Komplikasi jantung tersumbat sangat serius iaitu serangan jantung yang boleh membawa maut. Ketika serangan jantung, pengaliran darah/oksigen kedalam jantung tersekat. Seterusnya menyebabkan otot jantung mula lemah dan mati. Amalan atau Cara Mengatasi Jantung Tersumbat yang berkesan pastinya mengikut saranan mereka yang pakar.
Promosi Vivix Shaklee Paling Murah pada 2018 boleh diperolehi sekarang. Harga Vivix Shaklee Paling Murah adalah diskaun 5% untuk pembelian twin pack. Atau dengan pembelian
Umumnya kita mengetahui sumber makanan mempunyai antioksidan dan nutrisinya. Namun kandungan nutrisi dan antioksidan setiap tumbuhan berbeza. Hanya tumbuhan tertentu yang mengandungi Sumber Antioksidan Tertinggi-Dalam Makanan Harian.
Manfaat Antioksidan Untuk Kesihatan
Antioksidan penting untuk melawan radikal bebas atau proses oksidasi dalam tubuh. Melindungi dan membaik pulih sel dari oksidasi. Kesan oksidasi yang tinggi akan menyebabkan kita mudah jatuh sakit. Dan lama-kelamaan menghidap penyakit kronik seperti kanser, masalah jantung, rabun dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Jadi sangat penting untuk kita ambil Sumber Antioksidan Tertinggi-Dalam Makanan Harian
1.Anti-penuaan
Antioksidan adalah agen terbaik untuk melindungi sel kulit untuk kekal sihat dan awet muda. Makan lebih antioksidan mampu mengurangkan kedutan dari usia anda. Contoh Vitamin C bukan sahaja melindungi kulit malah merangsang kolagen yang penting untuk kulit anjal.
2.Menguatkan Sistem Imun (antibodi)
Antioksidan seperti Xeno melindungi sel, menstabilkan fungsi tubuh untuk kekalkan kesihatan. Keberkesanan Xeno adalah melindungi tubuh daripda penyakit kronik.
3.Menjaga Kesihatan Organ Mata, Jantung Dan Lain-lain
Amalan memakan sayur dan buahan yang mengandungi tinggi antioksidan, dengan sukatan yang banyak akan memelihara kesihatan mata, jantung dan kesemua organ dalam badan.
Sumber Antioksidan Tertingi Dari Buahan
Pengambilan buahan bukan hanya membekalkan antioksidan, malah banyak nutrisi lain, termasuk juga serat yang penting untuk sistem penghadaman.
Buahan adalah Sumber Antioksidan Tertinggi – Dalam Makanan. Hampir semua buah memiliki kandungan Antioksidan yang baik untuk tubuh. Namun kandungan Antioksidan ini berbeza dalam setiap buah.
Contoh Buahan dengan Sumber Antioksidan Tertingi
Oren
Sumber antioksidan Vitamin C yang tinggi.
Anggur Merah
Kandungan antioksidan paling tinggi dalam anggur. Jenis anggur terbaik adalah anggur merah muscadine. Antioksidan seperti rasveratrol dan vitamin-vitamin lain, mangan serta kalium. Antioksidan yang terkandung strawberi dapat mengurangkan kolesterol.
Blueberry
Antioksidan Blueberry juga tinggi, ia termasuk dalam spesis anggur.
Manggis
Buahan tempatan yang tinggi antioksidan. Juga kaya dengan zat lain yang baik untuk kesihatan seperti Xanthone. Sebab itu jus manggis sangat banyak dikeluarkan dalam pasaran untuk kecantikkan.
Plum adalah sumber vitamin C dan kaya dengan serat. Sangt baik untuk mengatasi masalah sembelit.
Strawberi
Antioksidan yang terkandung strawberi dapat mengurangkan kolesterol.
Kajian Sumber Antioksidan Tertinggi-Dalam Makanan Harian daripada sumber buah-buahan.
