Makanan Yang Selalu Diambil Penyebab Susah ‘Lekat’-Punca Susah Hamil

Tanpa kita sedar sebenarnya pemakanan harian kita sangat sangat memberi kesan kepada masalah kesuburan. Jika tidak dielakkan  akan makin melarat. Ambil tahu apa makanan yang menyebabkan atau punca susah hamil

Bagi yang merancang untuk hamil jom semak antara:

#1 Elakkan memakan makanan segera atau fastfood memang mengandungi kandungan garam, MSG dan pengawet yang tinggi dan memang boleh menyebabkan kepada  masalah ketidaksuburan. Dan juga apa apa makanan yang diproses/ditinkan. Makan makanan yang sihat dan kalau boleh yang dimasak di rumah.
#2 Elakkan  mengambil produk kecantikkan/suplemen yang tidak berasakan bahan semulajadi. Produk ini boleh menganggu sistem hormon dan kesihatan dalaman, seterusnya masalah kesuburan.
#3 Elakkan selalu memakan dan meminum makanan bergula, kerana ianya boleh menyebabkan kandungan gula dalam darah yang tinggi dan menjadi sumber makanan kepada parasit dalam badan. Banyakkan minum air kosong untuk proses detok/bantu proses penghadaman. Elakkan minuman bergas. Buah buahan yang tinggi gula seperti durian. Buah yang tajam seperti nenas.
#4 Elakkan pengamalan soya Non-GMO, walaupun soya boleh mencantikkan kulit ibu dan anak yang bakal lahir nanti tetapi biasanya akan timbul masalah lain pula. Selalunya berkaitan dengan kulit, biasanya masalah kulit sensatif yang teruk pada bayi. Elakkan meminum non GMO soya setiap masa. Masalah lain seperti kerapuhan tulang juga berlaku. Walau bagaimana pun pemilhan soya yang betul sangat sangat membantu dalam kesihatan ibu seperti  ESP.
#5 Elakkan makan ayam yang dicucuk atau kurangankan pengambilannya. Lebihkan ikan atau daging untuk kesihatan yang berpanjangan. Atau beli ayam organik  atau ayam kampung yang banyak dijual sekarang ini. Banyak pilihan untuk mendapatkan bekalan ayam dan daging tanpa bahan perangsang tumbesaran.

Penting bagi wanita mengambil asid folik sebelum hamil paling kurang 3 bulan sebelun merancang untuk hamil bagi menguatkan rahim. Apapun, kita hanya berusaha dan merancang, yang menentukannya Allah. Ikhtiar dan doa itu sebagai usaha, serahkan kepada yang maha kuasa untuk segalanya. 
Selain dari pemakanan, aktiviti harian dan persekitaran kita juga memberi kesan yang besar. Merokok, tidak bersenam atau terlalu lasak juga tidak digalakkan. Amalkan juga tips mudah hamil disini.

Kesan Buruk Anak Kekurangan Nutrisi

Kanak-kanak yang kekurangan nutrisi akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit atau tumpembesaran yang terbantut. Perkembangan anak anak ini tidak berada ditahap yang sepatutnya dengan umur mereka, antaranya lambat bercakap, hiperaktif, atau masalah kesihatan seperti selsema yang berpanjangan. Oleh itu penting ibu ibu amalkan pemakanan yang sihat sejak dari kehamilan.

