Cara Merawat Wajah Kusam – Tips Kulit Sihat Cantik Dari Dalam & Luar

Cara Merawat Wajah Kusam untuk dapatkan kulit cantik sihat mestilah dirawat dari dalam dan luar, bukan hanya penjagaan kulit muka sahaja.

Cara Merawat Wajah Kusam - Tips Kulit Sihat Cantik Dari Dalam & Luar

1. Minum Air Kosong Secukupnya. 

Dalam tubuh kita terdiri daripada 70% air. Bayangkan jika kekurangan air, pasti sistem tubuh kita bermasalah. Contoh sistem penghadaman untuk menyahtoksin dalam usus akan terganggu. Kesannya bukan hanya pada kesihatan malah kecantikkan kulit juga terganggu.

 

Elakkan minuman bergula. Gula putih terutamnya akan merangsang AGE protein dengan lebih tinggi dalam badan. Kesan AGE protein kulit akan kusam dan berkedut masalah kesihatan yang lain.

 

2.Makan Buah dan Sayur

Mesti ada yang terpikir, tips ini cliche sangat. Hari-hari makan sayur dan buah tetapi kulit tak berseri pun. Sebenarnya pemilihan jenis sayur dan buah sangat penting. Bukan hanya dengan kuantiti yang banyak tetapi mesti memilih buah dan sayur yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Dan juga mengandungi bahan aktif anti penuan.

 

Contoh buah seperti tomato, avokado, oren, lemon. Sayur pula amalkan brokoli dan bayam. Bukan hanya dimasak dalam hidangan, tetapi bagus jika dimakan mentah (kecuali tomato). Cara merawat wajah kusam juga boleh selalu amalkan masker dari bahan-bahan mentah ini.

 

 
Cara Merawat Wajah Kusam - Tips Kulit Sihat Cantik Dari Dalam & Luar

 

3.Pencuci Muka Semulajadi & Bebas Bahan Kimia Merbahaya

Kulit cantik berseri sangat dipengaruhi oleh skincare yang digunakan. Jika tidak sesuai kulit muka akan kering berminyak, dan masalah serius yang akan timbul adalah jerawat dan pigmentai. Juga kedutan pada wajah.

 

Antaranya skincare yang mengandungi paraben, sebenarnya akan lebih memburukkan keadaan kulit. Kesan kulit yang disapu pelembap yang mengandungi paraben dan terdedah kepada matahari akan menyebabkan kedutan yang lebih cepat. Ini kerana paraben sangat sensitif dan bertindak balas pada cahaya matahari.

 

Bagi kesan yang lebih serius jika skincare yang mengandugi merkuri. Kesan sangat buruk terhadap organ dalam tubuh. Bukan hanya pada kulit, jika ibu yang hamil, kemungkinan keguguran atau kecacatan pada janin sangat tinggi.

 

Banyak lagi bahan kimia berbahaya seperti Hydroquinone, yang sering digunakan dalam produk kecantikan untuk mendapatkan kesan pantas tetapi berisiko tinggi. Sebab itu, MizzNorra sangat sarankan YOUTH, lebih 1500 bahan kimia diuji.

 

4.Lindungi Kulit dari Sinar UV dan Penghawa Dingin

Pendedahan kepada cahaya matahari yang terik antara pukul 11pagi hingga 4petang akan menyebabkan kulit mudah kering. Pastikan anda memilih pelembap muka yang sesuai yang berasaskan air untuk elak kulit berminyak. Juga mengandungi SPF. Jika kulit kering dan terdedah dengan sinar UV, masalah seperti pigmentasi, tona tidak sekata, kusam akan timbul

 

Jadi pastikan kulit sentiasa lembap walaupun ketika bekerja di pejabat yang berhawa dingin. Penghawa dingin membuatkan kulit kering dan gatal, dan menggalakkan kemunculan garis penuaan.