Sumber Antioksidan Tertingi Dari Sajian/Masakkan
Sajian makanan dengan tinggi kandungan Antioksidan yang banyak bermanfaat untuk tubuh adalah makanan yang disediakan dari bahan-bahan alami yang mengandung vitamin Antioksidan.
Berikut sumber makanan yang mengandungi tinggi antioksidan:
1. Sayuran: Brokoli, bayam, tomato, daun bawang, dan asparagus.
2. Kekacang: Almond, walnut. Jenis kacang dengan kandungan antioksidan tertinggi.
3. Bahan masakkan: Bawang putih, bawang merah, cili, dan kayu manis.
4. Biji-bijian : Beras merah dan barli.
Walau bagaimana pun, ada kajian yang menyatakan nutrien dari sumber tumbuhan semakin berkurang, kerana zat mineral dalam tanah semakin merosok. Ini bermakna kandungan antioksidan juga berkurang.
Nutrien dalam tumbuhan bergantung kepada nutrien tanah. Bagaimana sayuran dan tumbuhan ini dijaga. Racun serangga, baja penggalak dari bahan kimia makmal, biji benih GMO dan pelbagai faktor lain yang boleh mengurangkan mutu dan kandungan antioksidan.
Suplemen Yang Mengandungi Sumber Antioksidan Tertinggi
Suplemen antioksidan sangat penting pda masa sekarang. Ini kerana sumber makanan kita sudah kekurangan nutrisi, tercemar dengan pestisid, ditanam dengan benih GMO, Genetically modified organisms. Semua ini menjejaskan nutrisi dalam makanan.
Hasil kajian oleh saintis Shaklee menghasilkan Vivix yang membekalkan Sumber Antioksidan Tertinggi yang diperlukan oleh tubuh. Vivix dihasilkan dengan gabungan Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu. Info Lanjut
Vivix sangat berbeza dengan suplemen antioksidan yang banyak dipasaran. Ini kerana Vivix mampu melindungi sel DNA dan melambatkan pemendekkan telomeres sebanyak 40%.
Vivix juga dipatenkan. Anda hanya boleh mendapatkan manfaat Vivix hanya dari Shaklee. Manfaat Vivix
Enzim pankreas bertindak mencerna protein haiwan dan mampu mencerna kot protein sekitar sel kanser. Ini penting untuk membantu sistem imum menjumpai sel kanser untuk dimusnahkan. Jadi Cara Mengatasi Kanser perlu mengurangkan protein haiwan dan lebih serat dari tumbuhan yang kaya dengan antioksidan.
Pengambilan protein haiwan yang tinggi menyebabkan enzim pankreas (trypsin dan chymotrypsin) berkurang. Kesannya sel-sel kanser tidak dikesan oleh sistem imun dan sel kanser mula membiak.
Faktor Pembentukkan Kanser Daripada Makanan
Satu bahan kimia dikenal pasti menyebabkan kanser pada haiwan makmal daripada beberapa makanan yang digoreng dan dibakar pada suhu yang sangat tinggi. Bahan kimia ini ialah arcylamide, ditemui oleh penyelidik Sweden dalam makanan yang tinggi dengan karbohidrat yang telah digoreng. Dan dipanggang pada suhu yang tinggi.
Amalkan penyediaan pemakanan yang sihat adalah Cara Mengatasi Kanser yang terbaik. Lebihkan serat tumbuhan yang mengandungi antioksidan/Xeno. Kurangkan makanan bergoreng (lemak), dipanggang dan pretein haiwan.
Diet harian yang berasaskan protein haiwan meningkatkan risiko kanser. 1/8 wanita US dikesan mempunyai kanser payudara. Wanita Malaysia pula 1/19.
Perokok Jepun per kapita paling tinggi tetapi kes kanser paru-paru paling rendah. Diet masyarakat Jepun adalah berasaskan tumbuhan.
50-75% kematian akibat kanser berkaitan dengan gaya hidupp atau tabiat individu tersebut.
30% kematian akibat kanser berkaitan dengan merokok.
30% kematian akibat kanser di Amerika Syarikat berkait dengan tabiat pemakanan yang buruk dan tidak aktif yang membawa kepada obesiti.