Oleh itu ibu dan ayah perlu peka terhadap tanda seperti:
1. Kelihatan Murung
Kehidupan kanak kanak sebenarnya penuh dengan kegembiraan, sentiasa bermain dan meneroka sesuatu perkara baru tanpa resah gelisah. Kemurungan dan kebimbangan semua bermula di dalam otak, juga disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang seimbang. Protein, sebagai contoh, mengandungi asid amino. Kebanyakan protein dari tumbuh-tumbuhan mengandungi nombor asid amino yang tidak lengkap berbanding dengan sumber dari haiwan. Walaubagaimanapun ada juga sumber protein yang mengandungi asid amino lengkap dari tumbuhan iaitu ESP. 
Mengapa asid amino penting? Ini kerana , otak menggunakan asid amino untuk menghasilkan neurotransmitter. Keseimbangan neurotransmitter ini membantu untuk membuat kita berasa gembira dan tenang. Bukan tertekan atau cemas. Diet dengan jumlah protein yang lengkap dapat mengawal ketidakseimbangan nutrisi makanan anak kita.
.
2. Emosi Tidak Stabil/ Tantrum
Tantrum atau sentiasa mengamuk dan menangis berkait dengan kekurangan nutrisi. Keadaan anak yang emosinya selalu tidak stabil salah satunya disebabkan kekurangan lemak omega 3 ( contohnya yang ditemui dalam salmon liar , sardin ,bilis dan ikan kembung). Omega 3 yang mencukupi penting untuk melindungi sel sel otak (neurotransmitter) seterusnya penstabilan mood yang baik.
3. Hiperaktif
Hiperaktif berkaitan dengan keupayaan otak untuk memproses maklumat dan bertenang pada masa yang sama. Kanak-kanak yang hiperaktif cenderung mempunyai kekurangan bakteria flora dan sistem pencernaan yang lemah . Ini boleh menyukarkan badan untuk menyerap banyak nutrien yang berbeza. Sesetengah doktor akan mengesyorkan untuk tidak mengambil makanan diproses dan juga makanan yang mengandungi kandungan pewarna untuk mengurangkan hiperaktif di kalangan kanak-kanak.
4. Lambat Bercakap
Anak yang lambat bercakap dapat dikaitkan dengan kekurangan vitamin B12. Makanan yang tinggi vitamin B12 adalah organ daging, daging lembu, ayam, ikan, kerang, susu dan telur.
.
5. Kulit dan Rambut yang Kering
Kulit kering dan rambut yang kering boleh dikaitkan dengan kekurangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D ,E.
.
6. Kaviti
Biasanya kaviti akan dikaitkan dengan memakan gula-gula atau makanan bergula yang terlalu banyak dalam diet harian. Tapi salah satu sebab utama adalah mungkin kekurangan mineral yang betul, dan juga kekurangan vitamin larut lemak ( A, D , E, K ) dan juga kalsium.
7. Kerap Selsema
Kanak – kanak yang cerewet makan atau kurang pengambilan sayur, buah – buahan dalam diet harian akan kekurangan Vitamin A, C, E yang penting dalam kuatkan sistem imun atau sistem pertahanan badan, akibatnya mereka mudah selsema dan lambat sembuh.
.
8. Obesiti
Sebenarnya apabila kita makan makanan yang kurang nutrisi seimbang, kita akan cepat rasa lapar. Sebab itu, kita akan sering berasa lapar kerana sebenarnya badan kita “LAPAR” makanan yang bernutrisi baik. Keadaan ini boleh menyebabkan obesiti.

Oleh itu jom amalkan pemakanan sihat seimbang dari awal kehamilan. 

Rawat Tumit Pecah Dengan Mudah Dan Berkesan

3 Langkah Mudah Lenyapkan Rekahan Tumit
Rekahan pada tumit disebabkan dehidrasi kulit yang teruk kerana kekuranga air. Kesannya sangat memedihkan jika dibiarkan melarat, sehinggakan sesetengah orang keadaan tumitnya pecah dan berdarah sehingga tidak boleh berjalan secara normal. Keadaan ini juga mudah terjadi kepada ibu hamil. 

Punca Tumit Pecah
Kekurangan air dalam badan, kelembapan kulit sangat bergantung pada pengambilan air secukupnya.

Penggunaan sabun yang tidak sesuai boleh menyebabkan kulit bertambah kering.

Masalah Kencing manis yang boleh menyebabkan dehidrasi.

Obesiti kesan menampung berat yang berlebihan.

Amalan pemakanan yang tidak sihat.

Selalu terdedah kepada kotoran dan dan dijangkiti kuman.

Terdedah kepada suhu sejuk/bilik berhawa dingin dalam tempoh yang lama.
Langkah mudah ini tidak memerlukan belanja yang besar, hanya perlu konsistan dan amalkan sehingga pulih.
1. Pastikan tumit bersih, cuci menggunakan sabun dan berus untuk hilangkan segala kotoran setiap hari.
2. Lap dan keringkan tumit. Sapukan dengan getah betik muda. Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering dan cuci bersih.
3. Sapukan losyen untuk melembapkan kulit kaki, pilih losyen yang semulajadi seperti herba blend untuk elakkan kesan sampingan.
Amalkan setiap hari atau 3 4 kali seminggu sehingga pulih dengan konsisten untuk kesan yang pantas.  Petua ini sebenarnya saya dapat dari seorang bidan yang berumur 80an tetapi kulit tumit beliau seperti remaja, dan memang berkesan               

Penjagaan Kaki
Memakai stokin untuk elakkan kaki terdedah kepada suhu sejuk terlalu lama dan elak dari kotoran.
Pastikan kaki dicuci bersih untuk elakkan jangkitan kuman sebelum tidur.
Pengambilan air yang mencukupi untuk membekalkan air secukupny untuk kelembapan kulit.
Pemakanan yang bernutrisi lengkap seperti cukupkan protein yang ada asid amino lengkap juga membantu mempercepatkan proses pemulihan.
Digalakkan untuk merendam air suam bagi melembapkan kulit dan melancarkan peredaran darah.

