi sebaiknya.
Menyusukan bayi secara eksklusif tanpa dicampurkan dengan susu formula jika boleh
Menyusu dengan kerap 2-3 jam sekali
Pastikan susu ibu berkualiti (pekat) dan penuh nutrisi untuk bayi membesar dengan sihat
Bayi disendawakan sebaiknya.
Elakkan Dari Memberi Sebarangan Minuman dan Makanan Lain
Terlalu banyak petua yang menyatakan boleh menurunkan kuning bayi. Antara:
Calitkan madu pada mulut bayi
Titiskan air buah anggur
Halwa kundur
dan lain-lain.
Bayi tidak perlukan semua tu. Usus dan perut bayi masih tidak boleh menerima apa-apa kecuali susu ibu, terutamanya bayi pramatang. Jadi elak risiko bahaya ini!!!
Kesimpulannya, Cara Nak hilangkan Kuning Bayi Sebetulnya adalah dapatkan rawatan doktor dan pastikan menyusu dengan kerap. Sangat penting pastikan susu ibu pekat, bernutrisi lengkap. Bagi mereka mempunyai susu badan yang banyak, boleh perah keluarkan susu sebelum mula menyusu bayi. Ini untuk pastikan bayi diberikan susu yang lebih pekat.
Setiap wanita impikan untuk kurus selepas bersalin dengan cepat dan kembali bergaya bersama simanja. Antara yang penting, ibu mesti jaga emosi dan tidak boleh terburu-buru. Apa yang ibu perlu lakukan?. Amalkan Tips Mudah Kurus Selepas Bersalin ini.Continue reading “Tips Mudah Kurus Selepas Bersalin”
Teknik penyusuan yang betul mampu menambah kuantiti susu ibu. Ini kerana susu ibu yang terhasil bergantung kepada keperluan bayi. Ikut Cara Berkesan Menstimulasi Susu Ibu seperti supplementary nursing system (SNS) teknik. Amalkan perkara yang boleh bagi keselesaan kepada ibu dan bayi agar penyusuan lebih baik.
Cara Berkesan Menstimulasi Susu Ibu
Cara Memegang Bayi Semasa Penyusuan
1.Kepala, badan dan punggung bayi berada dalam keadaan lurus dan selari. Belakang bayi sepatutnya stabil. Sekiranya perlu, pegang pada bahagian bahu bayi. Ibu jari di satu bahagian bahu dan jari jari yang lain dibelah bahu yang sebelah lagi.
2.Muka dan keseluruhan badan bayi menghadap payudara ibu.
3.Bayi perlu dipegang rapat dengan ibu tanpa sebarang halangan. Ibu tidak perlu membongkok bagi menghampiri bayi.
4.Keseluruhan badan bayi perlu disokong dengan tangan ibu ataupun bantal.
Posisi Penyusuan
Posisi ini melibatkan kedua dua ibu dan anak. Posisi ibu adalah mencari kedudukan yang paling selesa bagi ibu untuk menyusu. Posisi anak adalah cara selamat ibu memegang bayi. Tips:
Ibu dan bayi perlu selesa.
bahagian belakang ibu tegak dan tidak bongkok.
Gunakan beberapa biji bantal untuk menyokong bahagian belakang, kiri atau kanan bagi mendapatkan keselesaan ibu. Juga menampung bayi untuk kurangkan beban pada ibu.
Sekiranya menyusu dalam keadaan duduk, seeloknya lapik kaki dengan bangku kecil untuk keselesaan ibu.
** Nota: Penting untuk memastikan pernafasan bayi selesa dan tidak terhalang dengan payudara ibu. Tinggikan hanya sedikit kepala bayi. Posisi mengiring hanya sesuai untuk bayi 6 bulan keatas, bahayanya ibu terlelap dan bayi lemas ketika menyusu jika bayi yang tidak boleh bertindakbals/bergerak.