Risiko kanser boleh dikurangkan dengan meningkatkan pengambilan buahan dan sayuran serta mengurangkan makanan tinggi lemak dan gula.
Hasil Kajian Keatas Jenis-jenis Kanser
Kanser Payudara
Penyelidik memberi Rasveratrol kepada tikus bermula 7 hari sebelum mereka menerima suatu agen toksik yang mengakibatkan kanser payudara. Selepas rawatan 69 hari, keadaan kanser pada tikus yang menerima resveratrol berkurang 50%. Walau bagaimanapun, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa resveratrol melambatkan pembentukkan kanser, ia lebih berkesan pada peringkat permulaan dan promosi daripada peringkat perkembangan.
Kanser Paru-paru
Dalam satu kumpulan haiwan, faktor xeno yang diberi selama 32 hari selepas implantasi tumor malignant. Hasil yang diperolehi adalah tumpembesaran tumor terencat serta pembentukkan kapilari darah pada tapak tumor berkurang dengan berkesan.
Kesan selepas memasukkan resveratrol dan quercetin kedalam kaviti abdomen untuk merawat sel tumor dikawasan tersebut, didapati isipadu tumor berkurang 42% dan metastasis kepada peparu sebanyak 56%.
Kanser Kulit
Kajian keatas tikus tanpa rambut/bulu yang diberi resveratrol, tidak berlaku pembengkakan yang lazimnya terjadi jika didedahkan dengan cahaya UVB.
Kanser Kolon
Kajian menunjukkan negara yang mengamalkan pemakanan lebih protein haiwan seperti daging, lebih gula dan kurang bijirin, rekod kanser kolon yang jauh lebih tinggi.
Makan lebih 10gram tambahan serat sehari boleh mengurangkan risiko kanser kolon. Serat diperolehi dari tumbuhan yang kebanyakkan mengandungi tinggi antioksidan.
Kanser Prostat
Risiko kanser prostat adalah 5.1 kali kepada mereka yang mempunyai tahap darah IGF yang lebih tinggi dari normal.
Kesimpulannya, Cara Mengatasi Kanser adalah amalkan pemakanan sihat dan gaya hidup lebih aktif (cegah obesiti, kawal gula). Pemakanan sihat adalah lebihkan buahan dan sayuran yang tinggi antioksidan (xeno). Ini kerana faktor xeno seperti resveratrol bertindak menghalang kesemua tiga mekanisma pembentukkan kanser. Permulaan, promosi dan perkembangan kanser akan terhalang dengan antioksidan, anti keradangan dan anti angiogenik.
Umum mengetahui antioksidan sangat penting untuk memelihara kesihatan sel tubuh termasuk sel kulit. Begitu banyak suplemen antioksidan, namun bagaimana memilih Suplemen Antioksidan Untuk Kulit Awet Muda.
Fahami Struktur Kulit
Penting untuk kita faham struktur dan keperluan kulit untuk kekal awet muda. Bukan hanya dengan antioksidan kita dapat mencantikkan kulit. Ini kerana fungsi antioksidan lebih kepada melindungi, jika kulit kita sudah tidak bermaya, antioksidan yang diambil pasti kurang berkesan. Untuk memilih Suplemen Antioksidan Untuk Kulit Awet Muda dan berkesan kita perla tahu apa keperluan setiap struktur kulit.
Kulit kita terdiri daripada tiga lapisan:
1.Lapisan luar adalah epidermis iaitu keratin keras.
2.Lapisan tengah adalah dermis yang terdiri daripada kolagen, fibroblast dan gentian elastik. Ia penuh dengan hujung saraf dan salur darah yang membekalkan nutrien kepada epidermis. Juga mengandungi kelenjar sebum (kelenjar minyak) dan kelenjar peluh.
3.Lapisan bawah terdiri daripada sel-sel lemak yang merupakan tisu subkutaneus.
Kesihatan dan kecantikkan kulit sangat berkait antara ketiga-tiga lapisan ini. Ia saling bergantung untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikkan kulit.