Atasi kulit kusam ibu hamil dengan selamat dan berkesan

Ramai diantara ibu ibu yang mengalami masalah kulit kusam ketika hamil, walaupun sebelum hamil kulit ibu sentiasa sihat mulus. Kenapa kulit ibu hamil mudah kusam?. Antara faktornya ibu mengalami perubahan hormon, namun jika penjagaan yang betul, Insya Allah kulit ibu sentiasa sihat berseri.

Tips Atasi Kulit Kusam Ibu Hamil

Wajah kusam sangat berkait dengan pemakanan, alam sekitar dan aktiviti kita seharian. Pemakanan yang bernutrisi lengkap sebenarnya boleh mengembalikan keremajaan kulit, bukan hanya ibu hamil, malah setiap orang yang inginkan kulit sihat berseri perlu menjaga pemakanan dan aktiviti harian.
Walaupun banyak suplemen atau produk produk kecantikkan di pasaran, tetapi bagi ibu hamil jangan sesekali ambil sebarangan, pastikan produk yang dijamin selamat, dan perlu diutamakan yang semulajadi.

Banyakkan minum air kosong

Air membantu untuk melembapkan kulit dan wajah. Ia membantu melancarkan proses pencernaan serta perkumuhan, seterusnya membuang toksin dalam badan.

Detoks

Ibu hamil juga boleh amalkan  detok yang ringan dan dan sesuai dengan kemampuan. Antaranya mengambil air lemon segelas sehari. Jus ulaman seperti pegaga tetapi tidak meninggalkan pemakanan yang lain, yang penting nutrisi lengkap seimbang.  

Buah buahan dan sayur sayur sayuran segar

Amalkan diet seimbang, lebihkan sayuran hijau dan buah berserat sebagai menu makanan seharian seperti kurma, buah tin, kekacang, minyak zaitun, delima dan lain lain yang akan membuatkan kulit lebih elastik, lebih segar berseri.

Aktiviti senaman

Walaupun hamil perlu bersenam, ibu perlu pelajari teknik senaman ibu hamil untuk memastikan ibu dan kandungan selamat, malah makin sihat. Atau amalkan aktiviti ringan seperti berjalan dan regangangan otot.

Kawal emosi

Emosi ibu hamil pastinya kadang tidak menentu, ini adalah normal tetapi perlu mencuba untuk mengawal, elakkan dari perasaan marah dan tertekan. Cuba jauhkan diri dari hal yang mengundang keresahan ibu. Amalkan zikir zikir untuk tenteramkan hati kita kerana emosi yang tidak stabil boleh tegangkan  wajah.

Suplemen

Pengambilan suplemen tidak boleh disangkalkan, ini terbukti kepada wanita yang tidak hamil yang mengamalkan suplemen, wajahnya lebih berseri kekal awet muda. Kulit yang cukup nutrisi  akan kekal anjal dan lembap dari dalam. Antaranya sumber protein, penting untuk pembentukkan sel sel kulit baru menggantikan sel kulit mati (10 juta ) setiap hari. Bayangkan nutrisi ibu tidak mencukupi untuk tubuh badan sendiri kerana membekalkannya kepada kandungan. Pasti bukan sahaja kecantikkan malah kesihatan juga terjejas. Amalkan set hamil shaklee dan tambahkan collagen powder bersama untuk kesan yang lebih memuaskan

Penjagaan Wajah.

Ibu ibu tidak boleh mengabaikan penjagaan kulit muka walaupun terasa penat jika mahu cantik, bukan yang keterlaluan tapi cukup penjagaan asas.

Pengunaan Pencuci Muka

Hormon ketika hamil dan sebelum hamil adalah berbeza, mungkin pencuci muka yang kita guna sebelum hamil sesuai, tetapi kemungkinan ketika hamil sudah tidak sesuai, tindakbalas dengan kulit sudah berbeza apabila hormon berubah. Disarankan untuk memilih yang semulajadi, ini kerana 80% yang disapu pada kulit akan meresap kedalam tubuh. Berhati hati dengan produk tempatan dipasaran yang mengandungi bahan kimia seperti paraben, merkuri yang boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan pada kandungan.