Memberi Susu Tambahan Di Payudara
Sekiranya penghasilan susu ibu kurang, aliran akan menjadi perlahan. Keadaan ini menyebabkan bayi tidak gemar menyusu dan ada yang tidak mahu menghisap.
Memberi susu tambahan pada payudara akan menggalakkan bayi untuk terus menyusu. Bayi akan terus menghisap kerana aliran susu yang mencukupi manakala ibu dapat menstimulasi susu daripada penghisapan bayi di payudara.
Ada beberapa jenis alat bantuan bagi memberi susu tambahan di payudara yang dijual di pasaran. Alat ini dikenali supplementary nursing system atau SNS. Susu tambahan diletakkan dalam botol khas dan tiub dilekatkan pada puting payudara ibu.
*Nota: Alat bantuan ini boleh dibuat sendiri tanpa belanja yang besar.
Tips Tambahan Menstimulasi Susu Ibu Yang Bekerja
Menyusu Dengan Lebih Kerap
Menyusu anak sebelum keluar bekerja
Menyusukan anak dirumah pengasuh semasa menjemput anak.
Menyusukan anka dengan kerap sebelum tisur.
Menyusukan anak dengan kerap pada waktu malam.
Cuti Untuk Menyusu (stimulasi)
Walaupun ibu dapat hasilkan susu dengan banyak ketika mengepam tetapi hisapan dari bayi adalah pam semulajadi yang boleh stimulasikan susu ibu.
Sekiranya susu ibu berkurang, ambil cuti jika boleh untuk menyusu bayi dengan kerap.
Cuti pada hari Khamis dan Jumaat, dan ibu dapat 4 hari termasuk Sabtu Ahad. Susukan anak sekerap mungkin mengikut kehendak anak. Keadaan ini boleh menambah aliran susu ibu.
Pelbagaikan Kaedah Memerah Susu Ibu
Tambahkan kekerapan mengepam dipejabat.
Memerah selepas sejam sesi penyusuan
Mengepam/memerah pada waktu malam
Tambahkan masa memerah 10minit untuk setiap kali mengepam
Memerah pada hujung minggu.
Amalkan power pumping iaitu sebelah menyusu anak sebelah mengepam adalah teknik menstimulasi susu ibu yang terbaik.
Perah susu 5-10minit untuk setiap 45minit ataupun setiap 1 jam
Makanan Tambahan Penggalak Susu (Milk Booster)
Penghasilan susu ibu juga dipengaruhi pemakanan seharian. Pemakanan yang lengkap mampu menambah kuantiti susu ibu disertakan dengan kaedah menstimulasi yang betul. Antara makanan yang boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu adalah:
Lobak putih
jantung pisang
Longan kering
bijirin
Kurma
Asparagus
Soya
Sayur-sayur hijau seperti sawi dan kucai
Pucuk bebuas
Lobak merah
Pucuk manis
Nutrisi atau vitamin yang lengkap akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan ibu. Oleh sebab itu penting ibu mendapatkan nutrisi selengkapnya. Cara mudah amalkan set penyusuan Shaklee, ini telah dijalankan kajian sepenuhnya mampu menjaga kesihatan ibu dan anak
Herba Bagi Membanyakkan Susu
Herba yang biasa disyorkan adalah halba ataupun lebih dikenali sebagai fenugreek. diluluskanoleh FDA (Food and Drug Administration) Amerika Syarikat.
Ia meninggikan paras prolaktin dalam aliran darah.
Cara pengambilannya adalah satu hingga empat kapsul (580mg – 610 mg), sebanyak tiga hingga empat kali sehari.
Kadangkala, ia didatangkan dalam bentuk daun teh yang senang diminum.
Kesannya dapat dilihat dalam masa satu hingga tiga hari, bergantung pada individu.
Apabila penghasilan susu sudah pulih, ibu boleh berhenti mengambilnya.
Pengambilan jangka panjang juga selamat dan tiada kesan sampingan yang serius.