Jenis-Jenis Antioksidan
Vitamin E
Vitamin C
Beta-karoten
Selenium
Manganase
Zink
Coenzime Q10
Asid lemak
Fucoidan
Phytochemical tumbuhan dan lain-lain.
Makanan Yang Kaya Dengan Antioksidan
Sumber makanan yang mengandungi tinggi antioksidan adalah daripada tumbuhan. Phytochemical tumbuhan seperti Krotenoid dalam tomato, lobak. dan bayam, Flavonoid dalam anggur, beri, epal. Glutathione dalam sayur hijau hijau. Isoflavone diperolehi dari kacang pea, kacang soya. Phenol banyak dalam anggur, beri, teh. Semua ini adalah antioksidan semulajadi yang sangat berguna. Antara makanan yang mudah diambil untuk dapatkan antioksidan adalah:
1.Dark Coklat
Dark coklat mengandungi antioksidan yang terdiri daripada flavanol dan polifenol.
Satu kajian popular yang dijalankan oleh pakar Harvard menunjukkan bahawa dark coklat adalah baik untuk jantung terutamanya yang mempunyai koko 70%. Masalah sekarang kebanyakkan coklat mempunyai campuran gula yang tinggi.
2.Kekacang Panggang
Semua jenis kacang hitam, pinto, merah adalah sumber tinggi antioksidan. Kacang juga kaya dengan protein yang meningkatkan kesihatan otot, sedikit lemak baik HDL. Campuran dengan bijirin akan menjadikannya protein yang lengkap.
3.Kismis
Kismis mengandungi sekurang-kurangnya tiga kali jumlah antioksidan seperti anggur. Kismis gelap mengandungi antosianin yang merangsang tenaga.
4.Barli
Barli mengandungi antioksidan yang tinggi menjadikan anda lebih bertenaga dan menyejukkan badan dari dalam. Biji-bijian seperti barli yang direndam dapat meningkatkan tahap antioksidan dan mudah dihadam untuk tubuh kita menyerap nutriennya.
5.Brokoli
Brokoli adalah salah satu sumber antioksidan terbaik seperti karotenoid lutein, zeaxanthin dan beta-karoten.
6.Tomato
Tomato mempunya tiga jenis antioksidan iaitu Lycopene (yang memberikan tomato warna merah cerah), Vitamin C dan Vitamin A. Vitamin C adalah salah satu jenis antioksidan yang paling kuat. Lycopene dalam tomato hanya boleh diserap oleh tubuh jika dimasak terlebih dahulu. Manakala Vitamin C juga boleh diperolehi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran lain.
7.Walnut
Pakar mengesyorkan kita perlu mengambil kekacang sekurangnya 30 gram setiap hari. Kacang walnut bebas kolesterol, rendah natrium dan kaya dengan antioksidan (polifenol).
Kenapa Suplemen Sangat Penting Untuk Kulit Cantik
Kajian oleh pakar nutrisi Dr Sonhee Park (Ph.D., CCRP), Senior Research Scientist in Research & Development, membuktikan tidak ada menu yang lengkap dengan kesemua nutrisi dan antioksidan untuk kulit sihat cantik dan berseri dari dalam. Anda akan terlebih kalori jika mengambil kesemua nutrisi yang diperlukan badan.
Juga sumber nutrisi yang diperolehi kebanyakkannya mengunakan racun perosak/pestisid iaitu punca radikal bebas dalam badan.
Alternatifnya kita perlu mengambil Suplemen Antioksidan Untuk Kulit Yang Berkualiti bagi melawan radikal bebas, membekalkan nutrisi secara optimum untk kekal awet muda. Inilah dia Dr.Sonhee yang kekal awet muda dan bertenaga di usia 63 tahun (Shakleebaby roadshow 2017). Belia adalah pengamal tegar Shaklee sejak muda.