 

5. Sentiasa Positif, Elakkan Stres

Elakkan emosi yang terlampau stres, apa yang terlampau difikirkan akan terzahir di wajah. Jadi penting untuk kita sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dan gembira untuk elak atau kurangkan tekanan.

 

Ada kajian yang menyatakan, tekanan akan menyebabkan tubuh kita lebih berasid. Jadi kulit menjadi lebih sensitif dan jerawat mula tumbuh dengan cepat.

Dapatkan tidur yang secukupnya juga boleh atasi stres dan membantu sel kulit bekerja dengan lebih efektif untuk pembentukan kolagen pada waktu tidur malam. Kolagen berfungsi memastikan sel-sel kulit diperbaharui agar kulit sihat dan cantik.

 

6.Vitamin Untuk Kulit Sihat dan Cantik

Ramai yang akui kepentingan vitamin, namun tidak menjumpai suplemen yang berkesan. Ini kerana suplemen yang ada kebanyakkanya hanya menumpukan pada kulit dan tidak pada kesihatan tubuh. Sebagai contoh, minuman berkalogen tetapi rasa manis (gula) dan perasa tambahan sebenarnya tidak bagus sama sekali. Gula dan perasa tambahan akan memburukkan organ tubuh yang lain, akhirnya memberi kesan tidak baik untuk kulit. Ingat, kulit adalah organ tubuh badan dan ia saling berkait.

Dapatkan vitamin semulajadi seperti kolagen, GLA, Vitamin E & C, bahan antioksidan untuk merawat wajah kusam.Info lanjut

 

Cara Merawat Wajah Kusam - Tips Kulit Sihat Cantik Dari Dalam & Luar

 

7. Senaman

Nampak remeh tapi ini memainkan peranan yang ketara dalam merawat wajah kusam. Badan yang tidak sihat akan merosakkan seri wajah. Sekurangnya lakukan senaman muka. Senaman juga boleh baiki kelembapan kulit.

Cara Merawat Wajah Kusam - Tips Kulit Sihat Cantik Dari Dalam & Luar

Kesimpulannya, amalkan kesemua tips Cara Merawat Wajah Kusam ini dan rasai perubahan pada kulit wajah anda. Paling penting adalah produk penjagaan muka yang terbaik dan sesuai untuk kulit wajah anda. Elak pancaran matahari yang terlampau dan cukupkan nutrisi tubuh/kulit. Juga senaman yang membantu pengaliran darah dan keluarkan toksin dalam badan.

 

Bahan Aktif Untuk Anti Penuaan Yang Terbaik

Produk anti penuaan untuk kekal awet muda sudah menjadi keperluan pada masa kini. Bahan-bahan aktif untuk anti penuan ini ada yang semulajadi dan ada yang sintetik.  Jadi hati-hati memilih produk anti penuaan anda.

Bahan Aktif Untuk Anti Penuaan Yang Terbaik

Bahan Aktif Untuk Anti Penuaan Yang Terbaik

 

  1. Antioksidan

Tubuh kita secara semulajadi menghasilkan bahan antioksida sendiri, namun dengan peningkatan usia dan selalu terdedah kepada radikal bebas termasuk cahaya matahari, ia akan berkurang dan lama-kelamaan berlaku penuaan. Antioksida semulajadi yang dikenal pasti untuk melindungi kulit adalah Vitamin A, C, E, Squalene dan coenzyme Q10. CoQ10 juga terbukti dapat melindungi sel kulit daripada sinar UV dari dalam.

 

Jadi penggunaan kosmetik dan pengambilan suplemen yang mengandungi bahan ini dapat membantu untuk mengurangkan kesan-kesan penuan dan kedutan.