Walau bagaimanapun, ia tidak digalakkan diambil oleh ibu yang mempunyai Diabetes Mellitus, mengambil ubat warfarin, ataupun alah kepada kekacang.
Di negara eropah, herba seperti goat rue milk thistle, dan alfafa sering dikaitkan dengan peningkatan susu ibu.
Ada dalam kalangan ibu yang mempunyai masalah penghasilan susu mendapati herba goat rue membantu mereka menghasilkan lebih banyak susu.
Walau bagaimanapun herba-herba Melayu ini tidak ada kajian membuktikan keberkesanannya. Kesannya tidak diketahui dengan jelas terhadap penghasilan susu. Juga tidak dipastikan kuantiti tertentu yang boleh membantu atau membahayakan bayi.
Pasti ada cabarannya bagi ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif. Tetapi semua ini akan jadi mudah apabila persediaan ibu sebaiknya. Penting keazaman seiring dengan tindakkan ibu dan Cabaran Menyusukan Bayi bukan lagi suatu halangan.
Cabaran Menyusukan Bayi
1.Tidak bersedia mental dan fizikal
Persedian perlu dilakukan sebelum mula bekerja. Belajar bagaimana cara mengepam, menyimpan susu dengan cara betul sejak dalam pantang. Susu yang dipam boleh dijadikan stok ketika baru mula bekerja. Ibu juga perlu menjaga kesihatan tubuh agar lebih bersemangat untuk mengepam. Jika ibu tidak kekok untuk mengepam cabaran menyusukan bayi secara eksklusif akan bertambah mudah.
2.Tiada pam
Sediakan pam sebelum bersalin, seeloknya dual pump untuk menpercepatkan proses mengepam. Ia sepatutnya ada dalam senarai barang wajib beli oleh ibu hamil. Pastinya membuatkan ibu bersemangat kerana telah berbelanja, juga sediakan cooler bag, milk plastic storage, ice pack. Jika tidak berkemampuan membeli pam, gunakan tangan dan pelajari iaitu teknik mermet dengan betul.
3. Pasangan atau keluarga tidak menyokong
Cabaran meyusukan bayi yang selalu dihadapi oleh mereka yang pertama kali menyusukan anak. Sedarkan suami atau orang terdekat untuk sama sama bagi sokongan agar bayi dapat yang terbaik. Walaupun anda kecewa, selalu fikirkan tentang kesihatan anak yang perlukan susu ibu. Kadang kala ada orang tua yang lebih percaya dengan susu formula berbanding susu ibu terutama jika bayi baru lahir asyik menangis. Alasan mereka bayi lapar, perlu ditambah dengan susu formula baru puas minum. Jika keadaan ini anda perlu tegas. Jelaskan pada mereka tentang ilmu dan kepentingan penyusuan.
4. Boringnya mengepam
Oh tidak!!! tiada istilah begitutau! Mengepam secara konsisten memainkan peranan penting mengekalkan kuantiti susu ibu. Jangan bagi alasan tiada masa atau malas hendak pam susu. Sebolehnya pam setiap 3 jam, 15-20minit. Paling kurang 3 kali atau 2 kali ketika di tempat kerja. Konsistenkan selang masa setaip kali mengepam, atau pam pada waktu yang sama setiap hari. Ini adalah cabaran menyusukan anak yang paling besar, iaitu diri ibu sendiri.
5. Susu tak banyak
Ya!!! Jika ibu tidak bersungguh. Sebenarnya susu ibu cukup untuk keperluan anak kita sendiri. Tapi perlu konsisten mengepam, jaga pemakanan ibu setiap hari. Insya Allah jumlah susu yang dihasilkan akan cukup.
Elakkan daripada bersikap sambil lewa. Fikirkn kebaikkanya untuk anak kita. Betul bukan mudah cabaran cabaran menyusukan bayi secara eksklusif tetapi asalkan ada kesungguhan ia bukanlah mustahil. Ramai ibu telah membuktikannya!Banyakkan berdoa dan rajin menimba ilmu tentang penyusuan seperti teknik mengepam, penuhi keperluan ibu ketika menyusu untuk milk booster dan juga kesihatan anak.