Pakai pelembap/toner

Gunakan pelembap wajah yang dihasilkan dari bahan semulajadi untuk menjaga kulit wajah ibu sentiasa lembap.

Masker

Sesekali sapu masker dari bahan semulajadi seperti tomato, daun jambu, putih telur dengan madu. Biasakan 3 hari sekali atau seminggu sekali agar kulit ibu hamil  lebih segar dan tidak kusam.

Kosmetik.

Jauhi menggunakan kosmetik yang mengandungi bahan kimia seperti hydroquinone dan merkuri kerana boleh merosakkan kulit malah boleh menjejaskan kandungan. Sebolehnya juga bebas dari paraben dan pilih yang semulajadi
Langkah terakhir adalah selalu bersihkan wajah anda dengan air, setiap kali selesai beraktiviti atau selepas seharian di luar. Semoga tempoh kehamilan ibu lebih gembira,  tidak stress dan menyenangkan sehingga kelahiran bayi anda.

Jom cantik semulajadi dengan Shaklee, 

yang pasti selamat untuk kandungan ibu.

Hubungi Nora untuk konsultansi percuma: WhatsAPP
Pro SID: 912061

Peringatan untuk ibu hamil

Ibu Wajib Mandi Wiladah


Mandi Wiladah diwajibkan keatas seorang wanita selepas sahaja melahirkan anak, sebaik sahaja kepala anak keluar dari rahim ibu. Walaubagaimanapun, ramai yang keliru antara wiladah dan nifas, ramai ibu ibu yang tidak melaksanakannya. Mandi wajib wiladah ini hanya sekali selepas bersalin atau keguguran walau segumpal darah. Jika bersalin secara pembedahan juga wajib.
PERKARA WAJIB MANDI HADAS BESAR bagi seorang wanita:
1. Selepas kering haid
2. Selepas berjimak
2. Selepas melahirkan anak atau keguguran (Wiladah-sebaik sahaja anak keluar dari rahim ibu)
3. Selepas kering darah nifas
Niatkan ‘Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala’ atau
              ‘Sahaja aku madsi wajib Wiladah kerana Allah Taala’
Niat dalam hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh dikira mandi wajib sahaja.


Apakah hukumnya keatas solat dan puasa yang dilaksanakan selepas itu jika gagal melaksanakannya.
Siapa-siapa yang lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat dan puasanya selama ini tidak akan diterima oleh Allah. Nauzubillah’minzali, Wallahua’lam
Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.
Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak tahu akan hal ini…
Hikmahnya sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci…
Tanggungjawab Bersama
Pesanan untuk kaum lelaki, untuk sama sama mengingatkan isteri mereka untuk menunaikan kewajiban ini. Mungkin ibu ibu langsung terlupa selepas melahirkan selepas melalui kepayahan dan sakit bersalin.  Ayah ayah berperanan membantu ibu ibu agar mereka mampu melaksanakannya dengan sempurna.
Walaupun ada orang tua-tua mengatakan orang dalam pantang tidak boleh mandi basahkan kepala, kononnya kepala mudah masuk angin,tolong ketepikan pantang ini. Bagi ibu ibu yang risau boleh mengambil air suam atau tidak terlalu sejuk.  Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, diharapkan tidak ambil remeh perkara ini!
Sama sama kita ingat mengingatkan ahli keluarga, saudara dan semua ibu ibu yang akan melahirkan anak.  Jangan sesekali menganggap perkara ini remeh, ini adalah perkara wajib, semoga amalan kita diterima di sisi-NYA. InsyaAllah.

Set Berpantang Terbaik dan Murah

Set berpantang Shaklee adalah Set Berpantang Terbaik dan Murah, lagi lagi mereka yang berpantang sendiri. Pengambilannya cukup mudah tetapi memberi kesan yang sangat memuaskan untuk kesihatan ibu. Kebanyakan set berpantang memerlukan penyediaan yang cerewet sebelum diambil, akhirnya terbiar dan membazir.  Harganya juga sangat berpatutan, murah dan pengunaannya tahan lama sehinga 2-3 bulan. 

set berpantang terbaik dan murah

Set Berpantang Terbaik dan Murah

Cadangan untuk set berpantang adalah sama seperti set hamil shaklee, dengan tambahan Zink yang penting untuk penyembuhan luka. Juga alfafa sebagai milk booster.