 

  1. Vitamin A, B, C dan E

 

Vitamin A

Banyak penggunaan Vitamin A dalam penjagaan kulit untuk mengatasi masalah jerawat, pigmentasi, kedutan dan kulit kusam. Bahan yang selalu digunakan bagi Vitamin A ini adalah retinoic acid, retinol, retinal dehyde dan retinyl palmitate. Walau bagaimanapun, penggunaan bahan-bahan ini perlu dibawah pengawasan doktor. Lebh-lebih lagi ibu yang hamil.

 

Vitamin B complex

Secara umumnya adalah menukarkan makan kepada tenaga. Sebab itu ia penting untuk kesihatan sel dan saraf. Dalam bidang kosmetik terutamanya krim muka, Vitamin B yang biasa digunakan adalah niacinamide (B3), DMAE untuk mencerahkan kulit tetapi tidak dapat disahkan sebagai anti penuan.

 

Vitamin C

Ia berfungsi untuk merangsang penghasilan kolagen dalam lapisan kulit. Kesannya membantu untuk keanjalan kulit.

 

Vitamin E

Ia adalah sejenis antioksidan yang berfungsi melindungi sel kulit daripda radikal bebas. Penggunaan Vitmin E bersama dengan Vitamin C memberi kesan anti penuan yang lebih baik berbanding pengambilan Vitamin E secara tunggal. Antara formula Vitamin C & E seperti  YOUTH Radiance C& E, Bahan Aktif Untuk Anti Penuaan Yang Terbaik

Bahan Aktif Untuk Anti Penuaan Yang Terbaik
  1. Alpha Hydroxy Acids (AHA)

AHA adalah bahan semulajadi yang boleh diperolehi dari sumber makanan. Glycolic acid dan laptic acid acid adalah merupakan AHA yang paling banyak digunakan dalam bidang kecantikkan.  Laptic asid antaranya boleh diperolehi dari susu masam/yougourt dan jus tomato.

 

AHA mampu untuk mengeluarkan sel kulit mati dan membantu pertumbuhan sel yang baru. Keberkesanan AHA sebagai agen anti penuan bergantung pada kepekatannya. Namun AHA tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Penggunaan produk yang mengandungi AHA sebaiknya hanya pada waktu malam. Sebaiknya elakkan dari terkena pancaran matahari atau hanya dengan perlindungan SPF sehingga seminggu selepas penggunaan AHA.

 

  1. Agen Pelembap

Kelembapan kulit amat penting dalam mengekalkan kulit awet muda.  Kulit yang kering akan menghasilkan sebum yang banyak dan menyumbat liang pori. Bakteria yang terperangkap akan menyebabkan kulit berjerawat. Jadi bahan pelembap ini penting untuk menyokong peranan utama membran lipid mengekalkan kelembapan kulit dan mampu bertindak sebagai anti penuaan sel kulit.

Bahan Aktif Untuk Anti Penuaan Yang Terbaik
  
  1. Pentapeptides

Bahan ini didapati boleh membantu dalam meningkatkan penghasilan kolagen dan baiki strutur kulit, seterusnya mengurangkan kedutan. Ia banyak digunakan dalam krim anti-penuaan dalam penjagaan muka.

 

Pentapeptides adalah sejenis asid amino yang boleh diperolehi dari soya dan juga sumber lain. Contohnyamakanan tambahan yang mengandungi asid amino lengkap adalah ESP. Ia mampu untuk mengekalkan kesihatan kulit untuk kesan awet muda/anti penuaan dari dalam.

 

  1. Sumber Tumbuhan Semulajadi

Tumbuhan juga mengandungi antioksida semulajadi yang bertindak untuk melambatkan kerosakkan sel tumbuhan yang diakibatkan oleh radikal bebas. Agen ini dikenali sebagai polifenol. Pelbagai jenis polifenol yang ada dalam tumbuhan, tetapi yang biasa digunakan adalah bioflavonoid, anthocyanin, catechin, resveratrol dan banyak lagi.

 
Pilihan Bahan Aktif Untuk Anti Penuaan Yang Terbaik pastinya yang semulajadi dari sumber tumbuhan.