Kesan yang sangat disukai oleh ibu adalah dapat mengurangkan berat badan dengan pantas. Ya, dengan amalan yang betul, anda pasti boleh, saya juga telah hilang berat 15kg hanya dalam tempoh berpantang dan menyusu.
Penyusuan akan lebih bermakna dengan Produk Shaklee Untuk Ibu Menyusu. Kenapa? Jawapannya apa yang ibu makan itu lah yang akan diterima oleh bayi. Shaklee membekalkan nutrisi selengkapnya untuk ibu dan bayi secara semulajadi.
Manfaat Penyusuan Ibu
Bayi
Hilangkan jaundis bayi dengan cepat
Menjamin kesihatan bayi terutamanya usus dan kuatkan antibodi bayi
Eratkan hubungan anak dan ibu, deria bayi lebih cepat berkembang.
Emosi bayi lebih tenang
Ibu
Pengecutan rahim secara semulajadi dan lebih cepat
Mengurangkan berat badan dengan berkesan.
Set Produk Shaklee Untuk Ibu Menyusu
Pakej asas untuk menambah tenaga dan milk booster.
Pakej lengkap membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan ibu dan bayi
Pakej Premium dengan tambahan ostematrix dan omega guard. Kedua dua ini juga sangat pnting untuk kalsium ibu dan anak. Omega guard pula membekalkan DHA kepada bayi untuk perkembangan otak yang cergas dan cerdas.
Saya menyarankan set premium adalah pilhan terbaik untuk kesan yang optimum, Memulihkan kesihatan ibu, rasa lebih bertenaga. Juga manfaat yang paling saya suka rambut gugur berkurang. Kulit wajah lebih berseri.
Bagi mereka yang ada masalh berat berlebihan, ini juga pilihan tepat. Produk Shaklee Untuk Ibu Menyusu dan tambahan lecithin akan membantu anda kurangkan berat badan tanpa membahayakan bayi.
Cadangan Pengambilan Produk Shaklee Untuk Ibu Menyusu
ESP: Ambil 1-2 sudu besar waktu sarapan pagi yang dibancuh dengan air sejuk atau suam sahaja.
Tambahan 1-2 sudu besar pada waktu malam sebelum tidur bagi ibu-ibu yang tidak mengamalkan diet yang lengkap. Bancuhan ESP sebaikknya elak dari minuman manis. Alfafa: Ambil 2 tablet setiap waktu makan, 5 kali sehari. Maksimum 10biji sehari, pengambilannya bergantung kepada keperluan individu. Jika ibu mengalami panas badan kurangkan kuantitinya. Vita-C: Ambil 1 tablet pagi selepas sarapan pagi, 1 tablet selepas makan malam. B Complex: Ambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi Omega Guard: Ambil 1 tablet sehari selepas makan tengah hari, 1 tablet selepas makan malam. Ostematrix: Ambil 4 tablet sebelum tidur (penyerapan kalsium optimum waktu tidur)
Sebagai ibu yang bekerja pastikan keperluan mengepam dengan lengkap sebelum mula bekerja. ‘Dual pump’ lebih efektif untuk meningkatkan penghasilan susu. Mulakan proses mengepam dari tempoh berpantang, kerana ketika ini penghasilan susu sangat efektif, untuk kekalkan momentum ini pastikan proses mengepam dimulakn seawalnya.
Bagi saya ini waktu yang paling sesuai kerana kita tidak mempunyai halangan untuk mengepam dan simpan stok seboleh mungkin. Sentiasa berfikiran positf dan ikhlas, semua yang kita lakukan Insyaallah akan lebih mudah. Ini tips yang saya amalkan dan Alhamdullillah saya mampu menyusu anak sehingga 2 tahun.