Bagaimana Memilih Suplemen Antioksidan Untuk Kulit Yang Berkualiti
Jawapannya pasti adalah Shaklee. Kesemua suplemen ini dihasilkan dari ujikaji secara klinikal. Formulanya berasaskan sains yang terbukti menyihatkan dan mencantikkan kulit seluruh badan. Bebas sebarang bahan pengawet, gula, dan perisa tambahan. Bahan-bahan ini adalah punca radikal bebas dan boleh merosakkan antioksidan anda.
Protein – Sumber protein yang lengkap penting untuk pembaharuan sel kulit. Antara protein terbaik adalah soya (bebas lemak). Soya mengandungi Isoflavone, sejenis antioksidan daripada tumbuhan.
Kolagen – Kolagen adalah satu lapisan di bawah permukaan kulit. Kolagen bertindak menganjalkan struktur kulit dan menyokong kulit untuk lebih sihat.
Vitamin C– Merangsang penghasilan kolagen dan bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel kulit dari radikal bebas.
Vitamin E– Sumber antioksidan untuk menjadikan kulit sihat dan cerah, lembap semulajadi.
Vivix – Antioksidan yang tertinggi, bukan sahaja melindungi sel kulit, malah mampu memulihkan sel-sel yang telah rosak. Bagaimana vivix bertidak sebagai antioksidan yang terbaik dialaf ini? Jom ketahui lebih lanjut
CoQtroll– Manfaat utamanya adalah membekalkan CoQ10, sejenis antioksidan yang penting untuk mitokondria sel, iaitu diperlukan oleh sel untuk menghasilkan tenaga. Serta bertindak melindungi kulit daripada sinar UV.
Tambahan Untuk ‘Makanan Sel’
GLA – Menstabilkan hormon yang bertindak merangsang kesegaran dan kelembapan kulit dari dalam.
B-complex – Menukarkan makanan kepada tenaga dan memelihara sel saraf. Mmebantu dalam memproses lemak/kolestrol dalam badan.
Perlukan vitamin/antioksidan, hubungi saya untuk bantu anda.
Vivix merupakan Penemuan Terbaik Untuk Kesihatan Menyeluruh. Penggunaan Vivix Shaklee secara konsisten mampu untuk mengaktifkan pertahanan sel, meneutralkan radikal bebas dan memperlahankan perkembangan protein AGE yang merosakkan dan menyebabkan penuaan sel. Melindungi dan membaiki DNA (Telomeras).
Terbukti pengamal Vivix Shaklee mempunyai kadar pengurangan/pemendekkan telomeres 40% lebih rendah.
Bagaimana Vivix Shaklee Bertindak
Kandungan Vivix mengandungi kesemua Polifenol yang 13x lebih berkuasa daripada resveratrol sahaja, ia mampu menghasilkan 4 mekanisme utama dibawah:
1. Pertahanan sel/DNA (CELL DEFENSE)
Vivix Shaklee berupaya mempertahankan sel dari kerosakan biological. Kerosakan ini adalah perkara normal bagi setiap orang dengan pertambahan usia dan faktor-faktor sekeliling. Contoh, pemakanan yang diambil seperti makanan diproses yang mengandungi perisa, pewarna, pengawet. INI SEMUA MENYEBABKAN STRESS BIOLOGI KEPADA SEL BADAN.
Contoh lain yang dikaji, selepas makan makanan berlemak tinggi (biological stress), sel-sel badan akan bertindak menghasilkan biomarker tertentu sebagai respon kepada makanan yang tinggi lemak tersebut.
Biomarker adalah indicator kepada biological stress. Lagi tinggi biological stress, lagi banyak biomarker akan dihasilkan dan lagi cepat sel-sel badan kita mengalaami kerosakan/penuaan.
Polifenol dalam Vivix Shaklee akan menahan biomarker dari dibebaskan, jadi sel-sel terselamat dari tindakan biomaker tersebut, maka lambatlah penuaan sel-sel badan.
2.Baik Pulih Sel (CELL REPAIR)
Vivix Shaklee juga berupaya membaik pulih atau merawat sel/DNA (Telomeras)danmelindungi sel dari kerosakan. Contoh selyang rosak adalah sel kanser, kesan dari serangan diabetes, stroke. Pemulihan sel dan ditambah dengan rawatan perubatan yang betul mampu memulihkan pesakit. Kesihatan sel adalah asas kesihatan.