 

ESP

Pengambilan ESP mampu membekalkan tenaga kepada ibu yang berpantang dan menyusukan bayi. Juga meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut kerana mengandungi sid amino lengkap yang diperlukan tubuh.

 

Kesan pengambilan ESP juga mengatasi rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua. Kulit bayi juga menjadi putih bersih dengan menyusu susu ibu

 

B Complex

Lengkap dengan kesemua 8 vitamin B yang diperlukan tubuh. Formula B complex Shaklee juga mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Menukarkan makanan kepada kepada tenaga serta membaiki urat saraf.

 

Vitalea – Multivitamin with iron

Mengandugi 12 vitamin dan 7 galian serta lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu hamil dan menyusukan bayi. Kepentingan iron atau zat besi ini adalah untuk menstabilkan paras hemoglobin. Kekurangan iron boleh buatkan ibu lemah, mudah pitam atau pengsan kerana HB yang rendah dalam darah bermakna kandungn oksigen juga berkurang.

Vitamin C (Sustained Release Vita-C)

Sebiji vitamin C Shaklee dapat memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg sehari. Ia sangat berbeza dengan Vitamin C di pasaran kerana dilepaskan secara beransur ansur mengikut keperluan tubuh kita. Kenapa ‘Sustained release’ sangat penting?. Baca sini

Omega -3 (Omega Guard)

Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. Ini bermakna omega 3 membantu perkembangan sel otak bayi. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Menurunkan paras kolestrol seterusnya memelihara jantung ibu.

Kalsium (Ostematrix)

Kandungan Ostematrix sangat unik iaitu kalsium dan magnesium. Jika dibandingkan dengan produk tenusu, ostematrix tidak mengandungi lemak dan pastinya kandungan kalsium lebih tinggi. Kajian juga membuktikan kadar penyerapan kalsium dari ostematrix adalah yang terbaik.

 

Antara masalah yang dihadapi oleh semua ibu berpantang adalah sembelit, formula ostematrix sangat membantu untuk hilangkan sembelit, elakkan kekejangan otot, serta membaiki ransangan urat saraf ibu. Serta membekalkan kalsium yang secukupnya untuk bayi menyusu.

 

Zinc

Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit. Hancurkan zinc dan tabur ke atas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.

 

Alfafa

Berrtindak sebagai milk boster dan membersihkan rahim dari kotoran. Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit. Membantu membuang angin dalam badan. Legakan sakit-sakit sendi dan belakang. Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan.

 

Peppermint Ginger Plus

Untuk ibu ibu yang mengalami angin badan yang teruk, peppermint Ginger sangat membantu untuk mengeluarkan angin badan.

 

Tambahan untuk ibu yang bersalin secara pembedahan adalah vivix, luka akan cepat kering dan pulihkan tenaga dengan berkesan. Ibu yang bersalin normal juga digalakkan mengambil vivix, penting untuk kesihatan yang menyeluruh.

 

Apa Kesan Set Berpantang Shaklee Pada Saya

Kesan yang saya rasai sendiri dengan Set Berpantang Terbaik dan Murah dari shaklee adalah:

  • Hilang kebas-kebas tangan dan lenguh badan, rasa lebih bertenaga dan luka bersalin cepat kering (seminggu)
  • Susu badan sentiasa banyak dan boleh menyusukan anak secara ekslusif.
  • Juga sangat berbaloi kulit sentiasa lembap, lebih anjal dan bebas jerawat.

 

Sebab itu, saya sangat menyarankan kepada wanita yang berpantang untuk konsistan dengan set berpantang shaklee. Saya yakin anda pun pasti berpuas hati dengan Set Berpantang Terbaik dan Murah dari shaklee ni

 

Testimoni Pengguna Set Berpantang

 

Set Berpantang Terbaik dan Murah

 

Set Berpantang Terbaik dan Murah
Set Berpantang Terbaik dan Murah

Vitamin Ibu Hamil Terbaik – Shaklee

Kehamilan yang penuh dengan kebahagian dan kegembiraan perlu dilengkapkan dengan nutrisi selengkapnya semulajadi untuk kekalkan kesihatan dan kecergasan ibu hamil serta kesihatan kandungan. Kesan kekurangan nutrisi akan menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan. Vitamin ibu hamil terbaik dari shaklee pastinya dapat membantu ibu dan bayi mendapat nutrisi yang lengkap

Continue reading “Vitamin Ibu Hamil Terbaik – Shaklee”