Tips Tambah Susu Ibu
Penghasilan susu ibu memerlukan pemakanan yang seimbang untuk membekalkan nutrisi yg lengkap kepada bayi. Walau bagaimana pun teknik mengepam yang betul juga sangat penting, antaranya:
1. Tingkatkan kekerapan menyusu ‘direct feed‘ dan mengepam
Konsep susu ibu adalah ‘demand and supply’. Jika lebih banyak mengepam/menyusu maka lebih banyak susu ibu akan terhasil. Oleh itu ibu-ibu perlu menyusu atau mengepam 2-3 jam di siang hari. Waktu malam pula paling kurang 4 jam sekali…kejutkan bayi untuk menyusu atau pam susu sekitar jam 12am atau sebelum tidur dan selepas bangun tidur jam 6am kerana pada waktu ini hormon prolaktin adalah tinggi untuk menghasilkan susu. Tempoh mengepam yang ideal pula selalunya 20-30 minit untuk setiap kali pam. Ibu juga mesti mengikut tempoh mengepam dengan berdisiplin untuk mengelakkan kekurangan susu.
2. Teknik ‘Power Pumping’
Teknik ini adalah menyusu dan mengepam dalam satu masa. Amalkan selalu power pumping untuk meningkatkan pengeluaran susu (milk booster). Kalau tidak mampu setiap hari, paling kurang seminggu sekali. Waktu yang paling sesuai antara 12am-6am.
3. Minum banyak air
Pastikan air diminum 2-3 liter sehari, terutama sebelum dan selepas pam.
Minum dengan kerap tetapi kuantiti yang sedikit/berpatutatan.
4. Teknik Marmet
Teknik ini adalah mengeluarkan susu badan menggunakan tangan dengan kaedah urut/memicit. Selepas mengepam, ibu-ibu perlu melakukan teknik marmet untuk mengoptimumkan pengeluaran susu 100% berbanding hanya mengepam dalam 60%-70% sahaja.
5. Jaga pemakanan
Jagalah pemakanan kita seharian bukan saja untuk menghasilkan susu yang banyak tetapi juga susu yang berkhasiat untuk bayi kita. Kesihatan ibu juga mempengaruhi kuantiti susu yang dihasilkan.
6. Nutrisi Tambahan
Amalkan vitamin antaranya Set Premium Penyusuan Shaklee untuk melengkapkan nutrisi ibu untuk meperbanyakan pengeluaran susu dan menambah khasiat susu ibu. Ini sangat penting kerana diet harian kita selalunya hanya cukup untuk menampung keperluan tubuh ibu sahaja.
Dengan pengambilan vitamin ibu akan lebih bertenaga dan tidak menghadapi masalah untuk mengepam. Tahukah ibu kenapa ada sesetengah bayi yang menyusu susu ibu lambat tumbuh gigi? Ini kerana susu ibu kurang kalsium.
7. Doa
Ini antara yang terpenting, berdoa dan sentiasa berfikiran positif, minta dariNya agar cukupkan, murahkan rezeki anak kita.
Untuk kesan yang optimum amalkan nutrisi tambahan dan teknik mengepam yang betul. Dengan Set Penyusuan Shaklee ini sangat membantu untuk:
Susu pekat kekuningan
Tambah kuantiti susu
Bayi tidak meragam dan tidur lena kerana kekenyangan.
Kurangkan rambut gugur bagi ibu (selalu dihadapi oleh ibu menyusu kerana kekurangan nutrisi)
Badan lebih bertenaga, tiada lagi sengal-sengal badan akibat kekurangan kalsium
Kulit yang sihat, sentiasa lembap dan semakin cerah (ibu dan anak)
Ini adalah kebaikan yang saya perolehi selepas mengamalkan set penyusuaan ini. Setiap individu mungkin memperolehi kesan yang agak berbeza, cuba dan alaminya sendiri.