3.Tenaga sel (CELL ENERGY)
Pusat penghasilan tenaga dalam sel adalah mitokondria,Vivix terbukti meningkatkan penghasilan tenaga dari peringkat mitokondria lagi. Proses oksidansi juga berlaku dalam sel. Oleh sebab itu bahan antioksidan yang tinggi akan membantu sel sel melawan radikal bebas agar terus sihat.
4.Halang AGE protein (CELL AGE Protein)
Polifenol dalam Vivix Shaklee memperlahankan perkembangan AGE protein dan meperbaikikeupayaan sel. AGE protein adalah penyebab penuaan dan kerosakkan sel badan. Makanan yang diketahui menyumbang kepada peningkatan AGE protein seperti protein haiwan yang dimasak secara bakar. Kesannya masalah kesihatanseperti kencing manis dan penyakit kardiovaskular.
Kesimpulannya, jika 4 mekanismes diatas dalam keadaan baik, maka kesihatan tubuh kita secara menyeluruh lebih terjamin. Pastinya anda bebas dari penyakit berbahaya seperti Kanser, Diabetes, Masalah Jantung, Buah Pinggang dan banyak lagi.
Proses pengekstrakan Vivix adalah diPATEN kan. Ini bermakna hanya Shaklee yang boleh mengeluarkan ramuan seperti ini. Ia mengandungi polifenol bioaktif semulajadi dan formula yang lebih seimbang serta berkesan untuk melindungi DNA/sel sel badan. Kebanyakkan suplemen lain hanya mengandungi resveratrol sahaja tetapi Vivix Shaklee mengandungi kesemua polifenol termasuk resveratrol yang menjadikannya unik dan terbaik.
Terlalu banyak jenis-jenis kanser pada masa sekarang, antaranya kanser limfoma, kanser darah (leukimia), kanser rahim, kanser usus, kanser otak, kanser tulang dan banyak lagi. Boleh dikatakan setiap organ manusia berisiko diserang kanser. Bagaimana langkah mencegah kanser?. Adakah dengan Pemakanan Cegah Kanser – Vivix Shaklee berkesan.
Bagaimana Kanser Terjadi?
Kanser terjadi apabila sel-sel normal bertukar menjadi abnormal kerana mutasi atau kelainan DNA yang berulang ulang akibat daripada serangan agen penyebab kanser yang dikenali sebagai karsinogen.
Antara contoh karsinogen ialah asbestos dan asap rokok. Agen-agen radioaktif seperti sinar gama juga boleh dikelaskan sebagai karsinogen.
Bahan-bahan karsinogen sebenarnya banyak digunakan dalam bidang industri. Aspergillus flavus yang digunakan dalam penyimpanan bijirin, kekacang dan juga mentega kacang merupakan contoh karsinogen mikrobial yang sangat kuat yang digunakan.
Tubuh individu yang sihat mampu untuk memperbaiki kerosakan DNA atau pun mematikan sel-sel yang sudah rosak. Tetapi individu yang lemah tidak mampu untuk memperbaiki kerosakan DNA tersebut.
Akibatnya kerosakan itu berulang-ulang dan akhirnya sel yang tidak normal itu menjadi sel sel asing dengan menjadikan tubuh pesakit sebagai tempat membiak. Sel inilah yang merebak dan membentuk kanser.
sumber exciteindonesia
Bagaimana Langkah Mencegah Kanser?
Pencegahan yang boleh diambil adalah menjauhkan diri dari faktor penyumbang kanser iaitu Karsinogen dalam pemakanan dan persekitaran kita. Contohnya tinggalkan makanan yang diawet, diproses agar sel sel badan kite terus sihat. Jauhkan diri dari asap rokok, kawasan radioaktif.
Walau bagaimanapun, langkah terbaik untuk mencegah kanser adalah melalui amalan hidup sihat, menjalani saringan, pemakanan yang sihat dengan nutrisi lengkap ditambah dengan amalan Pemakanan Cegah Kanser-Vivix Shaklee !!!. Di samping itu, jadi lah masyarakat yang lebih berilmu pengetahuan, ketahui tanda-tanda serta gejala kanser supaya ianya dapat dikesan pada peringkat awal.
Pemakanan Lengkap , Sihat dan Selamat
Lengkap bermaksud cukup dengan kesemua nutrien yang diperlukan badan.
Sihat pula penyediaan masakan yang baik, elakkan fastfood dan yang terbaik adalah semulajadi.
Selamat adalah bebas dari segala bahan bahan terlarang.
Semua ini penting untuk menjaga kesihatan sel sel badan. Sel yang sihat pastinya bebas dari kanser. Kesihatan sel juga bergantung pada keadaan telomeras yang melindungi sel. Dengan pengambilan antioksidan yang tinggi mampu melindungi sel telomeras. Antara antioksidan terbaik adalah Vivix yang terbukti secara klinikal study sebagai Pemakan Cegah Kanser.
Apa itu Telomeres?
Telomeres adalah “pelindung” yang berada dihujung kromosom (DNA) yang menghalang kemusnahan dan kerosakan sel sel badan. Telomeres dikaitkan dengan penuaan biologi kerana dengan setiap pembahagian sel, mereka membahagi dan menjadi lebih pendek dalam proses tumpembesaran.
Di awal kelahiran, telomeras kita panjang. Tempoh maksimum telomeres memendek berlaku semasa 4 tahun pertama kehidupan dan semakin pendek dengan pertambahan usia. Oleh itu,orang dewasa dan warga tua mempunyai telomeres yang lebih pendek.
Kajian juga membuktikan telomeres didapati lebih pendek bagi mereka yang menghidapi penyakit kronik dan tekanan, ini kerana telomeres sangat sensitif kepada kerosakan dari spesies oksigen reaktif (ROS).
Faktor pemendekkan yang lain adalah berkaitan lelemak, iaitu mereka yang obes dan kolestrol tinggi. Bagi bayi pula faktornya ialah ibu yang merokok dan tekanan semasa hamil.
Apabila TELOMERES semakin pendek, maka sel-sel tidak lagi boleh menjalankan fungsinya dengan sempurna sehingga sel mati atau musnah. Apabila sel-sel mati, pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, serangan jantung, kanser, penuaan sebelum usia, masalah buah pinggang dan banyak lagi penyakit lain dalam tubuh seseorang.
Bagaimana VIVIX Melindungi Telomeras?
Pengambilan suplemen yang konsisten seperti VIVIX dapat mengurangkan kadar pemendekkan TELOMERES sebanyak 40%. Kesan ini di buktikan dalam Landmark study II, kajian yang membuktikkan kesan vivix dalam melindungi telomeres manusia. Kajian ini di jalankan oleh Nobel Laureate Elizabeth Blackburn University of California di San Francisco.
Antara kejayaan Vivix adalah di PATEN kan, suplemen terbaik pada abab ini dengan formulasi yang terhasil dari kajian saintifik dunia. Dengan pengambilan Vivix secara konsistan ia terbukti mengurangkan risiko kanser. Jadi Pemakanan Cegah Kanser – Vivix Shaklee adaah pilihan yang terbaik.
Pemulihan telemoras dan sel sel badan dengan pengambilan Vivix ini mampu mencegah kanser. Bagi mereka yang sudah menghidapi kanser pula, vivix masih boleh membantu dengan rawatan yang sebetulnya dari yang pakar.
Landmark study I pula kajian pertama yang dijalankan untuk mengkaji maanfaat dan risiko pengambilan pelbagai suplemen Shaklee dalam tempoh yang panjang. Kajian ini membuktikan keberkesan Shaklee dalam menjaga kesihatan penggunanya sejak tahun 1915.
Vivix®mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan yang tinggi untuk melindungi sel, anti-penuaan sel secara semulajadi. Sebab itu, Fungsi dan Kebaikkan Vivix Shaklee boleh membantu untuk kesihatan yang menyeluruh.